Website Buat Tandatangan Digital Tanpa Background Percuma

 Musim WFH dan ODL sejak musim pandemik memang akan memaksa beberapa perkara yang melibatkan penggunaan tandatangan terpaksa dilakukan secara atas talian juga.

Selalunya, orang akan gunakan saja mana-mana font yang sedikit fancy untuk taip je nama masing-masing dalam textbox di pdf, words dan sebagainya.

Tapi itu bukanlah rupa tandatangan kita yang sebenarnya kan?

Jadi, harini aku nak share tentang satu website yang membolehkan kita create tandatangan kita dalam rupanya yang sebenar, digital, tanpa background (png format), sangat mudah dan yang penting percuma!

Ok, website itu adalah https: www.docsketch.com/online-signature/


Boleh guna komputer, boleh juga guna telefon bimbit atau tablet.
Nanti dia akan bawa kita ke paparan seperti di atas.

Pilih "Draw Signature"

Kemudian, akan keluar paparan seperti ini:


Boleh pilih nak tandatangan guna pen warna apa.
Selalunya untuk urusan rasmi, pen warna hitam adalah yang paling sesuai.


Bolehlah turunkan tandatangan kita.
Kalau rasa tak cantik atau tak kena ke apa ke, boleh klik 'clear' untuk padam dan mulakan semula.
Sangat senang!

Selepas dah puas hati, klik 'save'.

Dia akn bawa kita ke paparan seperti ini:


Disebabkan kita nak tandatangan yang tiada background putih tu, kita kena tick pada 'tranparent background' punya pilihan tu dulu.

Selepas itu barulah klik 'download'.


Jadi dia akan terus download tanpa tanya banyak.
Automatik download.


Tadaa, dah siap tandatangan digital untuk diturunkan pada dokumen.
Insert as image sahaja.


Lepas dah insert, pilih image tu supaya dia appear 'in front of text'.


Nanti, dia akan jadi begini.
Tandatangan itu akan berada di hadapan ayat-ayat lain.
Bermaksud, susunan ayat dan margin serta spacing asal dokumen tidak akan terjejas.


Kita hanya perlu adjust saiz tandatangan itu saja selepas itu agar dia fit pasa ruang yang kita nak masukkan dia.


Begitu.

Itu sahaja untuk Jumaat yang barokah ini.
Harap membantu mereka yang tercari-cari caranya 😊

Update: Saya layari semula website tu pada Ogos 2021, dia dah ubah nama site dia kepada Signwell https://www.signwell.com/online-signature/

Tapi sama je fungsinya lagi 😊

Post a Comment

20 Comments

  1. Makin menarik sekarang. Jika buat surat boleh letak sign kita kan. hehe. Terima kasih kak

    ReplyDelete
  2. Tq syaz.. Mmg k ret cari apps camni.. 👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Laaa... ada juga sevis macam ni? Tak terfikir uncle!

    ReplyDelete
  4. Kena belajar ni. Baru-baru ini saya pun kena turunkan tanda tangan cara begini. Hahahaaa...buta IT punya pasal sampai minta tolong Abang Farid buatkan nun di Seri Iskandar.

    ReplyDelete
  5. Lepas ni boleh buat tt kat rubber stamp pulaklah
    Tinggal cop aje

    ReplyDelete
  6. Tips uang berguna . Lepas ni tak perlu nak palai font ala2 tulisan berangkai tu

    ReplyDelete
  7. wah tq for sharing.. dapat ilmu baru

    ReplyDelete
  8. Sungguh-sungguh hujung jari sekarang ni.

    ReplyDelete
  9. Bagus ni. memudahkan kerja sign document. Thanks share :)

    ReplyDelete
  10. Wahhh memang dpt jugak sign tu

    ReplyDelete
  11. Lagi mudah bila blh buat camni ..

    ReplyDelete
  12. Sebelum ni upload image je letak dekat dalam document tu haha. Nanti nak try pulak yang ni

    ReplyDelete
  13. Kena simpan baik-baik tandatangan maya ni. Takut disalah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Manalah tahu kan...

    ReplyDelete
  14. maklum la asyik pkp ja kn maka buatla signature digital untuk memudahkan kerja

    ReplyDelete
  15. Hahahah... nape la baru baca sekarang mende ni. dulu gigih wat signature guna paint... hahahah

    ReplyDelete
  16. menarik! tp cara shida lain hahaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau shida kan syaz..sign dlu atas kertas putih pastu snap..send dlm email..pastu crop bg ngam2..so kalau ade memerlukan sign..insert je image heeehe

      Delete
  17. Owh.. ada rupanya servis ini ye.. menarik..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.