Selamat Hari Sabtu

Selamat hari sabtu semua!

Hari ni rasa nak jual pantun la.

Kecoh betul empat si polan,
Zaman nan modern mengumpat terbuka,
Setiap hari sama soalan,
Sekejap lagi nak masak apa.


Habis terpalit ikon pendakwah,
Pakat berhujah tempat keramat,
Setiap minggu mengeluh kesah,
Baju menggunung tunggu dilipat.


Menatal telefon dahi berkerut,
Pelik melihat LPT sesak,
Hujung semester sakan bergelut,
Menanda tugasan kini berlambak.

Ah tu je lah.
hahahah

Post a Comment

23 Comments

  1. sedap sungguh durian belanda
    senja tampak berbalam balam
    masak apa aja yg ada
    janji kenyang smpi ke mlm😆😆😆

    ReplyDelete
  2. Hensem anak kak
    semoga jadi anak soleh. :)

    ReplyDelete
  3. wahh anak bujang mak ni bakal jadi rebutan anak dara semesia., ;p

    ReplyDelete
  4. cantik pantun tapi saya tak reti nak beli..hehe

    ReplyDelete
  5. Pecah kaca pecah gelas.
    sudah baca harap balas.
    hahahaha ini je pantun saya boleh fikir skrg ni

    ReplyDelete
  6. Ke pasar minggu memetik labu,
    Ke kedai runcit membeli gula,
    Rasa kejapnya cuti seminggu,
    Esok dah mula PDPR semula.

    ReplyDelete
  7. Selamat menjalankan tugas.

    ReplyDelete
  8. Tengok si hensem berkaca mata hitam, teris hilang idea nak berpantun hihihii.

    ReplyDelete
  9. Aaa.. x dan fikir pantun.. hehe... salam Sabtu.. moga dipermudahkan segala urusan ye

    ReplyDelete
  10. selamat hari sabtu kak syaz. takde buat ape-ape pon, sekali tengok jam dah pukul 9.30 malam... cepat sungguh masa berlalu

    ReplyDelete
  11. Gunung Raya sama didaki,
    baru mendaki koyak sepatu;
    kacak bergaya si anak lelaki,
    PKP ni nak ke mana tu?

    Jawab.. Jawab.. Hehe

    ReplyDelete
  12. Hebat berpantun. Saya tak pandai nak jawab pantun. Pembayang pantun ada kaitan dengan isu sekarang.

    ReplyDelete
  13. comel je anak kak syaz.
    p/s: xpndai berpantun.. haha

    ReplyDelete
  14. Alamak jual pantun plak dah. Camno ni kita tak pandai sngat bab2 pantun ni ..

    ReplyDelete
  15. Rama-rama terbang ditaman,
    Pemandangan indah kegemaran semua,
    Hidangan ayam ikan daging pelbagai pilihan,
    Ikut selera hidangan untuk semua.

    Haha tak reti nak reply!

    ReplyDelete
  16. Shida beli..

    Sabtu yang tiba sudah berlalu,
    kirim doa nun jauh disana,
    Hajat saya nak tumpang lalu,
    Eh! lawa2 nak pi mana?

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.