Aktiviti Petang di Dataran Nilai

#throwback

Assalamualaikum wbt

Baru-baru ni, SR dan zaimi ada bawa anak-anak bersiar-siar di Dataran Nilai, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Aeon Nilai yang besar tu. Saja jalan-jalan ambil angin dan tengok tempat baru. Kebetulan masa tu kami sekeluarga  dalam perjalanan balik ke Senawang dari Serdang. Kiranya macam menyinggahlah sebenarnya. Cuaca petang tu pun tak begitu panas, redup sahaja.

Kami tersalah masuk parking, termasuk dekat pintu parking Aeon. Tapi kawasan parkir Aeon tu luas dan banyak kosong, jadi walau kena bayar RM1, puas hati sebab tak adalah susah atau leceh nak ke Dataran Nilai tu. Tinggal nak berjalan sedikit sahaja.


Ada tandas awam dekat sini. Anak-anak terus minta nak ke tandas dulu sebaik sahaja sampai. Lega bila tengok ada tandas awam sebelah dataran, tak perlulah nak heret semua masuk ke dalam Aeon pula untuk ke tandas.

Pertama kali sebenarnya kami sampai di sini. Masa kami sampai, orang tak berapa ramai lagi. Para penjaja di kawasan sekitar pun baru nak set up barang niaga masing-masing. Kami duduk-duduk dulu ambil angin sambil anak-anak dah berlari melepaskan gian nak berlari masing-masing dekat padang tu.



Ayu kata nak main belon buih tu. Memang dah boleh agak sebenarnya. Kalau bawa diorang ke tempat yang ada jual belon buih tu, mesti nak punyalah. Budak-budak kan, entah apalah yang seronok bila dapat main bubbles tu. Masa tu baru perasan yang SR dan zaimi tak ada cash. Kebetulan dua-dua tak ambil duit. Maklumlah, sekarang pergi mana-mana, kami lebih gemar bayar secara cashless.

Koreklah beg, jumpalah RM5. Dapatlah anak-anak beli semangkuk air sabun untuk main bubbles tu.

 



Zaimi kata dia nak pergi cucuk jugalah duit. Tak sedap pula bila langsung tak ada cash kan. Jadi dia pun pergi cari ATM dalam Aeon dengan Adam. Ayu dan Amir pula tengah leka main buih.



 

Tak lama pun zaimi pergi, sekejap saja dah datang semula pada kami tiga beranak. Rupanya siap beli Rotiboy dalam Aeon Nilai tu. 

YES!

SR pun memang dah lama tak dapat Rotiboy ni. Apa lagi, terus ngap. Sambil-sambil suruh anak-anak belikan air dekat penjaja yang ada.



Sambil makan tu kami pun sambunglah usha sekeliling. Penjaja pun dah semakin memenuhi bahu siar kaki yang ada. Ada yang jual makanan, jual air, jual buih sabun, sewakan basikal, sewa skuter, sewa kereta mainan kanak-kanak, sewa beca, jual kapal terbang, jual mainan macam-macam jenis. 

Anak-anak SR dah mula tak keruan. Semua benda kalau boleh diorang nak! Haha!

 


Dataran Nilai betul-betul sebelah Aeon Nilai


Akhirnya tewas juga zaimi. Termakan juga dengan pujuk rayu anak-anak. Dia pun belikan kapal terbang gabus untuk anak-anak main di tengah padang. Seronok kapal terbang gabus ni, SR dengan zaimi pun main sekali. Sampai tak teringat nak ambil gambar.



Besar juga saiz kapal terbang gabus tu, ada macam-macam warna. Di sekeliling badan kapal terbang tu sebenarnya ada dililit dengan lampu. Bila petik suis, lampu dia akan berkelip-kelip. Kalau siang hari, tak berapa nampak. Tapi kalau main waktu malam, mesti meriah! Berbaloilah dengan harga RM15.

Dekat 1 jam juga kami main kapal terbang gabus tu. Sampai berpeluh-peluh ketibas dah masing-masing. Hari pun dah lewat petang, zaimi ajak anak-anak semua untuk beransur balik rumah. Tapi masing-masing tak puas lagi. Minta nak main di playground tu pula.

Bagilah chance main lagi sepuluh minit. Kami pun tunggulah sekejap. Bagi anak-anak happy.

 

 


SR dengan adam tunggu di tepi sahaja. Adam segan nak main sebab dia dah besar dia kata. Malu juga dia nak panjat-panjat sebab dia dah tinggi lampai walaupun kalau ikut umur, masih lepas lagi untuk dia main.

Bila masa dah cukup, kami pun ajaklah anak-anak balik. Amir dan ayu balik tu masih lagi macam tak puas. Masamlah juga muka diorang sekejap. Tapi diorang akur dan ikut sahaja. Insyaallah ada masa bolehlah ke sini lagi. Setakat hari ni, ayu ada juga menuntut janji nak ke sini lagi. Masa sahaja yang tak mengizinkan lagi. Insyaallah nanti kita pergi!

Ada yang pernah ke sini? Pernah sewa basikal atau skuter? Kami haritu tak sempat. Kalau ada, bolehlah kongsi cerita dengan SR ya 😉


+++

Baca juga:

Post a Comment

10 Comments

  1. Budak² mmg pantang jumpa tmpt luas mcm ni... apatah lagi kalau yg boleh main mcm² lg lah diorang suka

    ReplyDelete
  2. Seronoknya kat sini happening..kalau area Seremban happening pun kat City Park kan....

    ReplyDelete
  3. MasyaAllah.. seronok anak-anak.. Kapal terbang gabus tu, kami pun dah terkena masa di Pantai Klebang. Pakej dengan layang-layang..

    ReplyDelete
  4. comel lah ayu buat rambut tocang macam tu. Tak pernah nampak orang jual kapal terbang gabus. kalah jugak bapaknya ek hehehe

    ReplyDelete
  5. sesekali dapat tengok diorang seronok kat luar pun kita rasa bahagia kan.Tapi tulah, nipis jugak poket kalau ramai penjual kat situ..hahaha

    ReplyDelete
  6. Comel je anak dara tu.. Bukan main dia posing yer.. ;)

    ReplyDelete
  7. aida pernah ke aeon nilai ni, sekali je, SR.
    aida pulak, tersilap parking kat dataran nilai, tapi nak ke aeon ha ha ha ha...
    terbalik kita.
    then gagah la asben aida gi jugak-jugak parking kat area aeon tu.

    nice dataran nilai ni ek. memang happening lah. kagum aida.
    cuma masa tu tak sempat nak lepak dataran nilai, terus masuk aeon.
    next time boleh la jalan-jalan nilai lagi. tak jauh mana pun dari melaka :)

    ReplyDelete
  8. seronok anak-anak. saya pun suka anak-anak seronok main kat luar. cerita bab cashless tu, sejak penah sekali nak bayar takde cash, carik bank, mesin atm out of servis, line handphone tak kuat, sejak tu sentiasa stanby cash dalam purse,

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)