Poskad-Poskad Penghujung Semester - Hafizul Faiz

Buku ni baru tiba ke pangkuan aku beberapa minggu lepas. Kulitnya segar, tajuknya menarik. Terbitan Buku Jiwa. Isi dalamnya seakan diari, coretan harian macam tu.

Mungkin aku tengah dalam keadaan banyak kerja, nak siapkan laporan prestasi tahunan, dengan nak uruskan pelajar projek tahun akhir, dengan kerja hakiki itu ini, uruskan rumahtangga lagi, ODL lagi, jadi dah tiga kali aku baca satu muka surat, terlelap.


Bangun, teruskan hidup macam biasa, bila lapang sikit, capai buku ni, baca satu mukasurat, terlelap. Aduh aku sangat marah dengan siri sendiri ni. Bila nak habis baca macam ni? Bila buku ni berjaya aku khatamkan kalau asyik terlelap??

Ok, nanti aku cuba baca masa cuti. Tapi sejak banyak kerja boleh disiapkan atas talian ni, kadang cuti pun sibuk bekerja juga. Selagi tak keluar dari rumah, selagi ada access pada komputer, selagi tu lah kerja. Jadi bila nak baca ni?

Ok ok nanti aku cari masa yang aku tenang-tenang untuk baca. Buat masa ni, buku ni aku letakkan dulu dekat rak buku bersama buku-buku yang dah baca dan belum baca yang lain.

Sekian entry teringat pada kes mengantuk dek buku ini.

PS: Ini bukan review. Aku tak dapat review lagi sebab aku baru sampai muka surat 4. Arghhhh!

Post a Comment

14 Comments

  1. Perkara ni selalu terjadi sejak akhir2 ni pd kita, faktor usia agaknya, huhu

    ReplyDelete
  2. Rajinnya membaca, patutlah banyak idea dekat blog..teruskan uasaha yang baik..membaca jambatan ilmu dek

    ReplyDelete
  3. kak pun ada banyak buku yg nakdibaca hadiah kengkawan tah bila nak abis

    ReplyDelete
  4. Kalau dulu baca buku Sejarah yang macam tu...hahahaha

    ReplyDelete
  5. bila dah banyak kerja nak membaca tak boleh nak fokus...

    ReplyDelete
  6. Kena bila dah betul-betul tenang baru baca tu...

    ReplyDelete
  7. takpe kak, bacalah selow2...

    ReplyDelete
  8. kalau kita mahu setahun nak habis baca

    ReplyDelete
  9. sekarang saya pun da macam kak syaz..asyik terlelap aje kalo membaca..

    ReplyDelete
  10. Bila penat memang begitulah. Mudah terlelap. Kena ada masaa tenang tenang jugak untuk membaca.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.