Mug Free Gift Ada Babi Biru

Mug ni dapat free tadi.
Saiz dia comel je.
Tapi serba salah nak simpan ke nak guna ke, sebab ada si biru tu 😅

Belah lagi satu ada tulis Just Chillax dan BT21.
Serius aku pun tak tau apa-apa pasal BT21 dan kaitan dengan babi biru tu 😅


Pendapat kalian macam mana.
Boleh ke guna mug tu?
Ke ada hukum apa-apa yang mungkin aku tak tau?

Updated:

Ada yang komen ini pada post ni 👇


Watak tu namanya Mang, iaitu seekor kuda?
😅

Memang 'acik' betul la aku ni, aku tak nampak macam kuda pun haa..

Ha marilah kita google watak cartoon BTS BT21.

Bila dah google...



Laaa kisahnya.

Maaf le anak-anak muda, aku memang tak ambil tahu pasal kpop kpop ni, almaklumlah dah tahap acik acik kan.

Jadi definitely mug itu akan aku berikan pada orang lain je nanti 😊

Kita pakai je la mug acik acik yang masih banyak kat rumah ni 🌷
 

Post a Comment

11 Comments

  1. Saya tak pasti dari segi hukum. Tapi secara peribadi, kalau saya dapat. Saya berikan pada rakan yang Non Muslim atau buang.

    ReplyDelete
  2. Boleh buat hadiah kepada kawan non muslim

    ReplyDelete
  3. hmmm...tak sedap hati rasanya nak guna, walaupun sekadar gambar..lebih baik bagi kat non-Muslim..

    ReplyDelete
  4. Salam Acik.. pencerahan: karakter biru tu ialah BTS BT21 cartoon, namanya Mang, ia memakai purple-blue horse mask (topeng kuda biru-purple) dan bukannya babi.. Acik boleh cari di google berkenaan BTS BT21 karekter..

    ReplyDelete
  5. kalau dana tengok sekali imbas pun nampak cam babi... mujur lah ada budak tu yang bagi penerangan yek... kuda rupanya

    ReplyDelete
  6. Owh.. karekter kartun BTS rupanya.. Alahai.. Nampak snagat Sha pun kategori acik-acik juga.. hehehe.. Boleh bagi pada peminat BTS ini..

    ReplyDelete
  7. hahaha... klu pakcik dpat pon pakcik sangkakan ba alif ba ya

    ReplyDelete
  8. Ok.. boleh gunakan kalau kuda. Hihi

    ReplyDelete
  9. Kalau was was, x yah guna.. kan.. hehe..lebihhh lega dan selamat..

    ReplyDelete
  10. Kalau side tepi adalah rupa kuda sikit. dari depan memang jauh gambaran seekor kuda tu. Tak tahu pulak character kartoon BTS. Boleh bagi pada peminat BTS yang non muslim.

    ReplyDelete
  11. Aduhai..kalau dah begitu..smpai ke karajter kpop2 ni..akhirnya xpkai jua..simpan jelah 😅

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.