Lama SR tak buat entry gambar whatsapp misteri dari group whatsapp ni. Kenapa 'misteri' ? Sebab SR tak turn on fungsi auto-download gambar jika dihantar ke whatsapp SR. Terutama dalam group whatsapp, SR akan download mana yang SR rasa nak download je. Kih kih.. Jadi ini antara 10 yang SR download.
#1 - Kuih Ros Manja Kededek
RM15 sebalang, harga sama di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.
Manja kededek ni maksudnya manja teramat sangat kan? Ada jiran jual ni. Selalu juga lalu kuih ros ni. Teringin pulak rasanya SR nak beli ni. Yums!
#2 - Kutipan Derma Kilat Buat Haikal Faiz
Pilu sekali kisah yang menimpa adik Haikal Faiz ni. Bagus inisiatif sekolah dia buat kutipan begini. Semoga Haikal Faiz tabah dengan ujian yang sangat hebat itu. Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan ibu dan 8 adik-beradik serentak dalam kemalangan jalan raya. Moga Allah merahmatimu...
#3 - Extender Mask Adjustable Viral
RM 10, hand mad, stock terhad. SR download gambar ni sebab mula-mula ingat tu gambar labah-labah warna ungu. Aduh mata SR memang out dalam menelek gambar dalam kekaburan tu.
#4 - Patin Tempoyak Frozen 100% Ori Temerloh
'Tekak Anda Keutamaan Kami' dia punya tagline. Agitcheww..
SR download sebab baca description. Entahlah laju je tangan tekan download sebab nak tengok gambar ikan patin tempoyak. #dontaskwhy
#5 Combo Read Heaven MamaSab
RM45 dari 20 hingga 22 Disember 2021. Tertekan download tanpa sengaja.
#6 - Combo Perap MamaSab Karnivor
RM89.90 untuk combo lamb perap dan daging harimau bahagia MamaSab. Download sebab curious dengan perkataan Combor Karnivor dalam description di whatsapp group tu.
#7 - Karipap Mini
Sama kes macam dekat #5, terdownload dan lepastu sendiri yang terliur.
#8 - Kek Marble
Sengaja download sebab pelik masa gambar tu kabur, kenapa ada hijau-hijau. Rupanya warna dia ada hijau, coklat dan kuning.
#9 - Pyjamas Cotton
RM30 sepasang. Mula-mula SR macam terngin nak beli. Lepas fikir panjang, nak beli buat apa entahlah. Kalau tidur pakai kelawar atau tshirt lusuh jugak yang sedap dan melenakan hahaha
#10 - Beg tangan LV
Tak pasti harganya, tapi murah. Ori ke tidak, SR rasa tak ori. Tapi bolehlah kot nak beli buat basahan. SR tak beli pun, sekadar cuci mata.
+++
Sebenarnya SR sibuk sikit ni, tapi macam biasalah, tetap jenguk blog hihihih
14 Comments
Mencabar betul grup whatsapp dia ni, hahahaha.
ReplyDeletesama lah. saya pon tak auto download ape2 gambar atau clip kat wassap.. wat penuh memory phone saya yg nyawa2 ikan tu jer..
ReplyDeleteHaikal Faiz..semoga tabah..
ReplyDeleteMEmang terkesan sedih sangat baca news family Haikal Faiz ni.
ReplyDeleteMrs. A pun tak on fungsi auto download ke laut data nanti
Semua benda ada! Wah!
ReplyDeleteWahh macam macam ada.
ReplyDeleteCici pulak buat auto-download. Lepas tu belek gallery sendiri blur, gambar sapa la ni. Tiba tiba gambar pintu office la, gambar artis dan macam macam lagi.
Cici spesis jarang scroll group. Malas join menyembang hehehe
uish, ni mesti group whatsapp bisnes. samalah saya pun tak buat auto download. suka teka-teka tu gambar apa. haha
ReplyDeletewahh beg LV tu leh buat kain basahan erk, hehehe
ReplyDeleteLama tak makan karipap mini
ReplyDeleteBahaya grup WA SR ni....x kuat iman macam SA pasti terjebak karam di tengah lautan....
ReplyDeletehingga karam ye SA? ha ha ah ah ha...
Deleteemmm..semua nampak menariks kan. memang kena kuat iman ni
ReplyDeletesama la kita, syaz.
ReplyDeletetak auto download.
karang berlambak gambar kat gallery wasap.
penuh tetiba!
Samalah, tak auto download. Macam macam jualan ada. paling tak tahan kalau barang makanan. Rasa dan dan tu lah teringin makan, kan.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)