A&W Rutbir Botol Besar

Dalam banyak-banyak minuman berkarbonat atau nama yang sering orang kita sebut sebagai air gas, aku paling suka sekali A&W Rutbir ni.

Apatah lagi kalau dia dah jadi float, bila dicampur dengan aiskrim.

Apatah lagi lah kalau minum tu dekat premis A&W kan!

Namun musim Covid19 ni, lupakanlah seketika aksi sedut rutbir sewaktu dine in.

Jadi haritu sebab teringan sangat, dah lama tak minum punya pasal, order je pakai Grab Food.

Bahagianya rasa masa botol air ni sampai.
Sebahagia gambar beruang kat atas tu hahaha!

Dahlah botol besar, masa dia sampai tu sejuk pulak tu!


Apa lagi, terus je lah minum.

Anak-anak pun join sekaki, sebab dia kan tak terlalu kuat sangat gas dia.
Tapi aku kasi minum sikit je budak-budak ni.

Kalau tak dicatu, kadang minum tak ingat dunia.
Cepat je habisnya nanti.

Lagi pun tak elok minum air gas ni, apatah lagi budak-budak.

Walau sekali-sekala, tetap tak boleh terus togok banyak-banyak!


Setiap 100ml, dapat 11g gula 😂
Banyak tu 11g kan.

Setiap 100ml air rutbir A&W ni, peminum akan dapat 45kCal oo!
45,000 Calories!


Kalau 5 biji oren bersamaan dengan 100 calories, maka 100ml air Rutbir A&W tadi sama macam kita makan 2250 biji buah oren pada satu masa.

Betul tak matematik aku tu ya?
Takuitt pulak tiba-tiba 😂

Tak apalah yang penting kempunan dah lepas hihik.

Post a Comment

17 Comments

  1. Yg paling best kalo mkn di a&w mug nya tu mmg feel habis.. x sama kalau tapau... anak kakmim yg sulung x pandai minum air gas tp bila try root bir ni dia boleh terima pulak.. mungkin sbb dh jd float kan mmg x rasa sgt gas nya

    ReplyDelete
  2. kdg2 bila teringin nk minum air bergas ni, akk akan campur air putih..tapi rasa kurang sedaplah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kak, saya pun kadang2 buat macam tu hehe

      Delete
  3. dulu selalu mnum air ni. skang nsib baik x berapa minat sgt dah mnum air bergas. coke je kadang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..saya pulak coke yang tak boleh telan sangat, pedih hehe

      Delete
  4. Minum air bergas ni sekali sekala boleh le. Dah berumur atas 40 tahun ni dah kena jaga makan, minum.

    ReplyDelete
  5. DUlu memang uncle suka ni... sekaarag dah kureng sikit...

    ReplyDelete
  6. Sesekali mengapa tidak. Terus terbayang aiskrim vanilla. Mix kan aduh nikmat.

    ReplyDelete
  7. Root beer A&W ni memang best. Lagi-lagi bila letak aiskrim.

    ReplyDelete
  8. wah alma tak minum A&W Rutbir ni..

    ReplyDelete
  9. suka rootbeer a&w..especially yg float

    ReplyDelete
  10. Aduhai nikmat nya air tuuu hahahaaa mnum sejuk2 plak ����

    ReplyDelete
  11. yeaa betul..fav akak gak ni..tapi sebabkan tengah TTC dari dulu, dah lama stop minum air gas...uwaaaa...tgk syaz share gambar ni, teringat2 pulak kesedapan dia..campur plak ais krim dlm dia..layanzzzz..

    ReplyDelete
  12. Selalu gak beli yamg ni .. pastu beli aiskrim vanilla nestle tuu .. layan makan kat umah ..

    ReplyDelete
  13. Lama gilaaa tak minum air A&W ni.. fuh, fuhhhh... kena cari gak.. ada a &w baru bukak berhampiran rumah ni.. leh try.. huhu

    ReplyDelete
  14. Nak beli juga tapi tulah bila tengok dekat SHopee cam mahal gila pula.. Sesekali minum, okaylah..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.