Adab Menghantar Pesanan Teks Pada Guru

 Tadi masa SR tengah ralit buat kerja, tiba-tiba ada satu WhatsApp masuk. Biasalah, musim pelajar masih ODL ni, memang selalu dapat WhatsApp dari pelajar, rakan sekerja, mahupun sesiapa sajalah kan. Dah memang gaya hidup masa kini, ada apa-apa nak tanya, nak sapa, nak tegur, terus saja capai telefon bimbit, dan WhatsApp.

SR pun terus buka tetingkap pesanan WhatsApp yang baru masuk tu. Rupanya dari student. Tapi, terperanjat SR! Salam tak ada, perkenalkan diri ke tidak, terus menyerbu aje WhatsApp nya!


SR bukan apa, SR ada banyak kelas, setiap kelas ada banyak student. AT least perkenalkanlah diri kan. Kadang sedih dengan adab pelajar zaman sekarang. Ramai yang bagus, tapi ada juga yang masih macam ni. Belum lagi kadang tu WhatsApp ikut suka dia aje pukul berapa dia nak. Waktu lunch tu dah biasa sangat. Lepas office hour pun selalu. Minggu lepas, siap ada yang WhatsApp SR pukul 11 malam, hari Ahad. Allahu..

Kalaulah pihak kami yang hubungi pelajar waktu tu, nanti keluarlah tweet dan post-post yang cakap pensyarah buat pelajar depressed sebab kena belajar tak kira masa. SR tau, ada pensyarah jenis tak kisah, dan jenis suka ganggu pelajar tak kira waktu. Asal tergerak aje, terus WhatsApp student. Tapi ketahuilah wahai student, bukan semua kami begitu.

Ahad malam, waktu kami berfungsi sebagai emak, sebagai isteri, sebagai peminat GV! Serious talk ni! Haha..

Jadi, mungkin SR boleh senaraikan beberapa tips dalam adab menghantar pesanan teks kepada guru. Atau kepada sesiapa sekali pun. SR yang dah tua ni pun, kalau WhatsApp sesiapa, malah pelajar sekali pun, SR akan cuba amalkan. SR tak malu nak ucap maaf mengganggu pada penerima teks tu. Betul!

Adab Menghantar Pesanan Teks Pada Guru

  1. Pilih waktu yang sesuai. Pensyarah atau cikgu, selalunya tak kisah nak reply WhatsApp pelajar, lebih-lebih lagi zaman pandemik ni. Cuma fikirkan kesesuaian waktu. SR pernah dapat WhatsApp dari student tanya soalan, waktu SR nak berbuka puasa bulan Ramadhan lepas tau. *pengsan*
  2. Mulakan pesanan dengan ucapan salam dan penggunaan kata ganti diri yang sopan. Bukanlah SR kata SR minta disanjung dipuja, tapi bukankah manis bila SR buka WhatsApp tu, dimulai dengan "Assalamualaikum Madam". Kalau typo tak apa, SR tak kisah sangat. Pernah student hantar "Assamualaikum Masam!" Tak apa, SR menangis sepi di penjuru hati aje. Haha!
  3. Gunakan bahasa yang formal serta ejaan penuh. Ya, SR pun pernah muda dan remaja. Memang usia begitu, akan rasa menaip guna ejaan penuh dan formal itu sebagai lawak, dan bosan..? Tapi, sebab nak dihubungi tu cikgu kita, pensyarah kita, wajarlah taip elok-elok. Walaupun mereka boleh faham sikit-sikit shortform dengan 'term' generasi baru, tapi tak professional dekat situ. Sebagai pelajar IPT, yang tak lama lagi nak kerja, nak jadi dewasa, nak selalu berurusan dengan jabatan kerajaan, agensi itu ini, bolehlah mula berlatih menaip teks WhatsApp dengan betul. Kalau nak WhatsApp boyfriend cakap manja-manja, cool cool, awak punya pasal! Dengan SR, please don't ya student! Belum lagi pelajar taip kata ganda guna huruf 'I' kecil dua kali. "Madam, rujukan ni bole ambik yg mana ii ke?" *tepuk dahi*
  4. Ucapkan "Maaf kerana Mengganggu". Common sense, walaupun tidaklah mengganggu mana, tapi ada baiknya ucapkan saja. Mungkin waktu itu cikgu atau pensyarah memang tengah sibuk kan. Tengah drive ke. Masak ke. Buat kelas online ke. Tak rugi apa pun jika diucapkan. Malah boleh lembutkan hati cikgu dan pensyarah. Tapi sekali cukuplah. Ada pelajar SR, setiap kali WhatsApp, dia minta maaf aje dekat 10 kali. Ghisauu SR!
  5. Jelaskan tujuan dan sebab pesanan teks dihantar. Walaupun sekadar nak tanya khabar guru kamu tu sebab rindu ke, dah lama tak jumpa ke, bagitahulah dia kenapa kamu WhatsApp dia. Selalunya, pelajar kalau hubungi guru mesti bersebabkan. Ha, dekat sinilah kamu kena taip elok-elok. Boleh je bagi SR nak letak emoji, sticker semua tu. Tapi jangan berlebihan. Ini satu ayat ada 4 perkataan je, tapi taip ayatnya pendek-pendek, setiap ayat ada emoji pulak. Pening juga kami ni dik.. hehe
  6. Jangan bluetick. Serius, walau kamu isytihar diri kamu seorang remaja yang selenga pun, tolong jaga adab yang satu ni. Tolong jangan bluetick cikgu atau pensyarah kamu, lebih-lebih lagi kalau kamu yang mula WhatsApp dia dulu. Ada pelajar yang lepas kita jawab apa dia nak tahu tu, dia terus sepi. Okey tidak, baik tidak, terima kasih lagilah tidak. Sabar aje lah.
  7. Balas semula jawapan guru beserta terima kasih. Akhiri dengan sopan, sesopan bagaimana kamu mulakan tadi. 
  8. Jangan anggap guru akan save nombor telefon kamu. Walaupun kamu kena save nombor guru. Mohon maklum yang pelajar kami ramai. Ada yang sempat save, ada yang tidak. Pernah ada pelajar merajuk dengan kami sebab bila dia WhatsApp, kami tanya "Siapa ni? Kelas Mana?" Dia tak perkenalkan diri sebab dia ingat kami save nombor dia. Paling buat speechless, walau pertaman kali WhatsApp, dia anggap kita terus kenal dia berdasarkan profile picture yang dia guna. "Ala sayalah madam, madam tak cam ke gambar saya?" Allah... muka Makcik Madam yang sebelah abah Madam pun ada yang madam dah lupa dik oi.. Ampunkanlah madam!
  9. Jangan masukkan nombor guru dalam group/broadcast message perniagaan. Sesungguhnya, bukanlah SR, atau cikgu atau pensyarah lain taknak support pelajar berniaga. Tapi mohon maklum yang kami ada kehidupan lain di luar sana. Kami dah ada group famili,  famili, famili, famili, sekolah, sekolah, sekolah (sebab SR ada banyak sekolah!), universiti, mommies, kutu, kutu, kutu, sekolah anak, antologi cerpen, kerja, kerja, kerja, kerja (berlambakkkkk group kecik-kecik pasal kerja weh dik) broadcast kedai runcit, kedai ayam, kedai emas...eh banyak dah dik! Mungkin boleh tanya dulu politely jika guru tu nak masuk dalam group atau senarai broadcast tu ya.

Haa itu ajelah yang terkeluar dari kepala SR ketika ini. Tegur sebab sayang, sebab nak lahirkan generasi berilmu beserta adab. 💓

Ini antara WhatsApp yang baik lah bagi SR:


Rasa ada apa-apa lagi ke yang perlu dititikberatkan ketika nak WhatsApp guru ya? Boleh tambah-tambah di bahagian komen.

+++




Keyword; "Adab menghantar pesanan" "Teks kepada guru" "Etika berkomunikasi dengan guru" "Cara betul hantar pesanan kepada guru" "Komunikasi efektif pelajar dengan guru"

Post a Comment

12 Comments

  1. Kan... janganlah sebelum subuh2 pun nak send... hahaha

    ReplyDelete
  2. saya pelajar yang tergolong dalam whatsapp yang baik tu hihi jaranglah nak whatsapp lecturer jam 11 malam sebab saya pun layan GV hshshs

    ReplyDelete
  3. Harap2 student2 SR dapat baca panduan ni.

    ReplyDelete
  4. saya rasa student sekarang ni hilang time management tu main hentam jer hantar mesej pada guru waktu dah lewat..huhu

    ReplyDelete
  5. Setuju. Adab ni akan digunapakai sampai zaman kerja nanti.

    Sebenarnya benda ni common sense kan. Cici pun mengelak Whatsapp orang di waktu tertentu. Melainkan dia memang geng gossip hahahah

    ReplyDelete
  6. budak sekarang wasap cikgu/lecturer macam kawan diorang pula. at least bila guna bahasa formal baru nampak tanda hormatkan guru..

    ReplyDelete
  7. habit ni kena practice kalau tak nanti sampai masuk alam pekerjaan pun cakap dengan bos semberono je. harap ramai student tak kisahlah umur berapa, baca entry ni

    ReplyDelete
  8. setuju lah dengan apa yang SR tulis, kadang bukan adab murid dengan pensyarah atau cikgu tapi adab sesama kawan kerja, dana paling tak suka kalau ada kwn kerja ke pegawai tetengah malam dah kul 10 malam kul 11 wassap atau call konon tanya psl kerja, macamla takde hari esok... pastu kadang hujung minggu sibuk tanya psl kerja mmg mls nak layan... bukan apa kadang kita pun perlukan masa dengan keluarga

    ReplyDelete
  9. Pelajar level U patutnya dah tahu adab dan common sense ni. Nak whatsapp pun kena tengok masa jugak. Takkan tengah malam pun nak whatsapp. Boleh je tunggu esok pagi yang lebih sesuai untuk urusan kerja ke apa. Aduhaiii..sabar je lah.

    ReplyDelete
  10. pernah ade student msg saya pukul 2 pagi. pastu ramai juga esok dah date line, malam ni baru la nak kabor masalah itu masalah ini...

    ReplyDelete
  11. setuju dgn poin syaz.
    ada limitnya, kan.

    aida pun if nak mesej cikgu anak2, sure tgk jam dulu, tgk hari dulu.
    tgk perkara dulu.
    kalau penting and perlu saje, baru mesej.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.