Cerita Ahad lepas.
Zaimi bawa anak-anak pergi main dekat taman permainan yang tak jauh dari rumah SR ni.
Asalnya diorang pergi berempat, tapi tak lama lepas tu, adam balik rumah.
Sebabnya dia bagitahu, kaki dia dah kebas.
Sebelum dia join budak-budak taman yang ada tu main bola. Tapi mungkin agaknya disebabkan tak berapa nak kenal, jadi dia tak dapat bola. Asyik berlari aje zaimi kata.
Mungkin dia pun frust dan malu, dia balik.
SR tak salahkan adam, sebab dia tak bersekolah sekali dengan budak-budak taman ni. Dia sekolah dekat dengan tempat kerja SR. Jadi kawan-kawan dia memang dekat sana. Baru kenal beberapa minit, susahlah sikit orang nak main sama-sama kan.
Lepas dia balik, tinggallah dua ketul adik dia yang tak nak balik sebab seronok sangat main buaian.
Hari dah gelap nak hujan pun, gigih lagi nak main buaian tu. Haha.
Zaimi hantarkan gambar ni pada SR. Tengok gelagat amir, gelak SR sorang-sorang. Amir memanglah jenis suka ambil gambar dengan muka pelik-pelik macam tu. Gambar dia hampis 90% unik. Hahaha!
Itu sahajalah yang SR nak ceritakan. Ceritanya banyak, masanya yang terhad. Ini pun sementara tunggu ayu mandi nak pergi tadika. Sekejap lagi sampai saja SR di pejabat, terus nak menyotong. Ada fail kena dikemaskini, nak kena audit oi!
Bye!
13 Comments
Haaa... samalah dengan Iman ni, sejak dulu, tak ada geng setaman, hihi.
ReplyDeleteseronok anak2 bermain di taman permainan sesuka hati mrk
ReplyDeleteAnak saya pun bersekolah jauh sikit dari rumah.. Sekolah dia sehaluan dengan tempat kerja saya. Kalau nak bersekolah di kawasan rumah, perlu turun ke bawah lagi.
ReplyDeleteKesian pulak baca kisah adam ni, lain kali adam bawak bola siap-siap mesti mereka pun akan join. si Amir tu mesti jenis suke melawak kan, Ayu seperti namanya mestilah selalu nampak ayu je kan
ReplyDeletepernah bawak anak-anak main kat kombes. ada budak main bola...bila dorang nak join sekali budak2 tu macam layan tak layan je. anak-anak siap cakap...huhhh sombong betul orang seremban ni..orang KL ok je kalau ada orang nak join main sekali walaupun tak kenal. hahah
ReplyDeleteuncle pun suka gambar2 pelik
ReplyDeleteComel!
ReplyDeleteAbg Aqil dulu suka buat memek muka tiap kali ajak bergambar..
Tapi sejak dah jadi ala ala ABANG ni bila bergambar je susah sangat nak senyum..
Bila nanri,diorang dh nesar, boleh la tengok gambar ni sebagai kenangan
ReplyDeleteAdoilah.. Comel sangat Amir ini..
ReplyDeletekan.
Deletemcm anak buah aida kat kajang.
kalau bergambar, muka dia sure menarik perhatian.
pompuan. mulut tak reti diam :)
Ceria Amir dengan buat muka pelik. Agaknya tak serasi dengan kawan, tak dapat boleh memang frustlah dia. Takpelah Adam, keluar peluh sihat :)
ReplyDeletehahaha 90% unik ea. bebudak memang suka buat muka unik kalau bergambar
ReplyDeleteha ha menyotong ek?
ReplyDeleteaida selamat dah 2 minggu kena audit iso. letih!
lepas ni turn aida plak audit org - EKSA plak.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)