Musim covid ni, nak bawa anak check up di klinik, sebaiknya hanya seorang penjaga yang bawa masuk.
Selalunya, dari Adam baby, kami mesti akan pergi sekali.
Senang kalau apa-apa.
Tapi dah musim macam ni, tambahan pula ayu pun dah besar, dah boleh jalan sendiri, aku bawa dia sorang-sorang je lah.
Dia pun ok je, cuma awal-awal je dia menangis sikit masa tengok nurse 😂
Masa aku siap-siap pagi tu, dia pun menyibuk sama.
Jadi masa buka almari, dia ternampaklah baju raya dia tahun lepas punya ni.
Memang baju ni elok sangat-sangat lagi.
Baru pakai dua kali je.
Dia pun mengendeng nak pakai.
Jadi, memikirkan tak lama lagi mungkin tak boleh pakai dah, aku pun setuju dengan idea Ayu tu.
Why not kan?
Itu yang berkebaya pergi klinik tu hihi
Nasib baiklah klinik Desa ni tak ramai orang, dari dulu lagi memang tak ramai sangat orang.
Jadi tak adalah menunggu lama.
Duduk sekejap dalam dua tiga minit, terus misi ajak timbang berat dan ukur tinggi.
Ayu mula dah perangai takut orang dia masa tu.
Jenuh juga nak tackle.
Dalam tangisan, letak jugak dia atas penimbang hahaha
Tapi misi memang pandai handle, sekejap je Ayu takut tu.
Lepas tu elok je boleh borak-borak untuk check perkembangan dia.
Kena susun-susun cube tu buat menara.
Kena lukis bulatan.
Tengok dia punya respon masa tanya soalan.
Tengok dia bagi eye contact ke tak.
Alhamdulillah semua ok.
Cuma graf bmi dia je dah hampir nak terlebih dari normal, nasib masih dalam julat normal 😂
Habis check up, misi bagi Ayu ubat cacing.
Excited dia!
Sebab beberapa minggu lepas, amir pun check up untuk 5 tahun setengah kat klinik ni, dapat ubat cacing jugak.
Ini masa bawak abang amir check up.
Ayah tunggu dalam kereta je.
Masa amir checkp up, siap ada test mata.
Tengok mata dia ok tak.
Setakat test buat haritu, alhamdulillah mata amir ok lagi.
Yang kecik-kecik tu dia masih nampak.
Masa amir pun sama, ada sesi temubual tu.
Untuk tengok perkembangan dia sejajar tak dengan umur.
Alhamdulillah ok semua.
Lepas habis temubual tu, amir pun dapatlah ubat cacing sebotol.
Jadi masa tengok amir makan ubat cacing tu, berialah dia nak jugak.
Dia ingat sedap agaknya hahaha
Gigih posing dengan ubat cacing dia.
Sampai je rumah, memang kena makan dululah kan.
Sebab dari pagi, dia minum susu je sebotol.
Habis bubur McD tu semangkuk dia makan sorang.
Terliur je omak tengok dia makan, paling terliur tengok air coklat dia tu ha hahaha
Siap je makan, terus menuntut nak makan ubat cacing dia tu.
Tak menyabar!
Masa ni aku dengan dia je kat rumah.
Abang-abang sekolah, ayah kat office.
Lepas makan ubat, agaknya bosan + penat, terus pengsan tidur haha
Macam klinik desa Pokok Mangga je..
BalasPadamhehe..design sama agaknya kan
PadamSezaman binaannya agaknya.
PadamEh... kenapa dia menangis pulak tengok nurse?
BalasPadamUncle suka je tengok nurse...? Ops! hahaha!
auntyyyyyy...... oooo auntyyyyyyyy
Padamjarang jumpa kanak2 suka makan ubat ni..hahahah!! apapun ayu tetap comel berkebaya, geram tengok!
BalasPadamwah.. wanita melayu terakhir sangat pergi klinik pakai kebaya... hehehe
BalasPadamComal Ayu berkebaya. Senang urusan di klinik desa tak ramai orang. Alhamdulillah perkembangan anak anak baik semuanya. Ayu makan, aunty pun terliur tengoknya.
BalasPadamhahahaha comel la ayu ni. Alhamdulillah semuanya okay untuk ayu dengan abang amir
BalasPadamComelnya Ayu berkebaya..
BalasPadamComel aaa Ayue pakai kebaya ..
BalasPadamgood girl ayu :)
BalasPadamcheckup 3 tahun tu perlu jumpa doktor ke? atau jmpa nurse shaja?
BalasPadamPengalaman saya, nurse sahaja jika semuanya ok dan normal.
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.