Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Tuesday, October 19, 2021

Beli Salixium Covid-19 Rapid Antigen Test dan AllTest Covid-19 Antigen Rapid Test Online

Sepertimana saranan kerajaan Malaysia, jika berhasrat untuk merentas negeri bagi balik ke kampung berjumpa dengan ibubapa dan saudara-mara di kampung, sebaiknya buatlah ujian pengesanan Covid-19 secara kendiri. Buat sendirilah maksudnya. Kebanyakan Covid-19 self-testing kit ni sememangnya menggunakan sampel air liur. Jadi ianya lebih mudah untuk dilakukan sendiri, atau dengan pertolongan ahli keluarga / kawan yang berada berdekatan individu terbabit.

Aku juga tidak terkecuali untuk turut merentas negeri. Lama dah wehh tak jumpa mak abah dan mertua semua. Jadi untuk memastikan kami sekeluarga boleh balik dengan tenang, at least kami akan buat self-testing ni nanti. Mungkin sehari sebelum berangkat tak lama lagi.


Thursday, October 7, 2021

Kuarters Askar | Throwback Thursday

Masa aku kecik dulu, aku sempat membesar di kuarters askar.
Katanya emak dan abah, lokasi kuarters tu dekat dengan Ulu Kelang.

Aku duduk situ tak lama, sampai tahun 1990 je rasanya.
Sebab lepas tu, abah mohon bersara awal dari tentera dan kami pun pindah keluar dari kuarters tu.

Walaupun memori aku sekadar sampai umur aku 4 tahun lebih je dekat kuarters tu, ada juga yang aku masih ingat dengan jelas.

Monday, June 14, 2021

Gambar Tokwan Tangkap

Setahun lepas, waktu ni ada dekat Kuantan.
Abah yang tangkap gambar cucu-cucu dia ni, lepas tu dia send di group whatsapp famili.

Monday, May 17, 2021

Kek Kukus Dapur Minyak Tanah

Semalam, dah raya keempat, baru aku perasan yang raya tahun ni aku tak beli kek.

Sebab memang dari kecik lagi, kek raya mesti ada.

Nak buat, tak pandai.
Nak keluar pergi beli, takut pulak sebab musim covid tinggi ni.

Jadi check dekat Grab, orderlah kek dari King's Confectionery saja.

Saturday, October 24, 2020

Semua Sekolah Seremban Perlu Ditutup Minggu Depan

 Kecoh perkongsian sana sini tentang penutupan sekolah-sekolah di daerah Seremban mulai minggu depan sehingga November 2020.


Sunday, August 30, 2020

Di Mensi Oleh Bomba Kbomb


 Entry ini tiada motif juga, sama macam entry aku yang bertajuk Mengusik Alan Anak Mak Jah

Tapi saja nak abadikan di sini, sebagai kenangan diri sendiri je. Eheh

Alkisah semalam saja lah mention pelakon-pelakon hebat dalam telefilem Hari Terakhir Seorang Pengurus.

Aku memang suka sangat drama tu, banyak kali dah tengok.

Memang drama dia ringkas je, tapi dia deep.

Ayat-ayat dia deep, plot dia ada maksud tersirat yang kita kena read in between the line.

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot