Petang semalam kami sekeluarga cuba untuk pergi ke Laman Basikal di Jalan Keliling, Seremban, untuk tengok-tengok tempat. Dah hampir sedekad kami menetap di Seremban, tapi jarang sangat kami ke Seremban lama ni. Selalunya kami ke Taman Awam Seremban 2 je dulu. Tapi dah lama juga tak ke sana semenjak covid melanda dunia kan. Jadi, zaimi ajak kami ke Laman Basikal. Katanya dia ada terbaca di beberapa blog dan artikel tentang tempat tu. Jujurnya aku tak pernah tau pun! Excited betul kami nak ke sana.
Perjalanan dari rumah kami ke Laman Basikal Jalan Keliling Seremban tu taklah lama, sebab jaraknya memang tak jauh pun dari rumah. Dalam 20 minit je. Dengan menggunakan Waze, memang tak sesatlah. Dan sebaik je kami sampai, bersinar mata anak-anak nampak berderet basikal tersusun dekat situ.
|entry ini banyak gambar|
Oh ya, dari simpang nak masuk ke laman basikal ni, ada tempat letak kereta di sebelah kanan. Atas bukit sikit. Jadi, dari parkir ni kena jalan kaki sikit kurang dari 100 meter ke pintu masuk Laman Basikal. Cuma yang kurang best sikit, dekat area parkir kereta ni, ada banyak ayam.
Ya, ayam. Habis dia panjat-panjat kereta huhu..
Laman Basikal ni dibuat di Gelanggang Lalulintas Majlis Perbandaran Seremban. Boleh nampak ada papan tanda Gelanggang Lalulintas tu berhampiran pintu masuk dia. Depan pintu masuk, akan ada staff tunggu. Nama dia Mr Woo. Dekat situ kena scan MySejahtera dan tunjuk dekat dia. Ada juga kerusi-kerusi untuk menunggu giliran, andai masa kita pergi sana tu orang tengah ramai. Tapi kebetulan masa kami pergi semalam, tak ada orang sangat, jadi boleh terus masuk.
Bila dah masuk, haaa pilihlah nak basikal yang mana!
Rambang juga mata nak tengok dan pilih basikal bila dah banyak-banyak macam ni.
Ada basikal tandem, nak naik dua orang boleh, tiga orang pun boleh. Tapi, yang bawa dekat depan haruslah orang dewasa. Tak bolehlah kalau kanak-kanak nak naik berdua untuk basikal tandem ni. Concern dia adalah sebab basikal ni berat.
Yang jenis beca pun ada uolls. Kalau feeling-feeling romantik nak bawa awek kekasih atau isteri dan anak kat belakang, dan sorang je yang kayuh, bolehlah ambil yang ni. Bila lagi nak menunjukkan kekuatan otot kaki dan betis kan ahaha!
Ada juga basikal yang boleh bawa sorang-sorang. Dewasa punya ada, kanak-kanak pun ada.
Cuma, basikal yang kanak-kanak ni, yang lawa warna kuning ni, kecil sangat saiznya. Memang untuk baby-baby je kot. Jadi adam dan amir tak boleh pilih basikal warna kuning-kuning ni. Tapi, ada pilihan basikal yang biasa, macam basikal diorang yang dah ada dekat rumah. Adam ambil 1, amir ambil 1.
Haa, ayu pula mula-mula nak satu basikal macam adam dan amir, tapi Mr Woo cadangkan supaya aku dan zaimi ambil basikal yang boleh kayuh dua orang tu. Ada bumbung, ayu tak panas, dia kata. Ayu duduklah tengah-tengah, pegang stereng. Basikal jenis ni ada 3 stereng, tapi satu je yang betul-betul boleh kawal, lagi dua tu dummy je. Jadi lepas berfikir tak sampai 3 saat, kami terus setuju. Kah kah kah!
Basikal adam dan amir dia kira RM10 untuk satu jam. Manakala basikal kami yang ala-ala beca tu pula, dia caj RM20 untuk 30 minit. Dia siap cakap lagi, untuk parents kalau bawa basikal jenis ni, 30 minit dah cukup. Nanti lepak pondok saja tengok anak main.
Aku mula-mula macam bengang juga, kenapa dia cakap macam tu? Apa tak fit sangat ke aku ni? Tapi ternyata dia betul hahaha! Sebabnya basikal tu berat, kau kayuh dua orang pun lenguh gila kaki. Basikal kami ada dua pengayuh, ada satu lagi yang jenis lebih kurang dengan kami punya tu, dia ada dua lapis kerusi, jadi dia ada 4 pengayuh. Itu pun dia siap pesan agar kami tak payah ambil. Sebab kalau anak belakang tak kayuh, u orang letih, dia kata.
Dan memang aku ada terdengar yang pelanggan yang ambil basikal empat pengayuh tu gelak-gelak lepas tu, emak dia jerit, "Sudahlah, berhentilah, aku dah tak rasa kaki" Haha! Padahal diorang naik tu empat dewasa. Luckily kami ikut nasihat Mr Woo. Kalau aku berdua dengan zaimi nak kayuh yang 4 pengayuh tu, memang tak daya rasanya.
Berbalik pada cerita, lepas siap bayar, kami pun mulakan sesi kayuhan kami. Adam banyak pergi sendiri je, amir je banyak follow kami dari belakang. Oh ya, Laman Basikal ni kawasan berpagar, jadi tak risau sangat nak lepaskan anak roam dalam tu sendirian, plus kawasan dia taklah besar sangat, nampak je anak walau dia pergi kayuh jauh sikit.
Dah penat berkayuh (memang letih dan lenguh!), kami berehat dekat pondok-pondok tu, sambil-sambil ambil gambar satu keluarga. Ye lah, bukan selalu satu keluarga kami lima beranak naik basikal sama-sama pada masa yang sama.
Lepas tu bila anak-anak dah penat berkayuh, diorang pun parking basikal dekat tepi, main di playground pula. Maklumlah lama dah tak dapat main di playground. Basikal aku dan zaimi tu, kami dah hantar dulu sebab dah habis masa. Takut juga kalau kena denda.
Jadi sementara anak-anak bergumbira, omak dan ayah pun bergambar lah sekali. Bukan selalu kan dapat keluar beriadah dan bergambar, dahlah tempat tak ramai orang kan. Bukan selalu! Hihihi
Cukup sejam, marilah balik rumah. Basikal adam amir pun dah kena hantar semula dekat depan. Anak-anak memang muka masamlah, sebab masing-masing walaupun lemas dan tak selesa main dan berlari pakai mask, tapi tak puas-puas jugak! Memang tak puas hati betul bila kami ajak balik.
Tak apalah anak-anak, ada masa, ada rezeki nanti kita datang lagi. Yang penting datang kena bawa cash. Huhu..
Laman Basikal ni buka setiap hari termasuk Sabtu Ahad dan Cuti Am.
Isnin - Jumaat: 4 petang sampai 8 malam
Sabtu dan Ahad: 8 pagi sampai 8 malam.
Cuti sekolah dan cuti am: 8 pagi sampai 8 malam.
Datanglah, asalkan dah fully vaccinated dan patuh SOP.
Ingatkan Seremban tak ada tempat menarik, rupanya aku silap!
Inilah antara tempat menarik di Seremban!
Memang tak boleh move on dengan keseronokan kami sekeluarga semalam, ayu cakap dia sampai termimpi-mimpi naik basikal dekat Laman Basikal tu. Nak pergi lagi! Yuk!
banyaknya basikal dia..macam macam jenis ada. tu lah..dah lama tak berekreasi sejak covid melanda dunia ni
BalasPadamseronoknya berbasikal dgn family
BalasPadamberpeluhh ni
byk pilihan basikalnya
Seronoknya Syaz....
BalasPadamBeriadah dengan berbasikal bersama family pasti seronok.Tapi saya angkat tangan awal-awal la...hihihi
Mana pulak datang banyak ayam kat parkir tu...hihihi
Bestnya Seremban ada tempat macam ni.
BalasPadamSelamat beriadah
BalasPadamramainya basikal pelbagai ragam
Wow!! all the best..seronok temngok
BalasPadamWahhhh! Syokk! Pernah main basikal kat Taman Botanikal Melaka..tapi basikalnya dah tak berapa cantik camnii...Eiii, kat Johor takda plak....Hmm...Nak-nak area sini, memang takda... Alaaaahaiii
BalasPadamwah.. bestnya kalau ada tmpt mkn boleh terus piknik sekali x payah nk ke mana dah kan?
BalasPadamseronoknya berbasikal sekeluarga..tamannya pun cantik n bersih rasanya kak pernah ke sini dulu
BalasPadamWahhh bestnyaaa berbasikal
BalasPadambestnya macam-macam jenis basikal ada. Yang beca tu macam tak terdaya je nak kayuh haha
BalasPadamwow, bestnya kalau dapat berkumpul sama lepas tu main basikal. Memacam gaya basikal ada pulak tu, geram pulak nengoknya.
BalasPadamwah memang besst dapat beriadah dengan keluarga. :)
BalasPadamwah cantiknya tempat dia, mmg seronok berkayuh dgn pemandangan mcm ni
BalasPadampopular sekarang basikal kuning ni, kat taman di cyberjaya pon melambak basikal ni
BalasPadamtertarik tengok basikal tu . cantik
BalasPadamdah upgrade basikalnya. dulu masa pegi basikal nak kayuh pun payah sebab handle dah senget2..ada rezeki balik seremban nanti nak gi jugaklah. lemak dah tepu dah ha
BalasPadamTak tahu pulak ada tempat best mengayuh basikal. Ada macam macam jenis basikal tu. Kot ada masa dan teringin pergi bolehlah datang sini. Saya pun silap. Rupanya ada je tempat best kat Seremban ni kan.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.