Lobster RM25

Haritu aku dan zaimi ada singgah satu kedai akuarium yang baru bukak dekat area senawang ni.
Alang-alang dia pun nak beli span untuk filter akuarium dia.
Sambil-sambil tu, aku pun merayau la dalam kedai tu

Ternampaklah lobster ni.

Ada banyak lagi lobster dalam bekas-bekas yang lain.
Semua aktif bergerak-gerak.
Tergapai-gapai penyepit dengan sesungut lobster ni.

Warna dia cantik.
Oren dan vibrant.

Harga yang tertera adalah RM25.

Mahal ke murah?

Ingat nak suruh zaimi beli, tapi zaimi kata kalau nak bela lobster, kena ada 'rumah' untuk dia menyorok.
Macam letak paip ke contohnya.

Jadi bila difikir balik, akuarium kami dekat rumah tu macam dah tak muat pulak nak letak rumah untuk lobster ni. Jadi tangguhlah dulu hasrat.

Haha

Ada sesiapa bela lobster kat sini?

Post a Comment

12 Comments

  1. Beli 2 ekor.. Biar dia mengawan pastu asyik makan lobster jelah korang. Tp susah ke tak kalau bela lobster ni?

    ReplyDelete
  2. tak pernah tahu pulak orang bela lobster as pet. kalau untuk dibuat masak adalah. huhu

    ReplyDelete
  3. Sayaaaaa tak bela lobster.. Nice eh bela lobsterrr

    ReplyDelete
  4. wahh rajin akk nk bela2 ni........lama tk singgah sinii hehehhe

    ReplyDelete
  5. Lobster ni besar lagi mahal . Adik ccl pernah beli anak lobster seekor rm5 ..kecil je .. Tapi itulah hidupnya tak lama dah mati

    ReplyDelete
  6. kita pelihara kucing jer..haha

    ReplyDelete
  7. pernah beli dulu kala... campur dengan ikan.. balik kerja tengok dah tinggal penyepit aje... dimakan ikan

    ReplyDelete
  8. Bela bagi besar pastu ngap.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. Tak pasti murah ke tak. Kalau dah lobster, harga memang mahal lah kot kan. Tak pernah lagi bela loster. Kena ada ilmu juga nak membela. Bela ikan laga pun mampu beberapa bulan je hidup. huhu..sedih.

    ReplyDelete
  10. x tau laa nk kata mahal ke murah... sbb x jumpa lg org bela lobster ni ;-)

    ReplyDelete
  11. menarik juga bela lobster tp takut juga salah nnt dia kepitnya jari kiter hehee ^_^

    ReplyDelete
  12. hahaha bela lobster takde, makan lobster ada la

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.