Bukan setakat anak, si emak ni pun excited sangat masa selipar ayu ni sampai tau. Malah, lagi excited masa tengah order tu lagi. Memang tak sampai tunggu penghantaran selipar berlampu ayu ni.
Aku belikan ayu yang design Hello Kitty. Kiranya aku beli selipar Hello Kitty berlampu. Macam tu lah senang cerita kan. Warna dia merah jambu, memang kegemaran si ayu.
Sejak pertama kali dia sarungkan dekat kaki, memang dia terus ketawa, dan taknak bukak selipar tu. Ke hulu ke hilir dia pakai dalam rumah ni. Aku bagi chance lah kan, selagi dia tak pakai selipar tu dekat luar rumah, kira selipar tu masih bersih untuk dipakai dalam rumah.
Todia lampu dia! Memang berkelip-kelip!
Material selipar dia pun elok lembut je. Cuma tapak dia bukan jenis kesat sangat, kena beringatlah kalau nak jalan di kawasan licin atau berair. Sebab dah terbeli online, kalau kata beli secara fizikal dekat kedai, mungkin aku tak beli. Aku tak gemar sangat tapak selipar jenis macam tu. Tapi tak apalah, saja nak bagi ayu seronok hehe..
Beli ni masa sebelum bergerak balik Kuantan hari tu. jadi masa balik kampung, ayu pakailah selipar ni. Excited nak tunjuk dekat nenek dia, selipar dia ada lampu kan. Bukan semua orang dalam rumah ni selipar ada lampu tau! Hahaha!
Tapi, lepas tu ayu pun pakai selipar ni masa pergi pantai rahsia tu. korang rasa-rasa, apa yang jadi? 😑
Cer teka cer teka!
15 Comments
kalau pergi ke pantai...hancur la jawapnya.
ReplyDeletesekali lagi ...beli lagi hahaha
comel selipar tu, hilang kot ke tkade dah lampu lepas buat jalan kat pantai heheheh...
ReplyDeleteKasut berlampu belum jumpa lagi....bole mainan saja baru jumpa....
ReplyDeleteterbenam dalam pasir...or tercabut seliparnya...btw..kiut hello kitty tu...
ReplyDeletekena air mesti short lampunya
ReplyDeleteOkey, aunty pun excited sama tengok selipar berlampu Ayu yang comel tu.
ReplyDeleteApalah agaknya yang berlaku pada selipar tu ye :)
Lampu dah takde kot...sebab pi pantai kan....
ReplyDeletejangan cakap selipar tu hanyut dibawa ombak. hehe
ReplyDeleteTak pandai nak teka teka
ReplyDeleteCucu wak pun ada selipar berlampu ni, siap ada bunyi sekali
comel..kaki berlampu..jadi cenderilah cik adik ni hehehe
ReplyDeleteCantik kasut berlampu ayu . Kemain excited . Tapi bila da pakai ke pantai ..terkena air mubgkin kasut tu xlagi bercahaya
ReplyDeleteni mmg kasut dalam rumah, kalau pakai di luar rumah takut kene kejar ngan anjing.. hahaha
ReplyDeletecantik.. dah la hello kitty
ReplyDeletealamakkk, takkan hanyut dibawa ombak kottt?
ReplyDeleteMahu tak excited ayu dapat selipar berlampu. Orang lain mana ada.
ReplyDeleteIni mesti selipar ayu putus. Ke?
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)