Pulse Oximeter Lulus MDA

Haritu aku ada cerita tentang pengalaman aku terbeli pulse oximeter yang mungkin fake / palsu, sebabnya bila pulse oximeter tu dikepitkan pada tuala pun, ada bacaan paras oksigen.

Rata-rata yang komen menyatakan sebab aku beli yang murah, memang terkono lah beb!


Jadi setelah berbincang dengan zaimi, kami ambil keputusan untuk beli lagi sekali pulse oximeter ni, tapi yang sedikit mahal dari yang asal tu, dan yang paling penting, kami semak dulu jenis dan jenama oximeter tu di laman sesawang MDA, Medical Device Authority oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Jadi setelah tengok-tengok pulse oximeter yang nak dibeli, dan setelah kami shortlist kan, ada beberapa yang kami berkenan, dan check terus di website MDA tu.

Jadi, akhirnya kami beli Pulse Oximeter dari Aeon Technology.
Sebab memang ada tersenarai di portal MDA tu.






Ada lebih features dia tau.
LED display dia ada dual, dia anti shaking, saiz tulisan dia agak besar dan yang paling best dia ada 6 display mode yang berbeza.

Boleh pilih ikut sesedap hati tuan puan!



Dia ada tiga pilihan warna, tapi dekat kedai shopee yang kami nak beli tu, cuma tinggal warna biru je.
Maka add to cart la yang warna biru.


Dekat kotak ada dinyatakan nombor pendaftaran pulse oximeter ni dengan MDA selain alamat dan emel pihak pengedar dia.
Oh yang hitam atas lantai tu adalah kertas yang ayu koyak-koyakkan, jangan ingat tahi tikus pulak hahaha!


Ha inilah rupa pulse oximeter dari Aeon Technology tu.
Lebih menawan dan elegan rupa dia dari pulse oximeter fake yang kat gambar atas sekali tu.
Kan?

Ke perasaan aku je haha!


Ini adalah contoh display mode dia.
Ada graf sekali untuk mode yang ni.
Entahlah si zaimi, jari tengah yang dipakainya.
Sabar jelah.



Apa lagi, lepas dah test dekat manusia dalam rumah ni, terus test semula tuala tu!

Ha nasib baik tak ada bacaan yang timbul.
Test jugak dekat pen, pensel dan lain-lain, masih tak ada bacaan.
Legaaa!

Harapannya pulse oximeter ni tahan lama, dan sebenar-benarnya ori dan bukan fake! 

Catat Ulasan

20 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Alah membeli menang memakai..tak rugi keluar duit lbh sikit asalkan puas hati dan yg penting..ori..

    BalasPadam
  2. SA belum beli lagi...eh kena beli la..kena ada ni....

    BalasPadam
  3. Kalau yang murah rata2 mmg hat fake..lg2 beli kat shopee lambakan byk giler..pening nk pilih kan..

    BalasPadam
  4. nak kene cari jenama sama jugak lah ni syaz, kadang risau beli dapat yang palsu

    BalasPadam
  5. Saya dah ada.. Betul punya bukan fake.. :)

    BalasPadam
  6. takut nak beli sebarangan kan... takut dapat yg fake. kdang kami nk beli mask kat shoppee pun takut. takut dpt yg bkn medical dan tak berkualiti utk halang virus

    BalasPadam
  7. Benda kesihatan ni memangg bagus beli yang betul betul. Sebab untuk kesihatan kita juga kan

    BalasPadam
  8. sibbaik yg dtg bukan lesung batu.,. hehehe

    BalasPadam
  9. itu la yg penting kan.. lulus mda supaya kita pun confident nak pakai

    BalasPadam
  10. pun belum beli lagi...takut terkena yg fake jugaks

    BalasPadam
  11. Glad you found a better one.. take care =)

    BalasPadam
  12. Nampak jelas sikit tulisannya. Yang ammi punya pun tulisannya mcm ehhhh 6 je 8? 3 ke 5? Confuse makkk

    BalasPadam
  13. alhamdulillah bila ada nombor pendaftaran pada kotak tu lebih yakin la sikit nak guna oximeter tu

    BalasPadam
  14. Kebanyakan yang ada kelulusan tu harganya boleh tahan. 😅

    BalasPadam
  15. Bagus ni ada panduan membeli. Boleh check dulu sebelum membeli. Naya kalau tertipu.

    BalasPadam
  16. bagus juga ada panduan ttg oximeter ni, takde lah ramai tertipu

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad