Gula Melaka Comel Mama Hanuris Enterprise

Tadi alang-alang dah order barang dapur dekat kedai runcit barang basah dalam taman ni, terasa nak masak sesuatu yang guna gula melaka.

Bila aku tanya, tuan kedai kata ada yang ini je.

First time juga aku jumpa gula melaka comel ni.

Nak jadi cerita, masa aku kelurkan dari plastik, label dia belah dalam tau. Maksudnya masa aku pandang ke dalam plastik yang baru dihantar ke rumah aku yang penuh dengan barang-barang lain, bungkusan gula melak ni, label dia belah bawah.

Kiranya, aku terus nampak isi dalam dia yang kecik-kecik tu.


Dalam hati terus cakap,
"Eh eh comelnya ko gula melaka!"

Ye lah sebab selalu yang aku pernah jumpa dan beli, saiz dia besar.

Bila nak masak tu kadang kena potong, kena kerat.
Dahlah keras!

Tapi yang ni memang cute, macam besar bateri saiz C je tau.

Elok je aku keluarkan bungkusan dia, terus gelak besar bila baca nama dia memang Gula Melaka Comel 😂😂

Eh eh pandai eh tokey dia!
I like!

By the way memang mudah sebab ada saiz kecik macam ni.
Sesuai digunakan oleh orang yang nak guna tak banyak macam aku ni haa.

Comel kan?

Kan? Kan?
Ala cakaplah comel jugak!

Jangan biarkan aku sendirian menghadapi kecomelan ini!

Hahaha

Masak apa? 
Haa nanti cerita! 😄


Ps: Comel, comel jugak gula melaka ni. 
Hati ni berdebar juga menunggu siapa Perdana Menteri seterusnya selepas Tan Sri Muhyiddin Yasin letak jawatan tadi.

Terima kasih atas jasa abah.
Semoga semua baik-baik aja untuk Malaysia 💖

Post a Comment

19 Comments

  1. Masak sambal mesti sedap klau guna gula melaka ni..

    ReplyDelete
  2. suami akak pernah beli sekali yg bentuk mcm ni tp tak igt pulak brandnya

    ReplyDelete
  3. Pernah beli dan lagi satu jenis yang nipis tu. mudah nak masak comel macam ni. Tak payah nak kerat kerat bila guna yang besar gedabak tu. Nak masak manisan ke tu? Hihi

    Semoga baik baik je buat Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Patutlah comel sebab negeri Melaka kecil aje.
    Kalau gula Pahang ke gula Sarawak ke barulah besar

    ReplyDelete
  5. pernah masak agar2 santan gula melaka guna gula melaka comel ni..
    memang sedap! tu pon adiah dr anak sedara yg pegi melaka.. hihikk

    ReplyDelete
  6. nak buat aper gula melaka tu. buat onde-onde pon sedap ...

    ReplyDelete
  7. Cantik betul packagingnya.. Nak masak pun mudah ni.

    ReplyDelete
  8. terkenal ni dik, kalau dulu jalan-jalan ke melaka memang akan jumpa gula melaka gini biasa beli banyak buat stok... suka dengan gula melaka ni helok nak potong pun mudah...

    ReplyDelete
  9. Alahai, memang comel gula melaka tu . Kena dengan label yang seller letakkan . Packaging pun tersusun cantik je gula mepaka comel kat dalam tu

    ReplyDelete
  10. GULA MELAKA COMEL SECOMEL PENGELUARNYA KAN

    ReplyDelete
  11. Gula Melaka ni memang manisnya special skit

    ReplyDelete
  12. Buat kuih apa tu? Haah, memang comel gula melaka nya

    ReplyDelete
  13. Ya lorh.. cute.. mmg orgnya buat comel comel ehh.. mesti org yg buat gula Melaka ni comel jugakk.. Hehehe... Sedapnya kuih gula Melaka.. teringin la pulak

    ReplyDelete
  14. sy x penah masak guna gula melaka ni sbb kat sini selalu guna gula apong

    ReplyDelete
  15. mmg comel hehee..jgn syg nk guna pulak syaz hahaaa ^_^

    ReplyDelete
  16. Haah jenuh nak kerat kalau besar.

    ReplyDelete
  17. senang nk guna sbb comel je saiz dia..

    ReplyDelete
  18. Senang kalau comel cengginie.. sekali masak boleh guna satu je..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.