Monday, April 26, 2021

26 KES - DR FAHD RAZY | REVIEW

Masa tu, buku ni ada lalu lalang di Whatsapp status kak Ujie Othman.
Sebagai seorang yang suka membaca buku-buku genre medic macam ni, memang teringin sangat-sangat nak beli.

Tapi biasalah, bila dah duduk rumah, ada je benda nak buat sampai lupa terus.
Haha!

Beberapa hari kemudian tu baru pm kak Ujie kata nak beli hahaha

 Buku ni ada 26 penulis, terdiri dari doktor, jururawat, farmasis dan lain-lain lagilah.
Menceritakan kisah-kisah yang pernah mereka handle, yang paling segar dalam ingatan mereka.
"Himpunan Kes Yang Tak Terlupakan"

Salah seorang penulis dalam ni adalah Dr Kamarul, penulis Ghostpital tu.
Ada juga Dr Rusyaini Ramli yang aktif di media sosial memperbetulkan mindset masyarakat yang salah tu.

Ringkas, semua cerita ok lah.
Ada yang santai, ada juga penulis yang guna bahasa tinggi yang marhaen macam aku ni tak faham.
huhu..

Tapi dalam banyak-banyak kes dari 26 kes ni, aku paling suka kes 5.
Syahadah Terakhir.

Aku menangis membacanya. 
Sedih dan sangat touching!

Berbaloi lah beli, walau lambat juga aku nak habiskan.
Semester dah mula, bulan puasa lagi, jadi memang berperang dengan masa jugak.
Sampai kepot-kepot buku tu haa hahaha

4 bintang!

11 comments:

  1. Penulis² terdiri daripada anggota kesihatan.. pastinya buku yang menarik dibaca.

    ReplyDelete
  2. buku negara tuh..
    jamni mesti ada versi ebook kann?

    ReplyDelete
  3. Dr Fadh ni penulis hebat semua karya2nya n rakan2 medic dlm buku n antologi menarik dibaca

    ReplyDelete
  4. Menarik banyak himpunan kes² yang berlaku dalam bidang perubatan ni. Bacaan yang menarik. Syahadah terakhir tu macam sedih, mungkin sakit yang berakhir dengan kematian?

    ReplyDelete
  5. cerita2 yang berdasarkan kepada kisah2 sebenar ni. mesti menarik

    ReplyDelete
  6. macam menarik pulak...suka jugak genre medical macam ni..

    ReplyDelete
  7. atie pun suka yg jenis medic ni tapi lebih suka tgk dari baca...sbb tu suka tgk series medical.. tapi tgk japanese jer haha

    ReplyDelete
  8. Macam menarik je..ingat tak dulu siri penyiasatan Enid Blyton yang kisah2 asrama kalau tak silap..dulu akak ada koleksi tu dari siri pertama sampai berapa ntah...lepas tu dah pindah randah tak ingat dah mana ntah letak...ntah2 dah kena buang

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot