Life Baggage - Syaz Eym

 Assalamualaikum wbt

Humble post dari daku, nak menghebahkan terbitnya sudah buku fiksyen aku yang kedua.

Life Baggage oleh Syaz Eym!

Asalnya plan nak letak nama buku ni Bagasi Halimunan.

Tapi pihak penerbit cadang agar guna Life Baggage.


Aku ikut je 😉

Tapi Novel ini dalam Bahasa Melayu ya.

Tebal 100++ mukasurat dari Novel pertama dulu (Terkaitnya Kita)


Alhamdulillah ada rezeki untuk merealisasikan lagi impian aku agar adanya novel aku sendiri.

Tak pandai nak buat ayat promosi, macam mana nak cakap supaya ada orang sudi beli ek?

Hihi..

Kalau ada yang sudi, bolehlah Whatsapp penulis (sayalah tu) di 0192984616 atau thru emel pun boleh di syaznirahim@gmail.com




Buku ini adalah dari cerpen-cerpen lalu juga.

Kisah Hatim dan Najah.

Serta 2 cerpen sebagai kisah bonus dalam ni.

Diolah dan disusun menjadi cerjang.

Serius tak sangka akan dapat terbitkan fiksyen cerjang pula.

Syukur.

Mungkin ada yang dah baca dan tahu ending, tapi ada juga yang mahukan cerita-cerita aku disemat dalam bentuk fizikal di rak buku mereka.

😀

Sesungguhnya, pembaca blog ini adalah sumber inspirasiku selain anak-anak, suami dan keluarga.

Ya, memang tujuan aku menulis, yang paling utama agar ada orang yang terhibur, dan seronok baca hasil tulisan fiksyen aku.

It's a dream for me, to be a writer.

Menjadi seorang penglipurlara.

Adakah aku dah berupaya jadi penglipurlara?

Aku tak pandai nak tulis cerita tentang organisasi kehakiman, misteri, mistik, ceritera orang kaya, mak mertua jahat dan garang..huhu.. itu semua ada orang yang lebih padu.

Aku?

Ala..belajar-belajar tulis cerita orang-orang biasa saja.

Dan dari situ rupanya aku 'rasa' sesuatu.

Siapa nak miliki nashkah yang aku print tak banyak ni, bolehlah hubungi ya.

SYaz EYm

Ps: Gambar di cover tu pastinya bukan Hatim yang aku bayangkan 😂

Korang anggap je lah itu gambar watak Shah ye ahahah


Rasa-rasa aku imagine rupa Hatim macam mana?


PSS: Kalau sudi, boleh juga share tentang novel ini ya 😉

Update: More pics dari penerbit 😘










Post a Comment

41 Comments

  1. Wahhhh!!! Beranak lagi rupanya!!! Tahniah syaz 👏👏👏👏 happy for u... mcm nk beranak setiap 4 bulan sekali je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terima kasih kakmim. Akan 'beranak' lagi ke tak tu tak pasti lagi, insyaallah kalau ada ilham lagi. Buat masa sekarang ni, rasa kering dah idea 🤭

      Delete
    2. Idea psl pemblog tu la td.. kembangkan idea kembangkan idea.. haha

      Delete
    3. 🤭 insyaallah manalah tau ada pula ideanya nanti 😊

      Delete
  2. Tahniah..all the best!!

    cerjang..hihi..first time dgr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerjang tu main reka je tu, rasanya salah tu ahaha

      Delete
  3. wow tahniah syaz proaktif berkarya sudah ada karya perseorangan kedua...cerpan/cerita panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerpan rupanya ye hehehe
      Terima kasih kak PI 😊

      Delete
  4. Wah! tahniah dah ada yang kedua.
    All the best Syaz.

    ReplyDelete
  5. Tahniah, rezeki penulis terkait2, ada saja idea barunya yg segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Insyaallah selagi ada sambutan..kalau takde sambutan nanti kita duduk diam2 hihi

      Delete
  6. wow tahniah syaz..dah buku kedua rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mamapp, kedua dan mungkin terakhir hihi

      Delete
  7. Tahniah... semakin produktif nampaknya!

    ReplyDelete
  8. W'salam Syaz..
    Tahniah sis ucapkan dengan penghasilan buku baru.
    In shaa Allah sis beli buku ni nanti tanda support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sis, boleh.. contact saja saya 😊

      Delete
  9. Wahh..tahniah kak syaz kelahiran kedua. Saya share link akak ni dalam terkaitnya kita sekali okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih fizah, nanti dah ada link nya roger ya ;)

      Delete
  10. wow weeeee tahniah tahniah�������� nk autograf boleh?��

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah boleh, masa order gtau awal2 hehe.. jadi saya yang akan pos instead of penerbit hihi

      Delete
  11. kekonon dulu nak juga jd penulis..tapi selalu guna ayat rojak..hahaha lastnya ke blog jela kite menulis..tahniah kak! why sinopsis die dah menarik hati ni..haippp macam kena ada satu je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu boleh je nak menulis lagi tu sis ;)
      Hehe terima kasih kalau rasa menarik ;)

      Delete
  12. OMG kak Syaz!!! you did it again!! Alhamdulillah!! Tahniah yaaa :)

    ReplyDelete
  13. tahniah syazz!!!! walau bukan macam penulis2 lain, tapi syaz juga ada gaya penulisan syaz yang tersendiri tau! jangan rendah diri!

    ReplyDelete
  14. Tahniah Syaz !! teruskan menulis selagi masih lg mampu berkarya. hehe

    ReplyDelete
  15. Tahniah! Teruskan usaha menulis tanpa jemu.

    ReplyDelete
  16. Tahniah atas terbitan buku kedua kak syaz!! Semoga terus ada idea untuk berkarya!!

    ReplyDelete
  17. Tahniah syaz! moga terus berkarya ye! shida sokong dr belakang <3

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.