Esok, 22 Disember adalah birthday mak aku yang ke 60!
Alhamdulillah..
Tapi tak dapat nak raikan bersama-sama, jadi masa balik Kuantan sabtu lepas, terus je sambut.
Kebetulan adik aku Nana memang dah menetap kat Kuantan juga lepas dia kahwin bulan 8 hari tu.
Adik lelaki je yang tak ada.
Tak apa, ada rezeki nanti kita kumpul makan sama-sama!
|ENTRY INI PENUH GAMBAR|
Jujur cakap, kami 1 family tak pernah merasa ice cream cake Baskin Robbins sepanjang hayat kami.
Tak pernah!
Aiskrim dia pernah lah makan, dalam cup kecik tu kan.
Jadi aku fikir, memandangkan mak dah masuk Golden Series ni, why not kita semua rasa dan dapat pengalaman makan Kek Aiskrim Baskin Robbins.
At least, mak dan abah dapat pengalaman tu 😀
Jadi, pagi-pagi lagi dah deal dengan nana, suruh dia dengan Hafis pergi beli, buat surprise sikit hehe!
Masa sampai, masing-masing teruja tengok kotak polisterin dia cantik, dia lekat dengan pelekat ada gambar Spongebob dan kawan-kawan.
Dalam kotak tu dia ada letak ais kering.
Ada bagi lilin jugak, siap dengan kaki lilin tu lagi hahaha
Apa lagi, kita minta birthday girl la yang bukak sendiri kotak kek dia kan hehehe
Ayu beria nak pakai eyeshadow, mak layankan je lah ahaha
Tu ais kering dia tu.
Siap ada peringatan yang ais kering tu bahaya, kena buang betul-betul.
Masa ni, stok yang ada dekat Mega Mall Kuantan tu tak banyak nana kata, jadi aku suruh dia ambil yang Scoop-It.
Nak yang cute kononnya.
Bolehlah, cuta la kan ada ais krim tergolek atas tu?
Ahaha!
Abaikan laki aku yang dah tergolek kat ruang tamu tu 😜
Dia ada bagi pemegang, jadi senang nak tarik kek tu keluar.
Seperti biasa, adik ayu memang terlebih prihatin la kan,
sibuk je dia hahaha!
Gambar dengan boyfriend dia wajib lah ada kan hihik!
Masa ni tak perasan yang kotak tu dah terpusing, jadi muka Squidword pulak yang menghadap kamera.
Tak kisahlah, asalkan happy hihi!
Lepas tu, pakat bergambar dengan nenek ikut kluster pulak!
Mula-mula, kluster cucu esah!
Cucu pakat nyanyi dekat nenek diorang.
Masing-masing memang dah aim je kek aiskrim tu ha!
Ayu merajuk konon sebab nenek peluk amir masa ni hahaha
Ingat eloklah tu agaknya perangai dia tu!
Zoom in Ice Cream Cake Baskin Robbins Scoop-It.
Disebabkan kami noobies, ini first time kami enjoy makan kek ni, tak sempat ambik gambar lepas kek tu dah potong haha!
Bagi sesiapa yang dah biasa, mungkin dah tau, tapi janganlah judge kami..
Kami sekadar berkongsi cerita untuk bacaan anak-anak suatu hari nanti hehe..
Bila potong, memang kek ni 100% aiskrim, takde kek pun.
Dia bentukkan aiskrim jadi kek.
Yang belah dalam, perisa coffee, ada kacang-kacang sikit, yang atas tu mint.
Seronok makan aiskrim ramai-ramai.
Paling best bila tengok mak happy, anak cucu duduk kumpul makan borak ramai-ramai kat ruang tamu.
💖
Itulah saja cerita tentang harijadi mak aku yang ke 60, dan pengalaman pertama kami semua makan Ice Cream Cake Baskin Robbins tu hehe..
Tak apalah, berkongsi rezeki sekali sekala 😘
Ok cuba teka, siapa yang dapat cone yang atas kek tu?
And nope, ini bukan paid review.
+++
pernah sekali, eh dua kali makan kek BR ni. Masa sambutan birthday cousin2. memang 100% aiskrim! Sedap!!!
BalasPadambtw, Cik TK asyik dok menengok spongebob, squidward dan patrick tuu.. comel!
dan selamat hari jadi kepada mak kak Syaz ya!
Terima kasih 😘
PadamComel kan kotak dia hahaha
Selamat Hari Lahir buat mak sis. Seronok betul dapat celebrate ramai-ramai. Meriah :)
BalasPadamAlhamdulillah sekali sekala 😉
PadamPC pernah makan BR ni sekali betul. Itu pun sebab ada sambutan hari lahir rakan sekerja dulu..masa zaman masih bekerja. Bos unit kawan PC belanja. PC yang unit lain ni dapatlah rasa sesudu dua.
BalasPadamHehe lama dah ya? Kenangan buat PC tu 😉
PadamSelamat hari lahir untuk Mak Syaz..comel gambar Spongebob & friends...seronok berkumpul ramai-ramai..
BalasPadamikut cluster..hehehe..
Hihihi cluster peminat mak esah 😆
PadamKalau PA sambut pencen sekali.
BalasPadamHihi mak saya pencen awal haritu wak,dah sediakala pesara kerajaan dah 😆
PadamAlhamdulillah. selamat hari lahir untuk mak akak. semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. AAminnn..
BalasPadammeriah sambutannya..cucu cucu semua tak sabar nak makan kek. Kek BR ni cara saya scoop je. nak potong pun tak rupa kek dah. hihi
Terima kasih fiza atas doanya ❤️❤️😘
PadamBetul2, memula potong, lepas tu memang tak ada rupa dah, last2 adik akak scoop2 kan je masuk piring masing2 😂
hepi bestday buat mak syaz....bestnya kek aiskrim tu..:)
BalasPadamTerima kasih Cik Nor 😉😉
Padamdap2 ..kek BR. pernah makan, tapi x gemar sgt sbb cepat cair. kena makan cepat2.
BalasPadamcone tu..mesti la Ayu kan...?
happy birthday to ur mom, semoga sentiasa dirahmati Allah...
Betul! Hehehe amiinnn
Padamhappy birthday mak
BalasPadamTerima kasih afeez
PadamHappy Birthday Aunty Sweet 60.
BalasPadamMak Kak pun first time adik belikan cake BR ni awal bulan ni untuk birthday.
Hehe happy belated birthday untuk mak akak juga ya 😉
PadamHappy birthday Aunty, moga always sihat .....
BalasPadamTerima kasih atie, amiinn 😉
Padamkhamis ni birthday mama ammi pulak... tgklah balik somban kang barulah cari kek
BalasPadamHappy birthday in advance for your mom sis ammi 😊
Padamciksun pun tak pernah makan kek aiskrim BR ni..makan aiskrim dia pernah la tu pun last makan entah tahun bila ek? hahahaha!
BalasPadamhihi samalah, jarang sangat makan baskin robbins ni, sayang duit huhuk
Padamsha pun tak pernah cuba kek BR ini.. teringin juga tapi jauh sangat.. hehehe
BalasPadamHihihi saya pun excited terlebih sebab pertama kali cuba 😆
PadamShida pun rasanya pernah makan sekali je kek BR ni..sedap!
BalasPadamsebab bila befday kdg2 selalu mkn kek biasa pun jemu kan..
pastu xhabis haha order smpai 3 4 kg punya saiz ^_^
Selamat HAri Lahir mak syaz!
eeee ayu tu sibuk jeee ^_^
Dia memang nyibuk je kat mana2 hahaha
PadamTu la, selalu kek biasa, mesti tak habis, kena simpan dalam peti hehe, yang ini sekali harung je selesai
Hai sis , nk tnya.. beli kek pkul brpa? N potong jam brpa ya ?
BalasPadamHi awak ☺️
PadamSeingat saya, beli kek dalam tengahari, potong dalam 2 jam lepas tu sebab jarak dari BR tu ke rumah dalam 30-45min plus traffic, sampai rumah bergambar pulak dulu.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.