A&W Sempena Birthday Zaimi dan SR

Assalamualaikum wbt


Ini cerita semalam. Zaimi ajak SR jalan-jalan berdua ke Aeon Mall Kota Bharu. Saja jalan-jalan cuci mata dan cuci wallet zaimi. Macam biasalah, bila dah jalan berdua sahaja, dan dalam mall pula, memang rasa macam kosong. Apa lagi, pergi makanlah! Baru tak kosong sangat rasa di hati tanpa anak-anak tu. Haha!

Makan-makan sempena birthday kami berdua. Ya, birthday kami memang sangat dekat tarikhnya, tahun saja lain-lain. Selang 5 hari saja. Jadi, untuk umur baru ni, kami makan-makan di A&W dalam Aeon Mall Kota Bharu. Lagi pun dah lama juga kami tak makan burger A&W, dan yang paling utama, A&W punya root beer! Jadi, terus order.


Tak lama pun menunggu order kami siap. Duduk dalam 5 minit, nombor order kami dah ready untuk pick up. Sistem dia, lepas order, tunggu di meja. Tengok di skrin TV, nanti bila dah siap, nombor yang tertulis di resit kita, akan appear di TV. Staf juga akan laung nombor order kita. Pergilah ambil di kaunter Pick Up.

SR teringin nak makan Double Deluxe Burger. Rasa dia mirip dengan Whopper Burger King, bolehlah buat lepas rindu pada Burger King, pun yang dah lama kami tak pekena! Zaimi pula ambil Mozza Burger. Air dua-dua upgrade pada Root Beer Float, dan tukar regular fries kepada Curly Fries.


Makanlah sambil menyembang entah apa-apa topik entah. Haha! Macam tu lah, bergossip berdua ni SR jadikan terapi juga sebenarnya. Lebih kepada berborak dan nak melepaskan apa yang terbuku di hati, di otak. SR tak ada geng bff perempuan macam orang lain. Mungkin sebab SR sejenis introvert, SR tak ada kawan rapat. SR ada ramai kawan, itu yang pasti. Tapi tempat mendengar segala mak nenek ketidakpuasan hati SR atau keterujaan SR, atau pun SR ada teori (tentang segalanya!), zaimilah yang kena tadah telinga dia. Ahahah!

Terima kasih sebab sudi mendengar segalanya. Sebenarnya hati ada sikit rasa sayu, dan rasa yang tak dapat diungkapkan. Umur tahun ni, dah dekat dengan pangkal umur yang baru tak berapa lama lagi. Hahah! Tapi itulah hidup kita kan, semoga SR semakin istiqamah meningkatkan amalan.

Kalian ada pergi mana-mana ke hari ni? SR setakat hari ni, masih duduk rumah aje. Baru sampai dari Kota Bharu tengahari tadi. Penat masih bersisa. Esok rutin menyiapkan anak-anak ke sekolah akan bermula semula. Semoga dipermudah urusan kita semua ya 😊

Post a Comment

8 Comments

  1. Whoaaa..Lama x makan A&W. Happy Birthday to both of youuuu! Moga terus tabah Dan happy jalani kehidupan ni...Aamin!

    ReplyDelete
  2. Cukup ke rehat tu? Nak siap2 sekolah pulak!

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Syaz & suami 🎉

    Akak pun takde bff perempuan, apa-apa memang luah pada suami jelah. Dialah bff akak.

    ReplyDelete
  4. Sesekali dating berdua memang best.. Apapun SR dengan siapa pun kita rasa selesa tetap suami jugalah pendengar yg paling setia.. ;)

    ReplyDelete
  5. Sama. Lama tidak makan A&W.
    Selamat bekerja esok.

    ReplyDelete
  6. wah...seronoknya sesekali dpt kuar berdua kan... suweeet!!!

    ReplyDelete
  7. Sesekali nyembang berdua macam masa couple dulu ye SR. Akak pun takde kawan rapat, ada ramai kawan tapi yg biasa-biasa je yg nk kite ceritakan segala sakit hati, segala mak nenek apa semua suami dan adik2... grup family la tempat mencurah segalanya heheheh

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.