Syaznella La Bella Date With Bella Dally

Assalamualaikum wbt

Peserta La Bella Dally Date With Bella Dally

Tudiaa tajuk. Sebenarnya SR rasa happy hari ni. Sebabnya pagi tadi SR berpeluang sertai satu program anjuran UiTM Negeri Sembilan yang mengundang Bella Dally sebagai panel jemputan. SR pun sajalah register untuk join. Kebetulan ada juga kawan-kawan sejabatan dan setingkat pejabat dengan SR yang pergi, maka why not kan? 

Program mula seawal jam 9.30 pagi. Disebab program La Bella Date tu bertempat di Kampus Seremban 3, jadi SR pun hanya tersenyum lebarlah sebab tak perlu memandu jauh ke Kuala Pilah. SR sampai tepat-tepat 9.30 am, tapi jalan brisk walk slow-slow ke PTAR. Sebab Kampus Seremban 3 ni cantiknya berbeza sikit dengan Kampus Kuala Pilah. Savouring the memories sambil berjalan. Ah gitu.

Suasana dalam Kampus Seremban 3, UiTM Negeri Sembilan

Sesampai aje di tingkat dua PTAR, SR terus diberikan sekeping biskut yang comel ni. Ada tertulis La Bella Date di atasnya. Nampak sedap! Tapi SR tak makan lagi sampailah masa SR taip entry ni. Sayang pula rasanya nak makan. Haha!
Biskut merah jambu La Bella Date

SR terus cari kawan SR, Kak Lili, sebab kami dah janji nak duduk sama-sama. Masuk aje terus dengar ada yang panggil SR. Cantik! Teruslah duduk. Pandai Kak Lili cari tempat. Di baris ketiga, dekatlah sikit nak tengok Bella Dally kan! Ahaha!

Tak lama menunggu (sebab SR pun dah lambat kan!), terus program mula. Teruja juga SR nampak Bella, cantik dan bersinar-sinar muka dia! Cantik orangnya in person, lebih dari yang kita tengok dalam televisyen.

SR bersama Kak Lili

Dr Monica beri kata aluan

Program dimulakan dengan kata ucapan aluan dari Dr Monica tentang UiTM Negeri Sembilan serba sedikit. Sejurus selepas tu, terus majlis diserahkan pada Bella Dally. Memang banyaklah tips untuk menggayakan pakaian dan keterampilan diri yang dikongsikan oleh beliau. Fokus betul kami semua mendengar. Seronok! Haha!

Bella Dally di UiTM Negeri Sembilan

Bella juga ada siap tunjukkan cara pakai tudung dengan mudah tapi bergaya. Nampak dia buat senang aje. SR teringin nak cuba, tak tahulah apa rupanya. Jangan tak jadi Bella, jadi orang gila sudahlah hahaha! Tapi SR nak cuba juga!

Lantaklah!

Kalau jadi, nanti SR share kat blog! Hahaha!

Lepas habis talk, sesi yang kami semua seronok dan teruja adalah sesi dapat cenderahati dari Bella dan photoshoot. Memang penuh beg dengan hadiah. Dan memang Bella kami serang untuk bergambar ahaha! Bukan selalu dapat bergambar dengan orang popular kan. 😝

Syaznella, Bella Dally, Lilidally dan Maznella hahaha!

SR with Bella Dally

Ha beza tak? Sebab tak secantik Bella, tu yang kena sertai program ni! Haha!

Gambar kedua

Lepas selesai bergambar dan terima hadiah dari Bella Dally, ada jamuan. SR tak sempat nak ambil gambar makanan. Sibuk bersembang! Lepas tu, kami pun mula bersurai.

Bersama Kak Lili dan Kak Esah

 
Okey bercakap tentang hadiah, sungguh weh. Segedebuk hadiah Bella bagi! Tengok lah ni! Penuh dan gemuk beg yang dia bagi ni tau!


Apa yang ada dalam beg tu banyak-banyak macam tu?

Haaa... Bella Dally kan duta tudung Ariani dan Garnier. Jadi, kami dapat produk Ariani dan Garnier lah! Seronoknyaaa!!



Banyak kan? Syukur... Rezeki SR sebab sertai program hari ni. Memang tak terkatalah happynya tu. SIapa yang tak seronok dapat hadiah uolss!


Setiap orang dapat sehelai tudung segi empat sama Ariani tau. Corak lain-lain dan misteri, sebab dalam kotak merah jambu tu kan. Bila sampai rumah baru SR buka kotak tu. Tadaaa! Cantik sangat corak tudung yang SR dapat. Macam tema pokok-pokok dekat Jepun pulak. Hihi. Sukaaa! Terima kasih Ariani! Terima kasih Bella! Terima kasih AJK program! Alhamdulillah!

Barangan Garnier tu ada beberapa untuk Men. SR bagi Scrub dekat adam. Suruh dia sental muka dia yang dah mula berminyak tu. Haha! Berialah anak SR patuh dengar cakap emaknya, masuk bilik air dan cuci muka 😂

 

Sebelum dan selepas lah kononnya ni.

All in all, hari ni SR rasa seronok dan terhibur. Sekali-sekala join program macam ni seronok juga. Boleh borak santai-santai dengan rakan-rakan sekerja. Jumpa artis pulak. Makan pun sedap. Haih kalau tak gembira juga, memang bengonglah SR ni kan! 



Harap ada lagi program macam ni kemudian nanti. SR bolehlah join lagi. Itu sajalah cerita SR jumpa Bella Dally. 😁

Post a Comment

6 Comments

  1. Bestnya hadiah² tu semua best 🤩

    ReplyDelete
  2. Memang nampak SR happy dan enjoy. ;)

    ReplyDelete
  3. Wah...seronoknya join event mcm ni... selain dpt ilmu, dpt hadiah lagi..best best!!!

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat join aktiviti begini.

    ReplyDelete
  5. manisnya dia... lembut je muka dia kan

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.