Set Inai Republic

Ayu lah punya ni. Masa bulan 1 hari tu, dia beria-ia nak pakai cat kuku hasil dia terpengaruh dengan video di youtube. Masa SR cerita-cerita dengan emak SR, dia bagi cadangan untuk belikan ayu inai aje. Bernas juga cadangan orang tua tu! Terus SR beli dengan jiran. SR beli yang set terus. Ada 3 tona warna katanya.

"All you ever wanted" katanya haa.. Layanzz...




Dalam kotak set inai tu, dia ada bagi pengilat kuku. Tujuannya, kena bersihkan kuku dulu sebelum sapu inai republik ni. Baru dia akan melekat cantik. Dia juga suruh pakai semalaman, dan sapu banyak lapis agar tebal. Kenapa? Sebab pagi-pagi nanti, hanya peel / kopek sahaja inai tu tanpa dilalukan dengan air. SR masa tu terlupa, terbasuh dengan air. Terus buruk jadinya sebab tak sekata. Keruping yang kita kena peel tu, kalau dah kena air, dia jadi payah nak cabut dari kuku. Bila gonyoh nak cabut, itu yang dia jadi buruk. Sobs...


Dalam set tu ada tiga tona warna.
Ada Maroon, Red dengan Pink.

Alkisah, dekat kuku SR, semua jadi 1 warna sahaja iaitu merah 😂


Tapi dekat kuku ayu, tiga-tiga tona warna tu menjadi. Sekejap dia pakai yang pink, bila dah habis warna tu selepas dua minggu, dia pakai yang merah pulak. Jadilah kiranya warna tu dekat kuku ayu berbanding dekat kuku SR.


Happy lah dia tu dapat 'cat kuku' tu.
Anything for you baby!

Adakah SR rekomen inai ini?
Kalau kuku jenis gelas panjang lentik, cantiklah pakai. Video contoh dia bagi dekat SR pun, orang yang kuku gelas. Nampak bergayalah kalau kuku berwarna merah.

Kalau kuku cawan macam SR ni?

Adehh... Tak sampai hati nak taip untuk membahan diri sendiri ni. Korang imagine ajelah ye. Hahaha!

Post a Comment

12 Comments

  1. Anak akk pun dok teringin nak pakai inai. Ada beli tapi inai tiruan kot, bau mcm pewarna kuku dan tak kalis air, means bukan inailah kan :( Buang ajelah.

    ReplyDelete
  2. Comel jew dia... sudahlah ayu...bertambah ayu!

    ReplyDelete
  3. Comel betul.. Suka inai inai ye.. Ramai yang cakap cantik inai republic ni. Tak pernah beli lagi..

    ReplyDelete
  4. Pegi sekolah cikgu tak marah ek pakai inai kuku

    ReplyDelete
  5. Teringin jugak try inai republic ni.. tengok feedback ok.. tapi kuku saya pun... jenis... mcm kak SR

    ReplyDelete
  6. selalu tgk ni org promote tp x penah try lg.. mmg teringin tp tu lah kuku jenis x brp nk gelas.. hahaha

    ReplyDelete
  7. Ada nmpk gak orang share inai republic ni. Macam best je nak try...nak cari lah. Jeles pulak tengok kuku ayu kaler2 tu..hehe...

    ReplyDelete
  8. MERAH TERANG INAI KUKU AYU HEPI JA KAN

    ReplyDelete
  9. kalau kopek pun sama gak, dia jadi bertompok tak cantik. Selalu kalau jadi macam tu saya touch up je baru, nanti cantik le balik haha

    ReplyDelete
  10. Zaman dah moden. Tak perlu susah payah tumbuk daun inai.

    ReplyDelete
  11. comei je..bagi yg minat pakai inai ni

    ReplyDelete
  12. Dania suka la letak inai ni..SA dulu kecik2 suka tapi yang inai daun la...lepas tu x berapa nak suka dah

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.