Top 10 Gambar Misteri WhatsApp Minggu ini #4

 Lama SR tak buat entry gambar whatsapp misteri dari group whatsapp ni. Kenapa 'misteri' ? Sebab SR tak turn on fungsi auto-download gambar jika dihantar ke whatsapp SR. Terutama dalam group whatsapp, SR akan download mana yang SR rasa nak download je. Kih kih.. Jadi ini antara 10 yang SR download.

#1 - Kuih Ros Manja Kededek

RM15 sebalang, harga sama di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak.

Manja kededek ni maksudnya manja teramat sangat kan? Ada jiran jual ni. Selalu juga lalu kuih ros ni. Teringin pulak rasanya SR nak beli ni. Yums!


#2 - Kutipan Derma Kilat Buat Haikal Faiz


Pilu sekali kisah yang menimpa adik Haikal Faiz ni. Bagus inisiatif sekolah dia buat kutipan begini. Semoga Haikal Faiz tabah dengan ujian yang sangat hebat itu. Bukan mudah untuk menerima hakikat kehilangan ibu dan 8 adik-beradik serentak dalam kemalangan jalan raya. Moga Allah merahmatimu...


#3 - Extender Mask Adjustable Viral

RM 10, hand mad, stock terhad. SR download gambar ni sebab mula-mula ingat tu gambar labah-labah warna ungu. Aduh mata SR memang out dalam menelek gambar dalam kekaburan tu.


#4 - Patin Tempoyak Frozen 100% Ori Temerloh


'Tekak Anda Keutamaan Kami' dia punya tagline. Agitcheww..
SR download sebab baca description. Entahlah laju je tangan tekan download sebab nak tengok gambar ikan patin tempoyak. #dontaskwhy


#5 Combo Read Heaven MamaSab


RM45 dari 20 hingga 22 Disember 2021. Tertekan download tanpa sengaja.


#6 - Combo Perap MamaSab Karnivor


RM89.90 untuk combo lamb perap dan daging harimau bahagia MamaSab. Download sebab curious dengan perkataan Combor Karnivor dalam description di whatsapp group tu.


#7 - Karipap Mini


Sama kes macam dekat #5, terdownload dan lepastu sendiri yang terliur.


#8 - Kek Marble


Sengaja download sebab pelik masa gambar tu kabur, kenapa ada hijau-hijau. Rupanya warna dia ada hijau, coklat dan kuning. 


#9 - Pyjamas Cotton


RM30 sepasang. Mula-mula SR macam terngin nak beli. Lepas fikir panjang, nak beli buat apa entahlah. Kalau tidur pakai kelawar atau tshirt lusuh jugak yang sedap dan melenakan hahaha


#10 - Beg tangan LV


Tak pasti harganya, tapi murah. Ori ke tidak, SR rasa tak ori. Tapi bolehlah kot nak beli buat basahan. SR tak beli pun, sekadar cuci mata.

+++

Sebenarnya SR sibuk sikit ni, tapi macam biasalah, tetap jenguk blog hihihih

Post a Comment

14 Comments

  1. Mencabar betul grup whatsapp dia ni, hahahaha.

    ReplyDelete
  2. sama lah. saya pon tak auto download ape2 gambar atau clip kat wassap.. wat penuh memory phone saya yg nyawa2 ikan tu jer..

    ReplyDelete
  3. MEmang terkesan sedih sangat baca news family Haikal Faiz ni.

    Mrs. A pun tak on fungsi auto download ke laut data nanti

    ReplyDelete
  4. Wahh macam macam ada.

    Cici pulak buat auto-download. Lepas tu belek gallery sendiri blur, gambar sapa la ni. Tiba tiba gambar pintu office la, gambar artis dan macam macam lagi.

    Cici spesis jarang scroll group. Malas join menyembang hehehe

    ReplyDelete
  5. uish, ni mesti group whatsapp bisnes. samalah saya pun tak buat auto download. suka teka-teka tu gambar apa. haha

    ReplyDelete
  6. wahh beg LV tu leh buat kain basahan erk, hehehe

    ReplyDelete
  7. Bahaya grup WA SR ni....x kuat iman macam SA pasti terjebak karam di tengah lautan....

    ReplyDelete
  8. emmm..semua nampak menariks kan. memang kena kuat iman ni

    ReplyDelete
  9. sama la kita, syaz.
    tak auto download.
    karang berlambak gambar kat gallery wasap.
    penuh tetiba!

    ReplyDelete
  10. Samalah, tak auto download. Macam macam jualan ada. paling tak tahan kalau barang makanan. Rasa dan dan tu lah teringin makan, kan.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.