37th Birthday SR di SR!

Assalamualaikum wbt


Harapnya Secret Recepi tak bitterlah yang nickname SR sama dengan dia. Eheheh... Kisahnya birthday SR memang cepat benar sampainya. Maklumlah January Baby. Sudahlah January Baby, early January pula tu! Jadi belum apa-apa lagi dah bertambah umur SR walau baru sahaja masuk tahun baru.

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan pada SR untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Entah berapa lama bakinya, hanya Dia yang tahu. Umur-umur begini, SR berharap SR terus sihat untuk anak-anak, suami, dan untuk beribadah. SR juga berharap baju SR semakin longgar, tudung SR semakin labuh, lengan baju dan kaki seluar semakin panjang. Moga istiqamahlah SR yang sentiasa berbolak-balik hatinya ni.

Eh dah kenapa mulakan post dengan renungan untuk diri sendiri bila meningkat usia ni? Haha! Entahlah, faktor usialah tu kan. Bercerita tentang usia, seiringlah dengan kesihatan SR. SR dah tak berapa boleh nak makan manis banyak-banyak. Memang dah beritahu zaimi, birthday kali ni, SR tak perlukan sebiji kek macam selalu. Cukuplah SR dapat makan-makan dengan anak-anak, dan ada gambar bersama-sama dengan zaimi dan anak-anak. Sebagai tanda hari itu hari istimewa buat SR. Semestinya SR nak raikan dengan diorang berempat. 

Sebenarnya ada hari kejadian ni, kami baru sahaja sampai dari Kelantan tengahari tu. Nasib baik jalan tak sesak. Mungkin sebab kami dah bertolak dari rumah mertua SR seawal 3.45 pagi. Perjalanan lancar. Jadi, petang sikit baru zaimi bawa SR dan anak-anak ke Secret Recipi Dataran Kemuning, Senawang, untuk makan-makan.

Terima kasih zaimi, moga Allah membalas yang terbaik buat rezekimu sebab menggembirakan isteri yang sudahlah tidak selawa mana, mengada-ngada pulak tu! 😜

Masuk dan duduk sahaja di meja pilihan, memang dah ada QR code siap-siap atas meja. Jadi buat pesanan nak makan apa (untuk yang dine in) dengan imbas QR code tu sahaja. Senang. Walau SR kata tak nak kek, zaimi kata ambillah 1 slice, kek kena ada. Baiklah! SR order Butterfly Pea Lemon Cheesecake. Siap ada tulisan Happy Birthday dekat piring. 😍

Butterfly Pea Lemon Cheesecake

Untuk makanan pula, SR ambil Beef Lasagna. Zaimi ambil Chicken Chop, anak-anak ambil Kiddie Set Macaroni and Cheese. Adam pun nak kek juga, sibuk dia nak kek pisang. Jadi order juga lagi dua slice kek Chocolate Banana Cake untuk anak-anak kongsi bertiga.

Beef lasagna pilihan SR kali ni

Seterusnya memang sesi merakam kenangan wajah SR di usia baru bersama empat ketul kesayangan SR ni. Lagi 10,20 tahun, kita tengok semula gambar-gambar ini ya wahai anak-anak omak! 



Kesayangan omak dunia akhirat

Kedut-kedut di mata SR semakin jelas. I is stress. Haha!


Nama saja set kanak-kanak, portion dia banyak!


Balik rumah, memang tak ada sesiapa pun berbunyi nak makan apa-apa lagi. Punyalah kenyang masing-masing. Manakan tidak, dengan keju, dengan kek... Sekali-sekala makan macam ni okeylah, kalau hari-hari, boleh bertambah sakit rasanya hahaha!

Hari ni masuk office, agak blues dan kesenduan sebab dah bercuti 5 hari. Nak kena warm up dulu sebelum meneruskan kerja. Itu yang update blog dulu. 😂

Selamat bekerja semua!

Post a Comment

16 Comments

  1. Selamat hari lahir, SR.. memang sesuai la tu sambut di SR.. kek biru tu kita tak pernah makan. Oh, kita doakan segala yang SR hajati akan dimakbulkan Allah SWT, insyaAllah... Amiiinnnn.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, selamat hari lahir kak syaz! Semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat..ameen!

    ReplyDelete
  3. Selamat ulang tahun SR. moga terus berjaya, dimurahkan rezeki panjang umur

    ReplyDelete
  4. 3 beradik tu dah berspek mata semua nya ye, emaknya je tak berspek mata. Paling comel ayu la berspek merah tu. HB buat SR yang sambut bday di kedai SR heheheheh. Berkenan tengok kek tu cantik warnanya

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir SR...semoga success untuk 2023 dan diberikan kesihatan yang baik ye...

    ReplyDelete
  6. happy birthday SR,,,moga sentiasa dirahmati Allah....aamiin.
    sama..MA pun hari tu ckp x nak kek, sbb bawak balik kek dr opis je...just makan2..sama la. moga sama2 kita istiqomah ..jadi hambaNya yg solehah....aamiin.
    ni pun dah meriah dah sambutan & lebih meaningfull..kannn

    ReplyDelete
  7. Wah...pandai pilih SR untuk sambut birthday SR.....Happy Birthday SR.

    ReplyDelete
  8. SR di SR?

    Oooo... baru faham...

    Semoga diberkalt!

    ReplyDelete
  9. sanah helwah syaz sihat sejahtera selalu murah rezeki sukses dunia akhirat

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Lahir SR. Semoga sentiasa dilimpahi rezeki dan bahagia bersama keluarga

    ReplyDelete
  11. Wah..2SR bertemu..hihihi
    Happy birthday SR..semoga diberkati Allah selalu..
    Eh,tu kek bunga telang ke SR?

    ReplyDelete
  12. Sanah helwah SR...semoga sentiasa dirahmati Allah & bahagia disamping keluarga tersayang...

    tak lengkap birthday celebrate kalau x de kek..hihi...cheese cake x brp manis..just nice..

    ReplyDelete
  13. Selamat bertambah usianya SR...semoga sentiasa sihat, sentiasa ceria, istiqomah dalam segala yang dilakukan.

    Ammi pun ntah bila nak labuhkan tudung, ntah bila lengan baju tu tak singsing sampai ke siku...ishhhh

    ReplyDelete
  14. happy birthday SR semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi kebahagian dunia akhirat aminnn

    ReplyDelete
  15. Hepi belated birthday SR! Semoga kekal sihat dan istiqamah dalam memperbaiki diri

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. Happy Belated Birthday ye.. Moga sihat, dipanjangkan umur dan tercapai apa jua hasrat yang belum tercapai atau ingin dicapai lagi..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.