Professional Maxwell House Cappuccino Since 1892

Assalamualaikum semua! Selamat memasuki minggu baru! Terkejut SR dengan pertambahan kes Covid sampai 9K! Harap semua kekal selamat di mana saja kalian berada ya!

Hari tu ada kawan sekerja SR iklankan yang wife dia ada ready stok Cappuccino ni. Wife dia memang personal shopper untuk barang-barang dari UK dan Jepun. Ada sekali SR join beli beg, ada join beli minyak wangi, tapi kali ni SR terasa nak cuba rasa cappuccino ni pulak. Jadi SR pun terus PM wife dia, Yati, untuk order.

Esoknya SR hanya pick up aje dekat bilik kawan SR tu. Terkejut sebab besar betul tong dia! Haha! Memang tak sabar nak balik dan cuba bancuh.

Bila buka tutup plastik dia tu, SR memang suka sebab tutup plastik dia jauh berbeza dari tutup plastik tin susu yang ada di Malaysia ni. Tutup dia jenis tolak ke dalam untuk ketatkan. Dan untuk Professional Maxwell House Cappuccino ni, dia ada sediakan scoop untuk cedok.


Kiranya, tak payah campur apa-apa dah, terus tuang air panas aje. Rasa dia tak adalah manis sangat, just nice untuk kopi jenis cappuccino. SR yang gila kopi ni, selalu akan buat dua scoop 😜


Sebab SR selalu bancuh dalam mug yang saiz dia besar ni haa. Kalau satu sccop, rasa tak cukup umphh pulak. Hee.. I like!

Post a Comment

8 Comments

  1. Terkecurlah kita tengok cappuccino dia. Ni minuman 3 in 1 jugaklah kan, cuma pakai cedok. Dulu pernah dapat jenama tempatan jenis ceduk macam ni, tak tahu ada jual lagi ke tak.

    ReplyDelete
  2. Cikbunga pun suka cappuccino 🌹🌹

    ReplyDelete
  3. Pernah minum yang sachet jela,dapat di hotel. Sedapnya kopiiii

    ReplyDelete
  4. wah sedap tu alah pulak dgn kopi

    ReplyDelete
  5. wahhh nampak sedap! Syok lah ada personal shopper negara luar

    ReplyDelete
  6. ada plak yg mcm ni yer..selalu in sachet.

    ReplyDelete
  7. Aduh!! Nampak menarik untuk dicuba.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Ini sangat menarik ni. Boleh cari kalau teringin nak minum . Cepat habislah macam ni kalau sedap. Hihi...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.