Assalamualaikum semua, salam Jumaat!
Ada benda nak cakap, tapi malu.
Ehem!
Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih dua puluh tahun memendam impian untuk menerbitkan buku sendiri, akhirnya pada tahun 2020 yang sungguh aneh ini, aku boleh tick ✅ pada salah satu wishlist aku; iaitu menerbitkan buku fiksyen aku sendiri.
Serius, rasa macam tak percaya pun ada.
Akhirnya ada syarikat penerbitan yang boleh jadi pemudahcara dalam perkara ini.
Jadi, setelah menambahbaik cerpen-cerpen yang saling berkait yang pernah aku siarkan di blog ini sehingga menjadi satu manuskrip, aku pun mencuba nasib.
Dan inilah.
Aku telah pun membukukan fiksyen aku.