Ber Pak Mat Western Untuk Makan-Makan Raya | Throwback

Assalamualaikum semua.

SR masih lagi tak berapa sihat. Tapi tadi saja check draft, mak oi banyaknya entry yang menanti untuk publish. huk huk.. Sejak dua menjak ni, susah betul nak curi masa untuk update. Jadi memang penuh di draft aje.

Termasuklah entry ni. Punya lama peram, sampai dah tak ingat nak update. Haha!


Kisahnya masa raya puasa 2022 hari tu. Famili SR datang beraya di rumah SR. Kami jamu dengan Pak Mat Western.
SR beli kambing perap dan ayam perap. Pertama kali SR makan Pak Mart Western ni sebenarnya masa dekat rumah mertua SR, kakak ipar SR yang beli dan jamu kami makan. Jadi memang dah tahu yang rasanya sedap!

Kebetulan ada ejen yang jual Pak Mat Western ni dekat taman perumahan SR ni, apa lagi, terus aje Whatsapp. Terus dia delivery ke pintu pagar rumah.

 

Zaimi yang jadi chef, masak guna pemanggang ajaib. Selain produk Pak Mat Western tu, kami goreng fries. Zaimi pun buat juga dia punya coleslaw. Memang sedap! Bukan nak puji laki sendiri tapi tu lah, memang power dan sedap! Haha!


Cucun cucun dalam pemanggang ajaib aje.


Chef of the day!


Dan inilah the happy customer, abah SR. Ahaha...

Teringat-ingat pula kesedapan kambing dengan ayam perap Pak Mat Western ni. Harganya agak kayanganlah, tak boleh beli selalulah kalau SR. Sekali sekala untuk special occasion bolehlah.

+++

Itu ajelah dulu.
Nak sambung layan sakit kepala...
Zzz..

 

Post a Comment

5 Comments

  1. SA x pernah cuba lagi...nanti nak order la...x tau la kat kawasan Warisan Puteri tu ada ke tak agen PMW ni....nampak sedap...semoga cepat sihat ye SR....

    ReplyDelete
  2. Ingatkan raya haji, rupanya raya puasa ye....lama betul peramnya hihi :D
    Akk pernah rasa, belum pernah beli lagi produk PMW ni.

    ReplyDelete
  3. Pak Mat Western tu kalau cakap bunyi macam koboi tak...?

    ReplyDelete
  4. Suka tgk ayah sr senyum☺️ bahagia seorg ayah

    ReplyDelete
  5. Hah betul tu . Kdg CCL pun mcm SR .. Draft dalam entri terperam tlupa nak publishkan . Hehe .. Kambing perap pat mat western memang sedap ..daging lembut

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.