Kucing Tumpang Beranak Depan Rumah

Tak taulah kucing siapa.
Bila tanya dalam group kejiranan ni, tak ada pula yang menyahut dan mengaku.

Tapi dari gaya ibu kucing nya, nampak bersih dan gemuk macam ada tuan.


Bila kita dekat, dia lompat masuk rumah jiran sebelah.
Bila kitorang masuk rumah, dia datang balik duduk dengan anak-anak dia.


Asalnya diorang tiga beranak tumpang duduk dalam enjin kereta zaimi.

Tapi agaknya anak dia dah besar sikit, dia bawak anak-anak dia turun, duduk atas lantai je.


Bagi orang yang tak bela kucing, bagi aku bila ada kucing datang beranak dekat rumah ni adalah sesuatu yang merunsingkan.

Sebab aku tak tau nak buat apa.
Sebab utamanya adalah aku tak boleh pegang kucing, nanti aku akan bersin-bersin sampai mata dan hidung bengkak.

Dulu pun masa ada kucing, emak aku yang bela dan jaga.
Aku pernah cuba nak jaga kucing sendiri masa awal-awal kahwin dulu, tapi memang tak tahan bab alergik tu huhu.


Ibu dia pulak ada masanya akan hilang.
Tapi masa anak-anak dia tidur lah.
Lepas anak-anak dia kenyang.
Mungkin dia balik rumah untuk makan.


Bincang dengan zaimi, memandangkan tak ada yang mengaku ini kucing diorang, kami biarkan je lah dia duduk depan rumah tu.

Lagipun diorang tak bising plus ibu dia ada je, anak dia tak terkapai-kapai kan.


Jadi kami masukkanlah dalam kotak, letak kain.
Berlonggoklah dua beradik tu tidur dalam kotak tu.

Tapi sepanjang diorang duduk dalam kotak tu, memang tak pernah ada najis atau kencing.

Pandai ibu dia bersihkan anak-anak.


Cumanya, mungkin dia tak dapat nak bawak anak-anak dia balik ke rumah tuan lagi.

Kot.

Semoga lekas-lekas diorang boleh jalan dan follow ibu dia balik rumah diorang yang sebenar 🎈

Tags

Catat Ulasan

26 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Comel2 budak2 2 ekor tu
    kalau wak memang wak amek bela
    waak dulu mula2 terjebak bela kucing sebab kucing datang macam nilah
    Mula2 kesian, beri makan lepas tu jadi tersuka pula dengan kucing.
    Sekarang ni ada 11 ekor kucing wak bela, kebanyakannya pendatang haram

    BalasPadam
  2. Soo cuteee
    Alahai comelnyaa
    Geram pulakk tgknya

    BalasPadam
  3. Sama laaa... Knret pun alergik kucing.. Bdk2 kat rumah pun ada asma.. Tp kucing suka btul dtg rumah kami.. Uyum mmg excited.. Siap bg nama kucing2 jiran.. Sesuka hati dia je hahaha..

    BalasPadam
  4. kt umh ni dulu2 mmg byk kucing tp dh bg org sbb dh byk sgt....kalau alergik mmg susah la nk bela kucing ...cute2 tu

    BalasPadam
  5. Samalah, memang resah bila kita bukan jenis yang membela kucing. Boleh kot start tanya-tanya kawan or famili kot ada yang nak. In case si comel semua ni tak nak beralih

    BalasPadam
  6. Bahayanya duduk dekat enjin kereta! Nasib baik dia dah bawak keluar. Hopefully ibu kucing tu bawak anak dia balik rumah tuan dia la. Kang dia stay dekat rumah akak pulak

    BalasPadam
  7. Haha akak rasa kucing tu akan terus menetap kat rumah awak la syaz..

    BalasPadam
  8. Alaaa comeinya budak 2 ekor nie. Geram dengan warna putih itu. Pembawa rezeki nie Syaz hehehe

    BalasPadam
  9. dia kecik lagi sebab tu takde najis, kalau ada pun mak dia masih lagi jilat dan bersihkan... nnati beberapa minggu diaorang dah membuang najis banyak sikit susah juga, kene sediakan tempat untuk mereka membuang sediakan pasir bagai... mak dia pun tu kalau bebas ke sana sini, takut dia membuang merata nanti jiran-jiran marah pula syaz

    BalasPadam
  10. Comelnya .. Geram tengok.. penghilang stress..

    BalasPadam
  11. Bila dah alegik dengan kucing ni memang tak boleh buat la .. Comel anak2 kucing tu

    BalasPadam
  12. alolo comeynya baby kucin. biar aje pandai nanti mak dia jaga. cuma kena jauhkan dari kereta etc..

    BalasPadam
  13. tahniah kak syaz, dah dapat 2 cucu

    BalasPadam
  14. Comelnya..tapi akak penakut kucing..suka tgk je..nk bela,halah failed..lgipun duk umah flat ni mcm x sesuai nak bela haiwan peliharaan...nk buang najis dia satu hal...

    BalasPadam
  15. Mulus. Suka tengok. Suka sangat-sangat.

    BalasPadam
  16. Comelnya.. Poskan ke rumah saya.. Hehe

    BalasPadam
  17. Comel. Kalau kucing bersih ni biasa ada tuan. Harapnya tuan dia mencari lah nanti.

    BalasPadam
  18. Alolo...cair tgk diorang :)
    Moga adalah yang boleh menjaga depa ye.

    BalasPadam
  19. anak ammi yg bongsu selalu je bagi hint nak bela kucing.
    tp ammi nya ni buat-buat tak paham je. tak kose haiiiii

    BalasPadam
  20. ala kiutttnyA
    kalu dpn. umah akkk bestttnya

    BalasPadam
  21. Kiut sangat nih...SA suka kucing tp x boleh ada kucing kat rumah sebab mak dialysis...lagi satu..SA suka kucing cumanyaaaaaa.....SA takut kucing..hahahaha...

    BalasPadam
  22. Kucing saya bagus juga. Tidak bising dan tidak peramah pada saya.

    BalasPadam
  23. Kecik kecik ibu dia makan lagi sisa sisa buangan anak anak dia, nanti besar sikit, memang bersepah la tahi dengan air kencing nanti hehehe. Tapi comel la tiga beranak tuuuu, gerammm saya tengokkk!

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad