Assalamualaikum wbt
#throwback
Baru-baru ni, ada salah seorang dari floormate SR di kampus diraikan dalam satu majlis perpisahan untuk dia. Sebabnya, dia, Dr Ratna, akan berpindah ke kampus lain. Kalau diikutkan, Kak Rat ni antara floor mate yang agak havoc jugalah di aras pejabat SR ni.
Dia memang orang cukup disenangi oleh semua penghuni aras pejabat SR ni. Kiranya semua sayanglah dekat dia ni. Sporting dan sempoi sahaja orangnya.
![]() |
Sebahagian kecil ahli level 2. Dari kiri; Kak Lili, Kak Fazlika, Kak Rat, Ain dan SR |
Tapi, setelah lebih dari sepuluh tahun kami jadi floor mate, dia ambil keputusan untuk berpindah kampus. Akurlah kami semua. Jadi kami raikan dengan mengadakan sebuah majlis untuk dia.
Biasalah kalau dah ada makan-makan, memang bulatlah perut SR! Paling SR suka menu pada hari jamuan tu adalah air koktel dan sup kambing yang dimasak sendiri oleh Dr Ratna. Awesome!
Selain itu, Dr Ratna turut menghadiahkan kami semua seorang seutas rantai kunci custome made ni. Diperbuat dari kulit, ada nama kami masing-masing dan setiap orang ada dapat quotes yang berbeza-beza. Rajin dan kreatif betul Kak Rat!
Quotes pada rantai kunci SR berbunyi "Be a warrior not worrier."
Cantik dan nampak sangat ekslusif, terima kasih banyak-banyak Kak Rat!
Mari kita sama-sama doakan agar Kak Rat terus maju jaya di kampus baru dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah hendaknya 😁
6 Comments
Seronok dapat hadiah dari kawan pejabat ini.. kenangan sampai bila-bila.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteCantik siap ada nama.
Semoga Dr Ratna sukses di tempat baru
Semoga Dr Ratna terus majujaya walau dimana beliau berada. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRezeki dapat hadiah
wah..cantiknya gift nya. suka dpt hadiah yg personalised mcm ni...
ReplyDeletebut nama hadiah pun syukur alhamdulillah.. seronoks dah
Alhamdulilla.. cantik giftnya..
ReplyDeleteSemoga Dr. Ratna akan lebih maju ditempat baru..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)