Kuala Lumpur - 10 November 2021. Program hiburan terbitan Awesome TV, Warung Wak telah mendapat sambutan yang baik dari musim pertama hingga musim kedua. Kini Warung Wak 3 kembali menemui penonton di slot Ohsem-tainment bermula 11 November 2021.
Warung Wak 3 sebuah program sitkom, bual bicara santai antara hos dan artis jemputan. Mengekalkan konsep yang sama pada musim lalu iaitu warung, musim ini Warung Wak sudah dinaik taraf kerana perniagaan Wak bertambah maju. Program ini dihoskan oleh pelawak terkenal Ropie Cecupak sebagai Wak Zaman pemilik Warung Wak. Brian atau nama sebenarnya Iskandar Norzaman pula menjadi pembantu beliau di Warung Wak. Bukan itu sahaja, kehadiran tukang masak yang baharu juga akan menceriakan lagi suasana warung tersebut.
Kebanyakan artis yang singgah di Warung Wak adalah pasangan suami isteri, adik beradik dan juga rakan artis. Wak Zaman, dibantu seorang tukang masak iaitu Shuk Sahar akan berkongsi resepi-resepi mudah dan juga menemu ramah artis jemputan tentang isu-isu dan topik yang menarik mengenai mereka. Saksikan 13 episod Warung Wak 3 disiarkan setiap hari Khamis, jam 11.00 malam di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112 dan penonton boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik di Awesome TV.
Disediakan oleh
Unit Komunikasi Media Awesome TV
Ryn Khiradin (0133568039)
Nurshafira Umairah (01139229323)
9 Comments
Wah menarik..
ReplyDeleteBelum pernah tenguk lagi cerita ni
ReplyDeleteMacam best aje
MENARIK JUGA SITKOM NI
ReplyDeleteSelalu layan sitkom sepahtu atau JKK je. Tak pernah lagi layan warung wak ni.
ReplyDeleteAda jugak dapat email ni. Belum publish lagi :)
Sampai naik taraf jadi kafe punya sambutan.
ReplyDeletetak pernah tgk lagi cerita ni...
ReplyDeletewahhhh....
ReplyDeleteWahhh nampak macam best dan menarik.
ReplyDeleteSelamat menonton
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)