Chupa Chups Chupa + Surprise

Belikan ayu lolipop bersaiz besar ni hari tu. Saja nak buat dia happy2. Sebenarnya SR yang teringin nak tau, ada apa dalam lolipop besar tu. Haha! SR beli di Giant Senawang.

Ayu tak sabar-sabar nak suruh SR bukak. Rambut pun tak sempat nak sikat dan keringkan, dia dah suruh SR buka lolipop Chupa + Surprise tu. 


Haa jom bukak. Agak-agak hadiah apa lah akan dapat nanti? Mesti salah satu dari yang dicetak dekat plastik sarung dia ni kan?


Lepas buka plastik dia, rupa dia macam yang dekat gambar bawah ni. Untuk buka bekas bulat tu, kena tekan punat yang tertulis Chupa Chups tu.


Tadaa inilah mainan yang dikatakan surprise tu. Alalala kocik eh. Ye lah, kalau besar karang tak muat pula lan nak masukkan dalam bekas bulat tu kan.


SR pun tak pasti haiwan apa ni. Anjing kot? Entahlah. Tapi comel lah.


Lolipop pun adalah sebatang dalam tu. Perisa strawberry. Memang sukalah si ayu. 

Mainan tu SR dah tak nampak dah sebenarnya, entah kat mana terselit 😂

Tapi bekas bulat tu memang ayu suka sangat main. Dia buat mangkuklah, macam-macamlah. 

Itu ajelah review tak berbayar SR untuk Lolipop Chupa Chups Chupa+ Surprise ni ☺️

Post a Comment

13 Comments

  1. Unsure kejutan memang disukai orang. Tidak kadang-kadang isi dalam yang entah apa-apa.

    ReplyDelete
  2. Ohhh.... cinonetnya... tp ada surprise² mcm tu pn mak² pun excited kan

    ReplyDelete
  3. alolo kecik tiut je mainan dia..saya ingtkan dalam dia gula2 tu tapi dlm kuantiti yg byk..haha..SR dah review ni baru tau apa benda dalam dia...

    ReplyDelete
  4. Iyelah..kalau kecik sangat memang mudah hilang terselit kat mana2 😄

    ReplyDelete
  5. mcm kinder bueno tu la .. cuma kinder bueno ada tanda, bekas biru untuk mainan boy, bekas pink untuk gurl.

    ReplyDelete
  6. hehehe kadang kita yg lagi excited sebab zaman kita kecik tak merasa semua tu

    ReplyDelete
  7. ingatkan lolipop tu yg besar tu....

    ReplyDelete
  8. ala ala..comel je. suka Ayu yer

    ReplyDelete
  9. Ini semua dugaan bukan setakat untuk anak-anak, orang dewasa pon teruja nak beli hahhaha

    ReplyDelete
  10. kalau anak dah minta .. susah utk kata kan tidak huhuu

    ReplyDelete
  11. Betul-betul suprise nie.. hehehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.