Hari Terakhir 2022 di Pengkalan Kubur

Assalamualaikum wbt


Semalam, SR, zaimi dan anak-anak sekali dengan MIL dan SIL, menghabiskan masa di Pengkalan Kubur, Kelantan. Macam biasalah, kalau balik kampung, MIL SR mesti akan dipujuk rayu oleh cucu-cucu untuk ke Pengkalan Kubur. Ada sajalah yang nak budak-budak tu shopping. Tok Ma pun memang akan melayankan aje. 
Abang-abang dapat baju bola, ayu dapat sepasang bju tidur gambar Elsa. Sebelum tu, ayu memang menuntut janji dia dengan SR. Dia nak sangat baju princess yang ada kain tutu tu. Ala, kain yang macam net tu. Warna-warni. Dah lama dia mengidam. Jadi agaknya semalam memang rezeki ayu, dapatlah dia membodek SR. Entahlah dekat mana dia nak pakai. Tengoklah nanti. 

Lepas dah selesai meronda Pengkalan Kubur tu, kami pun singgah makan makanan celup tepung di Pantai Sri Tujoh. Lama juga rasanya tak singgah makan celup tepung dekat situ. So let's. Kami pilih meja di gerai yang tengah-tengah. Dekat sini ada banyak gerai. Tapi konsep gerai dia semua sama sahaja rasanya, jual makanan berunsur celup tepung.

Pilihlah nak makan apa, nanti Mak Cik tu akan panaskan, dan potongkan dan letak dalam pinggan. Dia akan bagi sekali piring kecil yang bersos, dan ada garfu kecil untuk kita cucuk dan terus ngap. Lidi yang dia cucuk-cucuk tadi dah tak nampak dah. Dia cabutkan sesiap.



SR teringin pula nak minum Coconut Shake. Jadi nampak sahaja ada di senarai menu, terus minta! Zaimi pun sama juga, ambil Coconut Shake. Anak-anak, MIL dan SIL pilih minuman biasa. Adam macam biasalah, pergi mana-mana mesti nak Teh O Ais. Coconut shake dia sedap, tak berapa manis. 



Todiaaa muka SR sebesar cempedak di luar pagar. Tak kisahlah, asalkan dapat rakamkan kenangan hari terakhir tahun 2022 kami di sini. Lepas ni kena fokus pada tahun 2023 pula, harap apa yang dirancang berjalan lancar dan kurang hustle. 

Anak-anak pun tak lama lagi akan masuk ke darjah seterusnya. Ayu akan naik level tadika seterusnya. Semoga lebih banyak kenangan dan memori manis dicipta. Semoga ada rezeki bercuti 1 keluarga ke tempat menarik lagi, maksudnya kena kumpul duit lagi ni. Eh banyak pula membebel, baru 1 Januari. Hahahaha!

Post a Comment

11 Comments

  1. hmm..dah kita tukang ambil gambar, harusla menang anugerah muka paling lebar

    ReplyDelete
  2. Semangat 1 Januari ni SR.. Apapun terliur tengok Coconut Shake tu.. Nyummy’s

    ReplyDelete
  3. Semoga dimudahkan urusan dan selamat Tahun Baharu Syaz..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah penutup tahun 2022 yg manis :D
    Selamat Tahun Baru SR!

    ReplyDelete
  5. tempat syok shopping ni
    mcm2 ada .
    slmt thn 2023 syaz

    ReplyDelete
  6. Femes lagi ye kartun Frozen ni walau dah bertahun-tahun

    ReplyDelete
  7. Bila kita yang ajak selfie kena redho saje lah muka cempedak tu kan..hihi..lamanya tak jalan Kelantan. Rasanya sejak PKP tak ronda-ronda lagi negeri jiran ni..

    ReplyDelete
  8. Selamat tahun baharu 2023
    Kat sini 01 Jan budak2 dah masuk sekolah

    ReplyDelete
  9. Tapi takdelah murah temapt tu.. Harganya sama je macam tempat lain kat Kelantan.. Hihi

    ReplyDelete
  10. SELAMAT TAHUN BAHARU SUKSES DAMAI SELALU..sonoknya jalan2 makan2 shopping ya ayu

    ReplyDelete
  11. seronok nenek nya melayan cucu2 nya. sama la ngan MA ni, kalau ngan atok nenek...semuanya boleh & dapat aje.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.