Saturday, May 29, 2021

Beli Alat Check Paras Oksigen Dalam Badan

 Atau nama yang lebih tepat untuk alat itu adalah Fingertip Pulse Oxymeter.

Sejak kebelakangan ni memang berita berkaitan kematian dan peningkatan kes Covid 19 semakin menjadi-jadi kan.

Antara yang paling seram bagi aku adalah tentang Happy Hypoxia, di mana paras oksigen dalam badan seseorang itu semakin berkurangan tapi manusia itu tak sedar dan perasan pun, tiba-tiba rebah dan gone!

Jadi, lepas terbaca mesej kawan-kawan setempat kerja di group Whatsapp, ada yang cadang suruh beli alat ni.

SO why noT kan?


Dia siap share link ke shopee lagi.
Harga pun tak mahal mana, RM21.90 je masa aku order.

Selang beberapa hari, fingertip pulse oxymeter aku pun sampai.

Rupa dia macam gambar kat atas tu lah.
Kecil, ringan dan portable.


Dia datang dengan kotak.
Kotak dia kecik je, ada gambar dia lah kat depan tu.

Rasa masa beli tu tak ada pulak pilihan warna, jadi memang warna default dia warna biru gelap tu.



Ok lepas belek kiri kanan kotak, baca apa yang patut.
Jom lah bukak kotak.




Oh ya lepas dah beli, dah dapat bacaan paras oksigen dalam badan dan pulse, macam mana nak tau ok ke idok?

Ha boleh refer charts berikut:

Ini untuk paras oksigen dalam badan, jadi yang normal dan sihat adalah jika bacaan menunjukkan 95% ke atas, jadi tiada pemantauan tambahan diperlukan.


Untuk bacaan pulse:


Tapi, ini semua sekadar untuk check sahaja.
Kita lebih tahu badan kita.

Andai bacaan tunjuk normal, tapi kita rasa mengah, tak larat, lesu dan sebagainya, SILA KE HOSPITAL!

Stay safe semua 💓

+++

Update: Apa yang berlaku selepas aku beli oxymeter ini. Spoiler, ianya berita buruk. Baca sini.

20 comments:

  1. Selain blood pressure monitor, ini pun wajib ada kat rumah ni. Murah juga tu. boleh lah membeli.

    ReplyDelete
  2. Wah, sempoi nya alat ni. Pakai bateri 3A ye, Syaz?

    ReplyDelete
  3. Saya setiap hari semak sendiri dengan menahan nafas selama beberapa saat. Kalau ok, insyaallah sihat. Ni dapat dari viral LA ni.

    ReplyDelete
  4. utk orang asthma sangat penting bende ni, kalau sesak dada je mesti pakai jam utk check oxygen dlm darah

    ReplyDelete
  5. Memang patut kita miliki alat pengesan kesihatan seperti ini.

    ReplyDelete
  6. Macam best. Teringin nak beli.

    ReplyDelete
  7. Ada jugak baca di grup WA, tapi belum beli lagi.
    Memang merisaukan situasi sekarang kan...tiba-tiba je rebah.

    ReplyDelete
  8. la ni amat perlu hati2 n sedia dgn alat2 utk periksa kshtn diri

    ReplyDelete
  9. xlah mahal sgt kan..boleh la beli nanti..tq sharing syaz!

    ReplyDelete
  10. murahnya, nk kena beli jgk la. nk bg kat parents di kg. klau kat sni, takpe. slalu dkt hosp, guna hosp punya je

    ReplyDelete
  11. boss syu ckp pt mcm walking zombie. jln elok masuk ke hosp, tp oxygen sgtlah rendah.

    ReplyDelete
  12. oh ya. bleh share x link kedai shopee tu? hehe

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  14. Ramai suggest beli ni ye. Kena beli juga ni simpan kat rumah kan

    ReplyDelete
  15. Ehhh, saya nak beli jugak la.. baru baru ni mengah .. nak gelak pun rasa takut sebab macam mengah pulak masa tu .. takut tetiba rebah.. hm..

    ReplyDelete
  16. bagus gak ni..good sharing. tq Syaz!

    ReplyDelete
  17. Bagus juga kalau ada alat nie dirumah.. tq share Syaz..

    ReplyDelete
  18. Actually, the data measured by this kind of pulse oximeter is not very accurate.

    ReplyDelete
  19. Under normal circumstances, the arterial oxygen saturation of the human body is 98%, and the venous oxygen saturation is 75%. In general, SpO2 should not be lower than 94%, and below 94% is insufficient oxygen supply. Some scholars even set SpO2 below 90% as the standard of hypoxemia.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot