Anak Cabut Gigi di Cozy T Senawang

Assalamualaikum wbt

Bersedia untuk cabut gigi

Banyak betul pengalaman anak SR si amir untuk tahun 2023 ni. Baru bulan Februari lepas dia warded sebab infliuenza B selama 7 hari. Baru-baru ni. dia ada pengalaman cabut gigi pula. Bukan tak kesian, tapi gigi depan amir dah tumbuh dan terjulur walaupun gigi lama masih belum tanggal.

Punyalah liat gigi lama amir nak tanggal. gigi tu hanya sebelah saja yang goyang. Yang sebelah lagi tak ada ciri nak tercabut pun. Tapi, gigi baru dah terjulur. Gusi sampai bengkak dan membulat. Doktor gigi kata, bengkak tu sebab gigi baru yang dah ada dekat gusi tu.

SR tak sampai hati bila amir kata gusi dia tak selesa sebab bengkak tu. Itu yang SR nekad bawa amir ke Cozy T Senawang. SR percaya klinik ni mampu selesaikan masalah amir. Sebab SR pun ada pengalaman rawat akar gigi dekat situ. Semuanya baik dan tak sakit.

Jadi. masa SR bawa amir, yang handle amir adalah Dr Lee. Sangat baik dan pandai sangat dia pujuk amir. Mula-mula dia goyang-goyang gigi depan amir. Tapi disebabkan masih agak utuh gigi tu, dia minta izin SR untuk bius gusi amir. Jeli kebas tu pun dah banyak dia sapu, cuma gigi lama amir kuat lagi.

Tapi tak boleh biar, SR taknak gigi amir berlapis!

Jadi, SR setuju untuk bius. Masa tu amir menangis sikit, sebab jarum tusuk gusi dia yang sedia sakit tu.

Amir anak yang tabah

Lepas tu, SR pun berdiri sebelah amir, Pujuk dan turut tenangkan dia. Dr Lee masih cakap lembut-lembut dengan amir. Tak lama lepas tu, dua batang gigi depan amir yang degil tu berjaya di cabut. Alhamdulillah...

Diam aje amir sepanjang perjalanan balik, Doktor gigi pun pesan, belikan amir aiskrim, supaya gusi dia rasa lega sikit.


SR pujuklah dia. SR ceritakan betul-betul kenapa SR cabut gigi dia. Kenapa dan kenapa, SR cerita satu persatu. Dia fahamlah hendaknya, SR peluk amir erat-erat, SR kata SR minta maaf kalau dia marah, SR cuma nak yang terbaik untuk gigi dia.

Selepas cabut gigi

Lepas makan aiskrim, terus suruh dia mandi dan tanam gigi dia dekat luar, Adam tolong galikan tanah. Ayu tolong menyibuk, Haha! Amir pun dah ceria, dah tak sakit katanya. Kesan bius pun dah kurang, dia tak rasa kebas sangat dah. Kalau tak dia kata macam ada batu dekat dalam mulut. Hehe...


Rongaklah amir buat masa sekarang. Macam-macam dia dah rasa untuk 2023 ni. Nak besar punya pasal lah kot. Moga membesar dengan baik  wahai amir...

Kesian dekat dia, sampai dia main beyblade dalam kuali pun SR tak gamak nak marah 😂

Post a Comment

6 Comments

  1. Tak apa lepas ni Amir jadi jejaka paling kacak dengan senyuman yang manis. Get well soon ye. ;)

    ReplyDelete
  2. Bila dengar gusi kena bius terus rasa ngilu dan seriau

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selesai sakit gigi Amir. Kalau cabut sakit sekejap tu aje, kalau biarkan sakit tak hilang-hilangkan.

    ReplyDelete
  4. alahai... x pe, nanti gigi baru tumbuh elok je...
    senang je kan pujuk kan, main beyblade dlm kuala pun happy dah tu....

    ReplyDelete
  5. Doktor muda! Kalau uncle pun tabah!

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.