Brunch di House of TMS Cafe Sajian Selero Nogori, Ulu Bendul, Negeri Sembilan


Assalamualaikum wbt...

SR dan zaimi sebenarnya dah beberapa hari perasan, ketika kami dalam perjalanan ke/ dari Kuala Pilah, ada satu kedai makan baru yang dibuka dekat depan kedai cendol di Ulu Bendul tu. Kalau dari arah Seremban ke Kuala Pilah, kedai ni selepas tempat mandi di Ulu Bendul tu. Memang kedai makan yang tepi jalan besarlah kiranya.

Jadi semalam, lepas sahaja anak-anak lelaki SR habis kelas taekwondo, terus bawa anak-anak ke sini. Disebabkan waktu pun dah pukul 11 pagi, kiranya macam kami datang untuk brunch. Breakfast + lunch sekaligus!

Kawasan parkir kereta dia agak luas, tapi kalau dah ramai yang singgah, mungkin boleh jadi penuh juga. Sebab House of TMS Cafe Sajian Selero Nogori ni, memang SR rasa akan jadi kedai makan yang orang selalu singgah jika mereka guna laluan dari Seremban ke Pantai Timur melalui Bukit Putus dan Kuala Pilah. Maklumlah, jalan ni memang selalunya banyak kenderaan dan boleh jadi sesak juga. Terutamanya pada hujung minggu, cuti am, cuti sekolah dan waktu ada perayaan seperti Raya Aidilfitri dan Raya Haji kan.

Jadi, andai kata ada yang cari kedai makan sedap di Ulu Bendul, House of TMS Cafe Sajian Selero Nogori boleh jadi salah satu darinyalah bagi SR. Bolehlah berhenti isi perut sebelum meneruskan perjalanan. Nak datang saja-saja macam SR pun, apa salahnya kan!


Masa SR makan dekat sini semalam, lauk memang berunsurkan masakan Negeri Sembilan. Pedas itu wajib! Hehe... Ada lemang dan pulut kuning juga. SR nampak ada Gulai Lompap. Tapi SR tak cuba lagi, mungkin lain kali. Sebab semalam SR tewas dengan godaan rendang daging!


Kalau dah kata masakan pure Negeri Sembilan, memanglah pedas. Itulah yang sedap! Tapi anak-anak SR makan sambil mengalir air mata dan hinguslah. Hihi... Sekali-sekala kena ajar juga lidah tu makan pedas. Baru senang nak melata atas muka bumi nanti-nanti.


Zaimi ambil ayam rendang. Anak-anak ambil ayam goreng, kecuali amir. Lauk lain yang SR perasan ada gulai telur itik, masak lemak keli salai, masak lemak daging salai, kari daging, kambing masak lomak cili api... EH banyak lagilah!

Masa SR dah duduk makan pun, SR nampak ada lagi tray makanan yang baru siap dibawa ke tempat lauk, antaranya gulai asam pedas ikan.



Pemilik kedai makan ni SR tak pasti siapa, tapi ada dua orang lelaki berusia yang sangat ramah melayan dan menyantuni semua pelanggan yang hadir. Mereka pakai baju yang sama, warna biru muda dan putih, macam uniform kedai kot. Hehe. SR suka sangat dengan layanan yang diberi oleh mereka berdua pada kami pelanggan semua ni. Yang datang ambil order air pun ramah-ramah belaka.


Kedai dia luas, dan tak panas. Rasa selesa nak habiskan masa sambil makan pedas di sini. Ahaha! Tapi seriously, selesa kedainya! I like!




Kalau tanya SR, mahal ke kedai makan ni? Personally SR rasa harga dia standard harga kedai makan di Negeri Sembilan.


Adakah akan repeat?

Ya!

Sedap?

Ya!!

Berbaloi pergi dari Seremban?

Ya?

Berbaloi datang dari Kuala Pilah?

Jauh sedikit.

Dekat dengan Ulu Bendul?

Betul-betul sebelah.


Kalau lapar waktu dalam perjalanan yang melalui jalan Bukit Putus - Kuala Pilah, nanti kalian singgahlah ya!

#bukanpaidreview
#honestreview


Agitcheww... 😁

 

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah menarik ni..betul2 area kedai cendol tu kan...nak pi situ la...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Dia punya bumbung pun nampak baru... bersih

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba kalau lalu sana 😉

    ReplyDelete
  4. menarik jugak kedai makannya, syok la kak syaz sekeluarga boleh singgah makan sini selalu

    ReplyDelete
  5. Wah..viral lah lepas ni. Alamak saya lah tu tak berapa suka makan pedas. boleh menangis macam budak-budak

    ReplyDelete
  6. nampak luas dan selesa kedai ni

    ReplyDelete
  7. Selamat menjamu selera ya semua . Comel laa gaya ayu posinng tu

    ReplyDelete
  8. Ada gulai itik tu best.. Tapi tak tertelan kalau pedas sangat.. hehehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.