Aku baru tengok movie Irrfan Khan nibaru-baru ni.
OMG sweetnya cerita ni.
Bagi aku lah.
Dia bukan jenis love story yang meleweh-leweh macam cerita hindustan cintan-cintan yang lain tau.
Dia jenis sweet sweet cinta orang umur 30an yang realistik.
Irrfan Khan memang lovely sangat dalam movie ni.
Al-Fatihah untuk Irrfan Khan.
Oh by the way, dalam movie ni, ada satu scene yang Irrfan guna satu alat urut kepala dia sambil cakap telefon sampai tertidur.
Dan scene tu sangatlah menarik perhatian aku haha!
Selain lagu puisi yang watak Mr Yogi tu ada nyanyikan yang berjudul Baade Ache Lagte Hain yang aku asyik humming selama berhari-hari, otak aku juga asyik teringat dekat penggaru kepala tu.
Jadi aku pun memulakan pencarian penggaru kepala tu dekat shopee.
Dan jumpa pulak tu hahaha!
Apa lagi, disebabkan keinginan yang meluap-luap lepas tengok Irrfan Khan benda tu ada, terus add to cart, bayar terus!
Sehari dua lepas tu maka sampailah penggaru kepala tu.
Yang selamba menghakmilik kan benda tu dengan rasa tak malunya adalah ayu.
Bukan main lagi dia je asyik guna benda tu.
Sampai termengantuk-ngantuk.
Lepas tu, dia sibuk nak garukan kepala aku pulak.
Kadang memang best dia buatkan, tapi ada jugak kadang dia buat salah teknik, tertarik dengan rambut.
Sakit oi!
Ha inilah rupa penggaru kepala tu.
Tak taulah datang dari mana, tapi kedai yang aku beli tu, lokasi dia dekat Kelantan.
Tak mahal pun, tak sampai RM10 pun harganya.
Best, aku sangat suka penggaru kepala ni.
Kikiki..
15 Comments
hihi.. selalu jumpa benda ni tapi tak terasa nak beli, best ek
ReplyDeleteFuh syok ni. mahu boleh terlelap sambil garu kepala.
ReplyDeleteakak pun suka tgk few movies dia ni. selalunya make sense punya movie lah. tp only a few akak tgk.
ReplyDeleteUish..terpengaruh terus meencari. Mujur jumpa jugak kan. Ini rasanya kalau massage mahu tertidur ni.
ReplyDeleteEh... tak pernah tengok pulak penggarok macam tu?!
ReplyDeleteohh mesti best citer ni kan
ReplyDeleteMemang layan kalau garu kepala pakai benda ni, pernah pakai jugak dulu. Part tertarik rambut tu memang sakit nak nak kalau rambut kusut, lagi sakit.
ReplyDeleteBoleh buat pengacau adunan kuih bahulu ni
ReplyDeleteAtau buat telur dadar
Memang unik reka bentuk penggaru kepala ni . Murah pulak tu .
ReplyDeletehaha. seronok je tgk ayu guna penggaru kepala tu..
ReplyDeleteshida tgk rasa seriau..hahaaaa duk tekan2 atas kepala rasa seramm syaz ^_^
ReplyDeletePenggaru kepala ke tu. baru tau. Pernah nampak tp x tau ape bende nya
ReplyDeletepernah ada bendalah tu dulu.. skrg xtau dh ke mana hilangnya.. anak2 buat main la tu
ReplyDeleteAlamak.. Sha pun terpikat juga ni.. Rasa macam kena jalan-jalan dekat Shopee juga nie cari.. hehehe.. Kemain Ayu ye..
ReplyDeleteItu diaaaa, tengok movie sampai beli teruss penggaru kepala
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.