Berus Gigi Robocar Poli

Dah tiba masa untuk tukar berus gigi budak-budak ni haritu, jadi masa scroll shopee, adalah nampak berus gigi Robocar Poli yang ada figurine dekat hujung tangkai dia tu.

Tak sampai beberapa hari, berus gigi ni pun selamat dihantar ke rumah.

Memang sengaja beli tiga yang lain-lain.
Kat rumah ni, tak boleh juga ada dua yang sama, nanti sorang yang tak sama tu akan kedengki.

Haha!

Jadi beli satu Roy, satu Poli dan satu Amber.



Tak sangka jugak, senang je adam dan amir dapat capai mutual agreement masa nak pilih berus gigi masing-masing.

Adam pilih Roy, Amir pilih Poli.


Ayu semestinya Amber.
Ayu memang sangat suka pink, agaknya kalau bukan sebab dia kenal tu watak Amber pun, dia pilih sebab warna pink.


Figurine dekat hujung tangkai tu material getah.
Tak boleh cabut.



Seronoklah masing-masing dapat berus gigi baru.
Yang ayu jadi rajin sikit nak gosok gigi.

Kalau tidak tu jenuh juga nak paksa dia gosok gigi.
Abang-abang pulak memang dah tau gosok gigi tu wajib.


Nak bawak jalan-jalan tak boleh, jadi aku cuba gembirakan budak-budak dengan cara macam ni pulak.

Harap-harap gembiralah 😁😂

Post a Comment

19 Comments

  1. hepi ja tiga beradik dpt berus gigi baru

    ReplyDelete
  2. Macam-macam bentuk berus gigi kanak-kanak yang menarik.
    Kadang-kadang saya yang terlebih teruja membeli untuk anak, padahal sorang jew anak kecik hihihiii.

    ReplyDelete
  3. Rasanya kita yg tua ni pun happy setiap kali ganti berus gigi baru, hihi

    ReplyDelete
  4. alah-alah comel nya kalau Aiyan dulu dia suka yang ada gambar dinosaur mujur sekarang dah besar dia tak kisah sangat ada kartun apa hehehhe

    ReplyDelete
  5. Gegirl n pink memang berpisah tiada :)

    ReplyDelete
  6. Yeah!! Berus gigi baru.. Cantik berus gigi mereka.. Memang kena cari cara lain kan Syaz untuk happykan diorang.. Diorang lah yang paling lama terkurung sebenarnya..

    ReplyDelete
  7. comelnya.. blh beli jgk utk ank ni.. hihi

    ReplyDelete
  8. comelnya lah berus gigi diorang. Kenapa lah takde berus gigi comel untuk adult jugak

    ReplyDelete
  9. comelnya berus gigi ni, nampak tu muka anak-anak happy...hehe..dapat encourage dorang juga kan :)

    ReplyDelete
  10. saya sekarang ini tak boleh dah berus gigi sebab ada masaalah radang. banyak berkumur dengan air garam atau listerin sahaja.

    masa anak saya kecil dulu, saya rajin bawa mereka pergi hospital pulau pinang bahagian unit gigi untuk check. lepas selesai check, dapat toy yang mungkin dibuat oleh sekolah budak cacat atau warga emas.

    nurse yang check gigi mereka pun saya agak pelatih kolej sebab masih muda dan ramai...

    ReplyDelete
  11. Pink je mesti awek punya.... :D

    ReplyDelete
  12. maknye punya takde ke? hehehe

    ReplyDelete
  13. Dapat seorang satu. pasti lepas ni mereka lagi bersemangat menggosok gigi

    ReplyDelete
  14. Hihi..comel berus gigi dan modelnya.

    ReplyDelete
  15. Ayu, kita samaaa! Pink Lover! Hehehe...

    ReplyDelete
  16. Seronok masing masing dapat berus gigi baru. Baru semangat sikit gosok gigi. For sure mereka gembira tu dapat benda baru.

    ReplyDelete
  17. Mesti dorg happy kan..lagi2 si ayu tu..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.