Kenangan berkursus Pre PHD di ILD UiTM Bandar Enstek

Assalamualaikum wbt...

Sihat je semua reader? SR rasa macam dah lama SR tak blogwalking. Rindu nak baca kisah blogger-blogger lain. Harap nanti adalah sedikit masa untuk blogwalking nanti.

SR pun tak ada apa sangat nak cerita hari ni. Entry draf banyak, semangat nak menaip tu yang kurng sikit. Sedikit sibuk, badan pun letih aje haha!

Ini kisah awal Ogos 2022. SR dapat juga rebut tempat untuk berkursus Pre-PHD di ILD. Fuh bukan senang nak dapat tempat, kursus yang sentiasa 'hot' di kalangan pensyarah UiTM yang belum lagi ada PHD, macam SR ni lah haa...

Kursus kali ni SR ada geng. Ada tiga kakak sama kampus dengan SR yang berkursus sekali. Tak adalah bosan sangat selama 3 hari di sana. Gambar di atas ni adalah suasana kami berkursus dalam Auditorium. Macam bilik kuliahlah kiranya rupa auditorium ni. Masuk ikut belakang, dia semakin menurun ke bawah. Selalunya sepanjang berkursus ni, SR dan geng ni duduk depan-depan. Bukan sekam, tapi itu sahaja seat yang kosong. Yang lain dah dicop oleh yang ada geng lagi ramai!

Dah tua pun nak main cop-cop kerusi 😆

Masing-masinglah tu kan, tak kisah pun. Okey aje duduk depan. Boleh borak dengan pencermah!


Adalah gambar kenangan bersama semua peserta kursus batch yang SR pergi tu. Jujurnya tak kenal pun. Sudahlah lain kampus, pakai topeng muka pula.

Terserempak lagi sekali di mana-mana di luar nanti pun, kompem SR tak cam! 

Itulah sahaja kisah SR hari ni...

STay safe ya semua!

Post a Comment

8 Comments

  1. moga di permudahkan untuk dapat phd tu SR ya

    ReplyDelete
  2. Wahhh.. semoga dipermudahkan urusan Syaz. Kita kalau kursus2 ni suka dok barisan ketiga, hehehe.

    ReplyDelete
  3. wah..lecturer rupanya SR ni..:)

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan urusan Syaz.
    Tak apa, ada masa boleh blogwalking dan menulis entri.

    ReplyDelete
  5. lepas ni kena panggil doketor la ni...?

    ReplyDelete
  6. seronoknya berkursus...moga dipemudahkan semuanya..aamiin

    ReplyDelete
  7. best berkursus selepas musim covid ni

    ReplyDelete
  8. Part cop kerusi tu, Sha pun buat juga.. hehehe..
    Semoga dipermudahkan urusan SR..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.