Buka Coffee Shop Sendiri

 Assalamualaikum wbt


Money Game!

Alhamdulillah akhirnya kesibukan SR minggu ni reda sedikit. Bolehlah SR nak bernafas dan meluruskan pinggang. Kalau tak, balik rumah pun terfikir-fikir. Tidur pun termimpi-mimpi kadang-kadang. 

Dah lapang sikit ni, SR pun curi-curilah masa rehat di pejabat ni untuk melepaskan stres dan merehatkan otak seketika. Mula-mula tadi dengar youtube. Tapi terlentuk pula jadinya. Mendayu-dayu agaknya lagu pilihan SR tadi, mengantuk jadinya.

Teringat pula pada satu platform baru untuk bermain game secara atas talian. SR dah beberapa kali terbaca berkenaan Mortgage Calculator ni dari blog rakan-rakan blogger sebelum ni. Tapi tak sempat nak cuba.

Apa lagi gais, marilah cuba terus!

Jadi apa kaitan dengan buka Coffee Shop?

Jawapannya adalah SR 'buka' coffee shop melalui game Coffee Shop di Mortgage Calculator!



Ha mari SR tunjukkan kedai kopi SR. 


Tu diaaa!
Kedai Kopi SR namanya Cafe Calypso. Bila dah ada kedai kopi, apa kena buat? 

Ya betul, kenalah jual kopi dan dapatkan keuntungan. Itulah motif semua games yang ada tersenarai di Mortgage Calculator ni tau. Dia nak ajar kita cara menguruskan duit dalam cara yang seronok, iaitu dengan kaedah belajar sambil main video game!


Berbalik pada kedai kopi SR tadi, perkara pertama adalah pemain perlu melengkapkan inventori kedai sebelum buka kedai untuk berniaga pada hari berkenaan. Modal yang diberikan pada SR masa mula bermain adalah sebanyak $30.

Jom tengok, SR untung ke rugi uolls!

Day 1 berniaga kopi

Hari pertama dapat untung $9.75.



Akhirnya selepas hari ke 14, SR dapat untung sebanyak $66.80 dari menjual kopi yang setiap hari SR adjust resepinya. Haha! 

Susah juga nak dapatkan pembeli kopi. Apa yang SR belajar dari game ni adalah, cuaca mempengaruhi juga jualan kopi SR.

Best tau game ni! Leka! Hahah!

Okey, sebenarnya dekat Mortgage Calculator ni ada banyak pilihan game yang kita boleh main. Yang best sebab: 

TAK PERLU DOWNLOAD
TAK ADA IKLAN

Kan best tu!

Baik, game lain yang ada dan yang SR dah cuba main adalah:

Grocery Cashier

Main game ni, barulah kita dapat menyelami isi hati akak atau abang atau adik cashier yang selalu menyantuni kita dekat kedai-kedai tu. Haa baru kau terkebil-kebil nak kira duit baki walaupun sekadar tekan-tekan mesin cash tu. 2 tolak 1 pun jadi blur masa main.

Bolehlah menguji ketajaman otak.




SR asyiklah salah tekan dekat duit tu masa nak pulangkan baki. EH geram betul rasanya! Memang ulang-ulanglah main! Hahah!

Lagi game yang SR suka adalah:

Cash Back

Supermarket Numbers

Chocolate Shop


Real Estate Tycoon




EH banyaklah lagi. Nanti kalian cubalah sendiri main untuk hilangkan stres dan isi masa lapang tu ya. Main dekat SINI. Di Mortgage Calculator!

SR nak sambung kerja ni! Bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. Laaa...mati2 ingat Syaz buka coffee shop sebab tu bz..bila baca rupanya game...hehehe

    ReplyDelete
  2. Syaz..SA ada tag syaz giveaway ye..nanti tengok tau..pukul 12 nanti publish

    ReplyDelete
  3. dulu akak suka jugak layan game kedai2 makan ni, tp kadang tenet cepat abis heheheh..

    ReplyDelete
  4. tk pernh lg main game online...kt hp install candy crush je hehe

    ReplyDelete
  5. kalau tak nampak tab games tu, mmg sangka SR buka coffee shop. mana tau boleh menyinggah.. nampak menarik je games tu.. mcm nak menjebakkan diri juga 🤭

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.