Pengalaman Anak Tampal Gigi di Klinik Pergigian Rayyan Refeeqi Senawang

Assalamualaikum wbt


Pagi tadi SR bawa ayu untuk tampal gigi lagi. Ya betul, ini pengalaman ayu tampal gigi dia buat kali kedua. Kali pertama dulu, sama juga, tampal geraham. Masa tu di Klinik Pergigian Medissa Senawang. Tapi pagi ni, SR rasa nak cuba Klinik Pergigian Rayyan Rafeeqi (KPRR) pula. KPPR terletak di Dataran Kemuning, bersebelahan dengan Pasar Online Negeri Sembilan punya HQ.

Asalnya kami perasan yang geraham belah kanan ayu dah ada tompok hitam kecil. Tak nak tunggu sampai dia sakit, jadi SR bawalah terus hari ni.

Masuk sahaja di KPRR SR terus tanya, samada boleh walk in, atau hanya mereka yang ada temujanji?

Staf kaunter pun beritahu yang Klinik Pergigian Rayyan Refeeqi ni boleh walk in pada Sabtu dan Ahad. Isnin hingga Jumaat, sebaiknya buat temujanji. Kiranya kalau ada yang mencari klinik gigi yang boleh walk in di Senawang, bolehlah ke sini.

Alhamdulillah. Terus proceed untuk daftarkan ayu. SR kena tandatangan borang consent juga. Sambil tu tanya, boleh atau tidak bayar guna ked debit? Mereka kata boleh bayar secara online transfer di Klinik Pergigian Rayyan Refeeqi ni. Bagus! SR pun memang tak bawa cash. Hehe...


Lepas daftar, ayu diminta tunggu sekejap hingga doktor panggil. Jadi kami pun duduklah dulu. 

KPRR ni luas dan selesa juga. Tak ramai orang masa SR dan ayu di sana tadi.


Ada ruang untuk kanak-kanak bermain. Taklah besar, tapi budak-budak macam ayu suka aje. Sempatlah dia main lego besar di situ tadi.

Ada televisyen di ruangan menunggu

Klinik yang luas, bersih dan selesa. Di belakang ada bilik X-ray 

Tak lama pun menunggu, doktor gigi pun panggil ayu masuk ke dalam bilik rawatan. Ayu pun naik ke kerusi dan dipakaikan cermin mata hitam. Ayu okey snagat, dia tak takut. Mungkin sebab pengalaman pertama di Medissa dulu tak menyakitkan dia.

Tenang jumpa doktor gigi 

Siap goyang kaki lagi


Doktor gigi periksa semua gigi ayu dahulu. Jadi, memang confirm hanya gigi yang ada tompok hitam tu saja yang berlubang. Gigi ayu yang lain semua masih baik dan bagus bak kata doktor gigi.

Alhamdulillah.

Jadi doktor pun proceed untuk tampal geraham ayu yang berlubang tu. Sebelum mula prosedur, doktor gigi terangkan dengan bahasa yang mudah pada ayu apa yang dia nak buat, dan perkenalkan alat-alat yang dia akan guna.

Ayu angguk-angguk. Nampaklah dia tenang dan tak takut. Doktor pun sangat tenang dan baik dengan anak-anak. I like!


Tak lama pun proses menampal gigi ayu tadi, dalam 10 minit dah selesai. Jadi kami tunggu sekali lagi di luar untuk buat bayaran pula.


Ayu kena gigit kapas tu dalam 3 minit. Patuhlah dia menggigit kapas tu. SR tanya ayu, sakit ke? Dia kata tak rasa apa pun. Siap sambung pula main lego tadi.

Seronok dah tampal gigi

KPRR juga ada bagi ayu sebiji belon. Seronoklah dia. Ayu memang suka main belon. Balik rumah sibuk show off dengan abang-abang dia.

Tentang bayaran, SR memang bayar secara atas talian sahaja tadi. Caj pun tak mahal, RM60 aje. Okeylah tu kan?

Selesa, cepat dan yang penting prosesnya tak menyakitkan dan buat ayu trauma dengan dentist!😘


Baca ini juga 👇👇

Post a Comment

5 Comments

  1. tampal dulu sebelum sakit kan ayu

    ReplyDelete
  2. Wah! Lek je ayu... kalau budak lain dah lari!

    ReplyDelete
  3. Bagus ayu tak takut pun jumpa doktor gigi

    ReplyDelete
  4. Bagusnya ayu...ada certain2 budak kemain takut jumpa doktor

    ReplyDelete
  5. Bagus ayu..good girl...klinik baru ke ni..x pernah nampak pun..selalu pi klinik Mazura tu je

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.