Saturday, December 4, 2021

Kedai Gambar Senawang RM12 untuk 16 Keping Gambar Passport!

 

Cerita hari Sabtu lepas sebenarnya ni. SR teringat yang nak kena ambil gambar ayu, untuk bagi pada management tadika yang akan ayu enroll tahun depan. Malas nak pergi jauh-jauh, SR pun bawa ayu pergi kedai gambar yang berdekatan dengan rumah kami je. 
SR siapkan ayu sekali dengan tudung. Maklumlah, nak masuk tadika kan hahaha. Jadi lepas dah siap, SR minta zaimi hantarkan ayu dan SR ke Kedai Gambar R Zulaikha Enterprise, lokasi dia di Taman Matahari Indah, Senawang je. Boleh klik link INI. Nanti boleh tengok dekat mana kedai gambar ni.

Kedai gambar dia kecik comel aje tau. Hanya sebelah kedai je. Ala, kedai kecik yang selalu kedai-kedai ni share sebelah-sebelah dalam satu lot kedai tu. Yang handle kedai ni, semua perempuan. Dari jurukamera, juruedit gambar, juruwang..semua perempuan. 

Eheh sebenarnya ada dua orang perempuan aje pun yang kerja sana. Oklah, servis ok, gambar pun siap dalam masa 10 minit. Kebetulan masa kami ke sana, kedai ada promosi.

8 keping gambar pasport RM10, tapi kalau bayar RM12, dapat 16 keping.


Entah apalah yang merasuk SR masa tu, terus aje setuju yang RM12 untuk 16 keping tu. Memang banyaklah gambar adik ayu. Simpanlah dulu, kot nak guna masa bila-bila kan sementara muka ayu tak berubah banyak.

Tapi ada peristiwa pula yang berlaku. Elok dah ada 16 keping gambar, esok tu SR tanya pihak tadika ayu nak enroll tu, nanti nak kena bagi berapa keping gambar anak?

Tau principal tadika dia cakap apa?

"Oh, gambar tak perlu bagi ya puan"

Haaa???

SR terus scroll balik kesemua conversation SR dengan principal tu. 
EH, memang tak ada pula dia cakap nak gambar 😅
Dan rupanya yang minta gambar tu, adalah tadika lain, tadika kedua yang SR ada tanya-tanya, in case tadika pilihan pertama tu dah penuh.

Terus gelak gilaaa!
Duk fikir, gambar ayu yang berkeping-keping ni nak buat apa?
SR ambil 1, ayah dia ambil 1, dia sendiri ambil 1, paling-paling bagi dekat nenek, tokwan dan tokma dia. Tetap ada baki 10 keping haa.. hahaha!


Tapi pelik pula tadika tu taknak gambar. Abang-abang dulu memang kena bagi gambar. Haih pening..pening!

26 comments:

  1. Wah! Dah nak masok tadika dah....

    ReplyDelete
  2. Haah pelik taknak gambar. Takpelah simpan dahulu, mana tahu sudah pasti daftar baru pengetua minta gambar untuk perkara lain.

    ReplyDelete
  3. Aik...dah buat gambar tadika x nak plak guna gambar...aduhai....omey la dia amik gambar tu...

    ReplyDelete
  4. Ramainya buat gambar sampai 16 muka

    ReplyDelete
  5. tadika kat sini gambar aje nak 4 keping

    ReplyDelete
  6. Lagi jimat berganda 16keping dengan harga rm12 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang saya ambik tawaran tu hahaha

      Delete
    2. Bagus2 . Time jimat ni la ramai orang yg x terlepas tawaran

      Delete
  7. penat ja ayu bergambar ya tadika xnak pula musykil kan yu

    ReplyDelete
  8. Comel je Ayu duduk atas bangku tu.. teringat pulak masa kecik2 dulu tangkap gmbr mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecik, saya kalau ambil gambar, mesti masam je hahaha

      Delete
  9. murah juga utk gmbar passport..comel ayu heheee ^_^

    ReplyDelete
  10. Pelik tadika xnk gambar..?
    Maybe guna gambar melalui whatsapp cukup kot..hehe

    ReplyDelete
  11. hahaha... bole framekan jer gambar Ayu yang banyak2 tuh

    ReplyDelete
  12. Anehnya tak nak gambar. Takpelah simpan je. Kadang-kadang tadika ni suka tetibe je mintak

    ReplyDelete
  13. ahh sudahhh tak nak gambar pulak. dahlah amek pakej 16 keping terus. Takpelah simpan dulu kot guna dimasa akan datang. kot kot tiba tiba mintak, dah siap ada dah senang.

    ReplyDelete
  14. murahnyaaa..
    takpe, simpan je gmbr tu. mne tau akan guna nnti..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot