Saturday, January 2, 2021

Roti Sarang Burung di Senawang

Gambar tahun lepas.
Eceh macam lama sangat je kan hahaha!



Masa ni teringin nak makan Roti Sarang Burung, jadi orderlah melalui Food Panda.
Order kat kedai Ar-Robah Cafe.

RM5 sekeping dengan 2 telur tu.
Memang mantap!
Tambahan pulak kuah dhal dia tu memang kena sangat dengan selera aku weh.

Terpejam-pejam mata menikmati kesedapan perasaan mengunyah roti sarang burung ni!

Hahaha!

Sambil taip ni pun teringat-ingat rasanya.
Hari-hari makan roti sarang burung ni, boleh jadi sado kot aku.

Ini pun lengan dah besar kayu balak dah sejak PKP ni..
Ahahah!

Ok gelak-gelak jugak, seram jugak ni.
Kena beringat bab makan ni sikit syazni oi!

Hari ni sebenarnya istimewa sikit buat diriku.
Cuba teka hari ini hari apa?

😘

 

28 comments:

  1. SEDAPNYA ROTI SARANG BURUNG BUKAN ROTI CANAI KA SYAZZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejenis roti canai jugak ni kak PI, dia letak telur, dia lekumkan, jadi macam sarang burung kononnya hehe

      Delete
  2. Eh. Hari ni dah hari sabtu dah (⊙o⊙)

    ReplyDelete
  3. Tahun lepas tu sehari lepas ke tu? hihi..roti sarang burung semakin dikenali. Adakah hari ni anniversary itu? :)

    ReplyDelete
  4. Wow. nampak sedap heheh belum cuba lagi ni

    ReplyDelete
  5. Food panda boleh? Tak pecah ke telor kuning tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pecah uncle, dia bungkus pakai polisterin hehehe

      Delete
  6. oo..roti sarang burung namanya..blm try lg...

    birthday??

    ReplyDelete
  7. Ermmm..dapnya roti tu, tapi kalo selalu maunya berat naik mencanak2 kan, nak turunkan balik susah nanti.

    Hari jadi syaz ke hari ni? Ke naik pangkat, ke dapat bonus, ke anniversari?😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, ini pun dah naik sikit ni, susah hati jugak ni..

      Yeayy ada tekaan yang betul!🎉😁

      Delete
  8. penah dengar pasal roti ni, tp tak penah rasa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe rasa dia macam roti canai biasa letak telur je feez

      Delete
  9. Nanti ada kesempatan nak rasa roti sarang burung ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasalah, sebenarnya sama je dengan roti canai biasa, bagi saya lah haha

      Delete
  10. alamak...kenapa sy rs mcm craving roti canai skrg niiiii waaaaa

    ReplyDelete
  11. shida xpernah cuba lg..ade je org sekitar sini buat..telur tu ke sarang di? hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti tu sarang dia, telur duduk dalam sarang. Camtu lah kaedahnya ahaha

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ads