Lahirnya Dia - Terkaitnya Kita

 Assalamualaikum semua, salam Jumaat!

Ada benda nak cakap, tapi malu.

Ehem!

Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih dua puluh tahun memendam impian untuk menerbitkan buku sendiri, akhirnya pada tahun 2020 yang sungguh aneh ini, aku boleh tick  ✅ pada salah satu wishlist aku; iaitu menerbitkan buku fiksyen aku sendiri.

Serius, rasa macam tak percaya pun ada.

Akhirnya ada syarikat penerbitan yang boleh jadi pemudahcara dalam perkara ini.

Jadi, setelah menambahbaik cerpen-cerpen yang saling berkait yang pernah aku siarkan di blog ini sehingga menjadi satu manuskrip, aku pun mencuba nasib.

Dan inilah.

Aku telah pun membukukan fiksyen aku.

Err.. entahlah siapa lelaki tu, gambar dari penerbit haha!

Terima kasih yang tak terhingga kepada kawan-kawan blogger yang selalu komen dan memberi galakkan supaya aku 'bawa' fiksyen-fiksyen aku tu ke 'tengah'.

Maka terterbitlah Mini Novel aku yang pertama yang ada ISBN 😂

*nangis happy!



Macam-macam perasaan ada.
Walau bukan dengan syarikat penerbitan yang gah, yang popular, tapi tak apalah, bersyukur sangat dah dengan peluang yang diberi ini.

Design cover tu aku cuma bagi bayangan je, tapi semua syarikat yang uruskan.
Dia tanya, ada apa-apa request ke untuk cover?
Mula-mula nak cakap, nak letak gambar Shahir AF.

Tapi macam melampau pulak kan ahaha!
Jadi cakap nak gambar lelaki, background cerah. Selebihnya saya serahkan pada penerbit.

Maka itulah hasilnya.
Aku terima 😊


Malu dan risau juga, cetakan pertama ni susah nak jual.
Jadi, sebelum iklankan di blog ini, aku iklankan di facebook dulu beberapa hari lepas.

Niat dalam hati, asal ada sikit buyer pun dah bagus 😂

Tapi!
Belum sempat untuk aku iklankan di blog ini, first batch Mini Novel Terkaitnya Kita tu dah habis.

Terharu sangat dengan sokongan kawan-kawan!
Rata-rata memang tahu yang aku suka menulis dari dulu.
Haha

Buat masa ni, buku ni tak jual kot di kedai-kedai buku besar.
Huhu..

Tapi, kalau sesiapa yang nak beli, nak support diriku ini (malu ni), boleh beli direct dengan aku ya!

Harga RM20 exc pos.

Eh tadi cakap dah habis?
Ya first batch habis dah kawan-kawan booked, tapi untuk seterusnya dia akan print on demand.
Ada order, ada cetak 😊



Poster ni pun penerbit yang buatkan tau.
Bagus lah penerbit ni hehe..

Kot ada yang berminat nak beli Mini Novel ku ini, boleh la perkenalkan diri lepas klik:



Ada ke yang nak beli?
😅

Jadi, cetakan Mini Novel ni yang pertama, semestinya untuk orang paling special!
Aku belikan untuk emak aku lah 💓



Dah sampai dah tadi kat dia.

Hee..

Harapan?
Aku berharap sangat penulisan pertama dari insan yang memang baru bertatih belajar menulis ini diterima oleh pembaca.

Adakah akan ada lagi Mini Novel, atau Novel dari aku?
Entahlah..bergantung kepada penerimaan yang pertama ni, juga ilham dari Allah 😘

Sekali lagi terima kasih semua atas sokongan dan galakkan 😁


Kalau tak, doakan pun alhamdulillah 😀


Terima kasih semua!

Updated 25/11/2020: ISBN buku ini

Menjawab soalan: Boleh request resit kalau beli 😊

Post a Comment

82 Comments

  1. Alhamdulillahhhh... Mmg sgt berbakat & ia patut diterbitkan. Tanda sokongan & sbb tulisan Syazni mmg best, kita pun nak order tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab selalu sokong kite :)
      Boleh2, nanti klik je kat link tu, terus ke nombor whatsapp kite :D

      Delete
  2. Wah, tahniah Syaz. Semoga terus sukses dalam penulisan ini...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Syaz. Keep it up. !

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. Tahniah kakk.. All the best....

    ReplyDelete
  5. Oh!Ya tercapai hasrat dalam buku fizikal pula.
    Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Na, saja nak buat kenangan pun ya jugak hihi

      Delete
  6. Alhamdulillah..tahniah!! cantik nama pena..Syaz Eym..

    ReplyDelete
  7. Syukur Ahamdulillah..Tahniah tau Syaz

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Happy for you kak!
    Tahniah..semoga laris jualan dan teruskan karya akak okay.

    ReplyDelete
  9. Akk nak beli juga lah. Nnt akk email ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak 😊 nanti akak wasap saya seperti nombor atas pun boleh kak.
      Terima kasih, semoga dimurahkan rezeki 😊

      Delete
  10. MasyaAllah.Syabas.Mungkin ini langkah baru menyambung langkah-langkah sebelum ini.Moha terus cemerlang dalam lapangan penulisan ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih PC 😊
      Terima kasih atas doa dan dorongan ❤️

      Delete
  11. Tahniah Syaz... semoga kutipan novel ini akan mencanak2 spt novel penulis yg dah established. Good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya aminnkan dulu.. hehe..
      Semoga orang yang baca, suka. Itu je harapan saya sekarang 😊

      Delete
  12. Tahniah... Nak beli jugak.. Jap lagi akak wassap ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak diana ❤️❤️

      Delete
    2. Wah..tahniah2, selamat maju jaya, boleh jadi inspirasi kepada rakan blogger lain.

      Delete
  13. Dah nampak teasernya kat story.... Tompang bangga!

    ReplyDelete
  14. Wow...tahniah Syaz..proud of you...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih SA< saya tunggu novel seram SA pulak :)

      Delete
  15. Tahniah, Syazni! Akak tumpang gembira. :) Semoga mendapat sambutan, hingga kena ulang cetak beribu-ribu kali. Aminnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih untuk doa, bestnya kalau dapat sambutan haha.. takut juga nak berangan lebih2, harapan semoga ada yang sudi baca je :)

      Delete
  16. MasyaAllah, tahniah Syaz, all the best ya.

    ReplyDelete
  17. tahniah.
    impian menjadi kenyataan ye :)
    moga terus sukses ye.
    bila sulung dah keluar, adik-adik bakal menyusul, good luck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih!
      Aminn amiinn aminn!!
      Kalau ada sambutan, boleh keluarkan adik2 dia hehe

      Delete
  18. tahniahhhhh syaz
    tumpangg gembira
    dpt capai impian

    ReplyDelete
  19. Tahniah
    Teruslah berkarya
    Semoga menjadi penulis tersohor suatu masa nanti.

    ReplyDelete
  20. Tahniah dah ada buku sendiri. Kena giat promotelah lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, terima kasih. nak promote tu tak berapa nak pandai hehe

      Delete
  21. tahniah dan saya tumpang gembira kerana ada rakan blogger ada bakat menjadi penulis.

    mana tahu buku ini menjadi best seller dan viral di Malaysia...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas kata-kata semangat, aminn..mana tahu masin mulut mrhanafi :)

      Delete
  22. Tahniah syaz!!!! Happy for u... nak lah 1.. nnt kakmim tlg promote kt fb ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakmim! Terima kasih kerana berminat dan nak tolong promote ;)
      sangat hargainya, semoga murah rezeki kak mim :D

      Delete
  23. tahniah..alhamdulillah,..akak tumpang berbangga dgn kejayaan awak sis

    ReplyDelete
  24. Tahniah Syaz...InsyaAllah nak beli juga tanda sokongan dan nak komen..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sis, boleh pm saya terus dengan klik link di entry 😁

      Delete
  25. tahniah kak syaz semoga terus sukses dalam bidang penulisan :)

    ReplyDelete
  26. Tahniah Syaz. KakYa tumpang happy dengan kejayaan awak. Moga awak terus berkarya sampai bila2.. KakYa doakan awak terus melangkah lebih jauh. Aamin2 ya Mujib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ya, aminn ya rabbal alaminn :)

      Delete
  27. tumpang bangga syaz..walaupun baru kenal syaz ni..moga terus suksess tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, aminn.. semoga saya terus semangat untuk menulis :)

      Delete
  28. Alhamdulillah. Tahniah. Hebat Syaz. Keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak hebat mana pun, amatur.. terima kasih ajwa :)

      Delete
  29. TAHNIAH SYAZ AKHIRNYA TERCAPAI IMPIAN SBG PENULIS...MOGA TERUS SUKSES..SAMA CITER KITA KAK TERTEKAN NO PENERBIT ALHAMDULILLAH RUPANYA REZEKI NAK DAPAT TERBITKAN NOVEL KEDUA DALAM MUSIM COVID

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja cuba2 je kak PI, nasib baik penerbit layan..hehe
      Tahniah untuk kak PI jugak ;)

      Delete
  30. Kak syaz! nak... nanti atie email kak syaz k

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, tenkiu atie sebab support, nanti email lah ya :)

      Delete
  31. tahniah syaz.. sebelum ni tak pernah baca cerpen yang syaz tulis lagi..

    ReplyDelete
  32. Tahniah Syaz! Ya Allah tak sangka syaz dapat terbit novel jua..walau mini ok dah tu :) shida doakan yg terbaik sepnjg syaz berkarya..ya! Boleh shdia dapat kan satu juga..teringin nk baca novel..sebab edisi baca membaca ni shida dah berpuluh tahun lamanya ditinggalkan amalan ni ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih shida, terima kasih atas doanya 😘

      Shida boleh emel atau whatsapp kite 😁

      Delete
  33. Wahh tahniah dah ada buku fizikal!! Semoga terus sukses dalam bidang penulisan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikTK, amin ya rabbal alamin ❤️🤗

      Delete
  34. alhamdulillah...tahniahhhh! proud of you!!! nak order!! nanti kita wassap tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sunah, terima kasih sebab support ❤️❤️❤️❤️❤️

      Delete
  35. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
    Tahniah Syaz.. semoga mini novel @ novel pula lepas ini.. Aamiin..

    ReplyDelete
  36. assalammualaikum
    Alhamdulillh. .semoga dgn kejayaan pertama ni akan bawa Syaz ke peringkat seterusnya. moga dpt hasilkan karya yg lebih baik. aamiin. InsyaAllah ^_^

    ReplyDelete
  37. wow, bestnya dapat terbit buku! tahniah ya :) kak syaz punya gaya penulisan memang best hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki akhirnya, terima kasih atas sokongan 😊

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.