Cara Kejut Anak Bangun Tidur

Cara kanak-kanak bangun tidur boleh mempengaruhi kesanggupan mereka untuk menghadapi hari itu dengan sikap positif, yang seterusnya mempengaruhi cara mereka belajar dan berkembang.



 Ia sebenarnya satu proses penting untuk benar-benar dipertimbangkan oleh ibu bapa. 
  • Bangun awal supaya anda bersedia untuk membangunkan anak anda dengan sikap yang baik.
  •  Fikirkan pada malam sebelumnya tentang kaedah mengatasi masalah yang mungkin memakan masa ketika mengejutkan mereka dari tidur. 
  • Cuba gunakan cahaya semula jadi secara beransur-ansur semasa membangunkan kanak-kanak. Maksudnya, kejut anak dalam cahaya yang samar.
  • Nyanyi lagu atau mainkan muzik lembut untuk membantu meningkatkan mood. (Mungkin boleh kejut sambil nyanyi Ala bucuk bucuk..Ala bucuk bucuk... haha!)
  • Mempunyai jangkaan yang realistik untuk berapa lama masa yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk bangun.

Setakat ini, waktu SR nak kejut anak-anak ke sekolah, SR memang kejut awal, dan tak buka lampu bilik. Cukup dengan lampu dari luar. SR akan tepuk-tepuk perlahan badan anak-anak lepas bagi salam.

Memang kena expect tentang 'anak akan ambil masa', terutama amir dan ayu. Adam senang, kejut aje terus bangun tanpa banyak songeh. Amir dan ayu, adalah drama sikit. Jalan ke toilet guna lututlah, merangkaklah.. Macam-macam!

Tapi, alhamdulillah, cukup time, semua dah bertebaran ke sekolah masing-masing.

+++

Jangan kata anak, kita pun kadang-kadang merenjaih kalau tak puas tidur, tiba-tiba jam loceng dah bunyi. Kah kah kah!

Catat Ulasan

13 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. paling utama tidur kene awal, insyallah pagi tu mudah bangun nya..
    kalau aiyan dia jenis mudah terjaga, bila dia dengar alarm akak bunyi otomatik dia akan bangun sendiri .Tapi kalau dah lama cuti liat sikit kadang pagi tu hheheh

    BalasPadam
  2. hahahha boleh bayangkan ragam amir dengan ayu merangkak nak gi toilet tu

    BalasPadam
  3. still kejut Iris dgn panggilan bushuk bushuk tu... panggil sayang bagai la to both Ian & Iris. alhamdulillah dua2 ok je.

    BalasPadam
  4. Pengalaman makcik.... panggil dengan kasih sayang. Goyang badan dengan lembut. Anak akan bangun dengan cepat. Marah,tengking, lagi depa lambat. Lepas tu semua bermuka kelat. Rezeki pun salah alamat.

    BalasPadam
  5. Macam macam drama bangun pagi. Ada anak buah sorang tu, tengah pakai kasut pun sempat sambung tidur. hehe...

    BalasPadam
  6. Tips yang ohsem.. Sha selalunya amik masa kalau nak kejutkan Imani.. Lain sikit si adik nie..

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad