Deco Dinding Bilik Anak Dengan Hasil Seni Anak

Adam dan amir ni tadika yang jenis Montessori.
Jadi, ada masanya diorang akan bawa balik hasil kerja diorang yang dekat tadika tu.

Selalunya, aku ambil double sided tape, terus je tepek hasil kerja diorang tu dekat dinding dalam bilik.

Lama-lama ada yang dah tercabut dan berhabuk.
Sayang pulak nak put away kan.

Ada satu hari tu, tengok Property Brothers dekat HGTV, Jonathan dengan Drew tu hias dinding client diorang guna lukisan anak-anak client tu.

Dia masukkan dalam frame gambar.

Ahah apa lagi, terus aku dapat idea nak buat benda yang sama!

Ada satu frame ni, kami beli dekat Ikea.

Asalnya memang letak gambar kami 1 keluarga.

Tapi terbaca pasal tak baik letak gambar dalam rumah bla bla semua tu, terus turunkan dan letak dekat celah almari je.

Jadi, keluarkan semula.

Keluarkan gambar-gambar, gantikan dengan hasil seni anak-anak.

Maka jadilah macam gambar di atas 😘


Try gantung kat dinding dapur tu dulu.
Cadangnya nak gantung dalam bilik anak lelaki.
Since itu pun memang hasil lukisan diorang kan.


Tapi kena drill dan letak skru dulu.
Insyaallah soon akan gantung.

Sekali sekala acah berseni decor rumah, tak salah kan? Hahaha

 

Post a Comment

17 Comments

  1. seni itu tinggi valuenya. Okay sangat idea ni :)

    ReplyDelete
  2. wah syabaassss!!!
    memang nampak menarik je bila tgk balik hasil kerja diorang kan...
    dihargai gitu :)

    ReplyDelete
  3. Kita pun masa Iman kecik2 dulu suka tampal hasil seninya kat dinding bilik, bila dah berhabuk lap, berhabuk lap. Masih ada lagi sekarang tapi kat belakang almari, hihi

    ReplyDelete
  4. Memang nampak menarik hiasan dinding dengan hasil seni dari anak-anak macam ni.

    ReplyDelete
  5. Oh nampak cantik letak dalam bingkai.
    Akak memang minat Property Brothers. Dapur mereka buat memang besar, banyak ruang simpanan. Berangan kalau mereka buat di rumah sendiri.

    ReplyDelete
  6. menarik syaz! mana satu ayu buat? heheee

    ReplyDelete
  7. Kreatif! Saya masa kecik kecik dulu selalu jugak arwah mak tampal hasil lukisan di dinding. Memang rasa dihargai bila tengok lukisan kita di dinding biar tak lawa pun hahaha.

    ReplyDelete
  8. Bila dah diframekan nampak cantik dan berseni hasil kerja tangan mereka.

    ReplyDelete
  9. Biar simpan elok-elok sehingga dia besar. Nanti pasti dia suka terkenangkan kisah lalu.

    ReplyDelete
  10. comel je lukisannya..kreatif! imaginasi kanak-kanak ni memang tak sama macam kita...huhu..anak-anak pun mesti excited lepas letak dalam frame tu :)

    ReplyDelete
  11. kreatifnya diorg. bgus jgk idea ni, letak dlm frame.

    ReplyDelete
  12. Betul, mmg ada kurang elok letak gambar sendiri kat ruang yang tetamu senang nampak gambar kita... Eh, bagus buat camni, baru anak anak rasa dihargai.. lagi banyak la dorang nak lukis t.. hahaha.. Kasik penuhhhh

    ReplyDelete
  13. Idea yang sangat ohsem.. bolehlah menghayati hasil kerja sendiri kan bila dijadikan hiasan bilik..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.