Saturday, July 24, 2021

Pengalaman Order Dunkin' Donut Guna GrabFood

Cerita semalam.
Teringin nak makan Dunkin' Donut.
Apa lagi, terus order ikut Grab Food.

Tak sampai 30 minit, sampailah sekotak donut.


Jadi excited terlebih, sebabnya masa order tu, memang vendor dah cakap siap-siap yang donut tak boleh pilih.

Dia akan bagi ikut donut mana yang masih available dekat kedai.


Dalam hati duk berharap dapat yang smiley, ataupun yang putih ada jelly warna-warni tu.

Sebab tak boleh pilih, kalau beli satu satu baru boleh pilih.
Cuma boleh remark je kot ada apa-apa allergies je.



Masa sampai tu kebetulan adam, amir dan zaimi tengah solat asar.

Ayu apa lagi, dia berebut lah nak pilih dulu!


Ta-daa bila bukak, kecewa sikit sebab tak ada 2 ketul yang aku harapkan tu.

Tak apalah, boleh je yang ni pun.
Ayu dan pink berpisah tiada.
Tak sabar-sabar terus dia sambar donut pink tu haa !



Omak?
Yang hijau ni la.


Sebab kalau aku tak ambil yang hijau kelapa ni, confirm sapaaa pun taknak weh.

So far pengalaman guna grab food ni ok.
Rider akan hantar samada dengan motor atau kereta.

Dan yang best, dia siap bagitau nama dan muka rider tu tau.
Sekali dengan nombor plat kenderaan dan jenis kenderaan.

Lagi 1 yang aku suka, dia ada sistem bagi tip ikut apps.
Tip tu akan terus ke rider lepas selesai delivery.

Dan setakat ni pengalaman guna grabfood atau even Foodpanda pun semua ok ke kat senawang ni.

Rider semua baik, dan tak ada perangai.

Ok itu je cerita pengalaman order Assorted Box Dunkin' Donut guna Grab Food ๐Ÿ˜„

 

15 comments:

  1. Kalau khidmat baik, rasa nak order lagi kan.

    ReplyDelete
  2. Fuhyoooo.. Nice! Tak pernah order dunkin donut online... lama jugak tak makan ... Mcm mcm perisa ado

    ReplyDelete
  3. saya pon selalu jer order makanan guna grab atau food panda. so far pengalaman saya pon elok-elok belaka. yang tak elok tu, ade sekali hantar makanan orang lain kat umah saya... nak makan ke tak makanan tu bila takde sape tuntut?

    ReplyDelete
  4. Saya suka yang ada kacang di atasnya..

    ReplyDelete
  5. Saya prefer DD dari BA. DD lagi best dan ada banyak variasi tekstur donut.

    ReplyDelete
  6. Lama tak berdunkin donut sejak ada big apple. rupa pun dah lebih kurang sekarang. Ayu minat pink eh..omak pilih hijau jangan jadi mak kau hijau pulak nanti. Samalah, so far rider okay je. cuma apps tu je lah kadang tu candel order..huhu

    ReplyDelete
  7. Tak pernah guna grab food lagi. Sini takde dunkin donut, Big Apple Donut je ada.
    Sedap tengok Ayu makan donut pink. :)

    ReplyDelete
  8. tak bestnye klau xbleh pilih. so far xpernah lg beli donut guna grab/foodpanda

    ReplyDelete
  9. Ok laa tu mama pilih hijau hahaha .

    ReplyDelete
  10. Aakak tengh takde selera ni...tengok donut ni rasa nak makan donut plak

    ReplyDelete
  11. Bestnya! Lama tak layan donut!

    Tak pernah lagi guna delivery makanan gak kira grabfood, food panda dll. Akan datang nanti bila kami malas masak boleh la try!

    ReplyDelete
  12. comelnyaa ayu..rindu ayuuu eh tiber ^_^

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot