Pengalaman Beli Oxymeter Fake

Haritu kecoh kata yang ada oxymeter fake dan tipu.
Letak pensel lun ada reading untuk spo2 dan pulse .

Debor dah masa tu.
Rupa sebijik macam oxymeter yang aku beli.

Maka aku pun test dengan pensel anak aku.
Dia terus terpadam, makanya tak ada reading.
Lega sikit.

Lepas tu sajalah terdetik nak cuba dengan benda lain.
Sebab gambar yang viral tu sebijik sangat dengan yang aku beli.

Test dekat kertas.
Ada reading.

Test pulak dekat towel.
Pun ada reading!

Adeh..
Tak sangka pulak rupanya kertas dengan towel ada pulse 😅

Ke pada sesiapa yang tahu, kenapa keluar bacaan spo2 dengan pulse pada kertas dan kain tuala?

Atau memang oxymeter ini scam dan penipu?

+++

Update: Ada yang lulus MDA. Baca sini.

Post a Comment

20 Comments

  1. Ada shj yg ambil kesempatan jual barang fake. Dah x kisah halal dan haram hasil meniaga mcm tu ke?

    ReplyDelete
  2. Orang cakap, kalau keluar bacaan dekat pensel ke kertas ke apa apa ke selain manusia, memang fake. Oximeter yang original lulus MDA biasanya mahal, dalam 90+ ke atas gituuu.

    ReplyDelete
  3. alahai siannya awk..
    seller mcm ni pon ada jual brng fake.. sng je nk untung.. aduhlaaa..

    ReplyDelete
  4. Itu yang takut nak beli. Merata amek kesempatan jual fake ni. hurm..

    ReplyDelete
  5. Cuba bwk p farmasi..tanya dia org ori ke fake

    ReplyDelete
  6. Benda tengah viral tetapi ada juga peniaga yang jual barang fake . Sungguh kecewa betul la

    ReplyDelete
  7. oximeter banyak permintaan la ni barang fake pun turut muncul bersaing hati2

    ReplyDelete
  8. Kalau bacaan dia betul, okay juga

    ReplyDelete
  9. Risau juga nak membeli takut dapat yang fake. Kat shopee banyak juga tengok jual murah murah. Kena beli yang authorized original lah ni. Tak pernah membeli lagi. Jadi tak tahu nak berikan jawapan.

    ReplyDelete
  10. Banyak yg jual fake dekat shopee. KEsian ramai orang kena tipu dengan orang tak bertanggungjawab macam ni. BEnda ni melibatkan kesihatan orang. hmmm biasa oximeter ni mahal. Kalau takat belas2 ringgit please jangan la beli k. Sebab memang fake. Take care . ..

    ReplyDelete
  11. Adakah masih bisa dipulangkan kpd penjualnya itu?

    ReplyDelete
  12. alahai tipah tertipu ye. mama ada beli gak tapi takut la nak test takut fake jugak haha

    ReplyDelete
  13. ammi beli kat shopee oxymeter ni..nampak ok.
    dah beli baru prasan kat telephone samsung pun kan boleh baca heart rate, spo semua. dulu ammi detect jantung ammi laju guna phone samsung tu la. mmg betullah masa tu sbb ammi simpan record bawak gi spital

    ReplyDelete
  14. Ya Allah. Musykil dengan sikap manusia. Bahaya kan jual barang tiruan ni. kesian pada pembeli dan pengguna.

    ReplyDelete
  15. Aduhai! Ada-ada saja yang ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  16. ada2 jer mereka yg nak amik kesempatan time2 macam ni

    ReplyDelete
  17. adeh. baca kes oxymeter fake ni. husben akak baru beli gak. tapi terus beli kat farmasi bukan kat shopee. tak confident nak beli kat shopee punya takut fake. yang kat farmasi, husben akak beli rega dia RM90 plus..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.