Siapa yang dah nak pergi?
Ramadhan.
Bulan yang indah ini dah nak pergi meniggalkan kita sekali lagi.
Bulan yang amal kita ganjarannya dilipatgandakan.
Mudah-mudahan, masih ada lagi kesempatan kita bertemu dengan ramadhan tahun hadapan.
Baru-baru ini ada seorang pensyarah sama pusat pengajian telah meniggal dunia.
21 Ramadhan haritu.
Awal Mac haritu jumpa dia masa meeting exam, elok-elok je sihat nampak arwah.
Lepas tu masuk wad sakit, lama dia tak sedarkan diri.
Lepas tu alhamdulillah, sedar dan pindah wad biasa dah.
Tapi Allah lebih menyayangi.. Dr Rosli pergi jua.
Jadi terus refleks diri.
Teringat yang arwah, elok-elok je puasa pada ramadhan lepas.
Tapi ramadhan tahun ni, dimulai dengan dia tak sedarkan diri di hospital.
Dan tak sempat pun habis ramadhan, dia dah pergi..
Allah..
Moga ada lagi kesempatan aku untuk berjumpa dengan ramadhan yang akan datang..
Aminn..
14 Comments
Apa boleh buat.. Di dunia ini pasti ada datang dan pergi. Bulan Ramadan datang lalu ia pergi. Pergi meninggalkan kita dengan pahala yang berlipat kali ganda sekiranya kita mengambil kesempatan untuk mengambil segala barakah yang terdapat di dalam bulan tersebut. Namun andai tiada satu pun yang kita perolehi pada bulan Ramadan Al-Mubarak, maka sia-sialah hidup kita dan kita perlu menunggu Ramadan yang akan datang untuk merebut kembali peluang yang dijanjikan Allah SWT. Entah ada, entah tidak hayat kita nanti. Semoga kita semua di bawah lindungan-Nya.
ReplyDeleteinnalillahi wainna lillahi rajiun
ReplyDeleteSelamat tinggal ramadan... semoga jumpa lagi...
ReplyDeleteSemoga kita temui lagi ramadan yang akan datang dan ramadan2 seterusnya sehingga beberapa masa.
ReplyDeleteSemoga kita bertemu lagi Ramadhan
ReplyDeleteSelmt tgk ramadan.. Slmt dtg syawal😁
ReplyDeleteAamiin aamiin ya rabbal alamin. Semoga kita diberikan kesempatan untuk bertemu next ramadhan, in shaa Allah.
ReplyDeleteInna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Al fatihah buat arwah Dr. Rosli.
ReplyDeleteRamadan akan pergi juga, semoga Allah izinkan kita bertemu di Ramadan akan datang. Aaaminn...
SALAM AIDILFITRI SYAZ N FAMILI MAAF ZAHIR BATIN
ReplyDeleteMoga bertemu lagi di tahun akan datang.
ReplyDeleteAamiin.. Aamiin..
ReplyDeleteSemoga berpeluang lagi untuk berjumpa Ramadan di tahun mendatang..
semoga kita dipanjangkan umur dan dikurbiakan kesihatan yang baik untuk berjumpa dengan ramadhan tahun hadapan. insyaAllah
ReplyDeleteSemoga tahun depan daoat lagi berjumpa ramadhan ..
ReplyDeleteharap kita dapat bertemu lagi bulan yg mulia ini :')
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.