Headphone Minion Kanak-Kanak

Belikan headphone untuk abang-abang dia, macam biasalah si ayu pun nak.
Maka aku pun orderkan lah jugak yang harga biasa-biasa dari shopee.

Cute jugak kan?




Oklah masa mula-mula buka bungkusan.
Nampak meyakinkan.

Bila aku test pun, bunyi memang sedaplah.
Dengan bass semua ada kan.



Ayu memang sukalah, ye lah, dia punya kan.
Memang pakai tak berhenti la sejak bukak kotak.




Tapi alkisahnya, sebelum sempat aku blog berkenaan headphone ni, riwayat dia dah pun tamat.
Rupa paras dia masih tip top, tapi bila cucuk memang dah tak dapat detect oleh device.

Aku dah try semua telefon yang ada kat rumah ni.
Memang tak detect dah jack dia.

Maka jadilah khazanah masuk muzium je.
Maka kecewalah ayu sebab headphone dia dah jahanam.
Tak tau salah kat mana.

😓

Post a Comment

20 Comments

  1. alahai siannya.. dh cantik helok headphone sekali xleh nk connect pulak.. huhu

    ReplyDelete
  2. Headphone comel . Anak3 mesti suka. Mesti melompat laa bila dapat headphone minions begini . Tapi bila dah tak boleh connect alahai kecewa pulak . Design dh cantik ..tapi kualiti out

    ReplyDelete
  3. Kesian Ayu. Sabar ya. Memang cute.

    ReplyDelete
  4. cantik helok rupanya tapi sayang dah rosak... sayang jugak yek

    ReplyDelete
  5. Comel headphonenya warna kuning😁

    ReplyDelete
  6. comelnya secomel anak yang memakainya

    ReplyDelete
  7. Kalau dapat ni uncle pun nak pakai... hehehehe

    ReplyDelete
  8. Comelnya headphone minion. Warna ceria kena dengan ayu. Fokus sangat tu Ayu. Alahaii kejap je dah tak function. Cuba tanya seller kot dia ada solution.

    ReplyDelete
  9. Aiiikkk...dah jd arwah dah...kesian si comel masih tak puas lg guna..

    ReplyDelete
  10. La… ye ke. Sian si ayu. Bole komen kat seller kot…

    ReplyDelete
  11. Adoi.. brg cantik umur pendek ye? Kesian ayu x puas dia melaram dgn headphone minionnya

    ReplyDelete
  12. La sekejapnya.. Tak complain kat seller? Tapi tulah nak return pun tak berbaloi

    ReplyDelete
  13. cantik kuning dia tp syg plk x tahan lama..x per nnt beli yg baru ayu ye

    ReplyDelete
  14. Tak leh ctc balik seller ke tanya function tu.. Headphone tu dh comel.. Igt nk beli gak utk uyum hehe

    ReplyDelete
  15. Aduh, tabahlah Ayu ye... Tapau lain pulakkk. hehe

    ReplyDelete
  16. aww comelnya.. cuba check ada warranty tak brg ni. try return

    ReplyDelete
  17. awat duk tocang kat depan tu hahaaa..comel ayu..lagi2 guna headphone minion tu haaa..

    ReplyDelete
  18. comelnye headphone ni. tp xbest la sbb kejap je bleh guna. mesti ayu sedih..

    ReplyDelete
  19. Alahai.. baru Ayu nak layan headphone comel dah tak boleh connect ye..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.