Monday, May 17, 2021

Kek Kukus Dapur Minyak Tanah

Semalam, dah raya keempat, baru aku perasan yang raya tahun ni aku tak beli kek.

Sebab memang dari kecik lagi, kek raya mesti ada.

Nak buat, tak pandai.
Nak keluar pergi beli, takut pulak sebab musim covid tinggi ni.

Jadi check dekat Grab, orderlah kek dari King's Confectionery saja.

Beli yang kod Fantasy Chocolate.
Yeayy sedap!

Sampai-sampai je kek ni semalam, terus makan sama-sama lima beranak.

Dulu kalau masa kecik-kecik, mak akan buat dua jenis kek bila setiap kali raya.

Mak akan buat kek butter. Perasa dia tu ikutlah, kadang letak esen vanila, kadang oren, kadang strawberry, kadang dia buat dua warna, jadi kek marble.

Dan paling aku ingat, mak rajin buat kek kukus.
Ada banyak buah-buah mak campur dalam adunan kek tu.

Dan yang uniknya, mak akan kukus kek tu guna dapur minyak tanah.

Gambar dari https://desainrumahid.com/dapur-minyak-tanah-butterfly.html

Rupa dapur minyak tanah mak aku lebih kurang macam kat atas ni.
Selalunya set up dapur ni dekat belakang rumah, tepi rumput.


Arwah atok la yang selalu kena belikan mak minyak tanah.
Aku mesti nak ikut ke kedai kalau atok nak beli minyak tanah. Sebab apa?
Sebab aku suka tengok orang kedai tu pump minyak tanah tu keluar dari tong dia, ke dalam botol kaca yang nak isi minyak tanah tu 😁

Klasiknya semua itu, kenangan betul!

Mesti akan berbau kuat minyak tanah tu satu rumah kalau mak mula mengukus kek buah dia tu hehe.

Pernah tanya, kenapa mak tak guna dapur biasa?
Mak kata nanti guna gas banyak, rugi.

Aku selalu juga usha dapur tu masa proses mengukus tu.
Suka tengok minyak tu blup blup blup.
Dan kadang-kadang tangan ni mulalah gatal nak pusing knob merah tu hahaha

Apa lagi, kena marah laπŸ˜‚

Tapi itulah, sekarang mak pun dah tak buat lagi kek kukus guna dapur minyak tanah tu.

Kalau buat kek pun mak guna oven atau kukus atas dapur je, kek yang simple2 yang tak perlu makan masa yang lama macam masa mak kukus kek buah dia dulu tu.

Ada yang pernah atau masih guna dapur minyak tanah? 😁
 

24 comments:

  1. Dapur minyak tanah tu saya pernah lihat. Masa kecil mak memang guna dapur ni.. Nostalgia sungguh.

    ReplyDelete
  2. Rumah sy masih gunakan dapur ni sampai sy sekolah menengah, sy paling takut dgn dapur ni, heheh

    ReplyDelete
  3. Utk raya tahun ni sempat jugaklah saya buat dua jenis kek..

    ReplyDelete
  4. org kampong dulu2 ramai yg ada.. tapi ni dh kira org have2 je ada dapor minyak tanah camni πŸ˜…

    ReplyDelete
  5. Dapur minyak tanah cap butterfly tu lejen tu!

    ReplyDelete
  6. dapur minyak tanah ni slalu guna masa kat kampung je dulu2...
    skrg ni semua dah moden kan...

    ReplyDelete
  7. dapur lejen.. mama pun selalu ada kek waktu raya. tahun ni beli 2 kek

    ReplyDelete
  8. sempat guna dapur minyak tanah masa kecik2 dulu
    suka main pusing2 knob merah tu jugak. pastu kelam kalibut lari takut mak marah hahahahahaha

    ReplyDelete
  9. pernah merasa mak guna dapur minyak tanah..memang memori sangat kan...merasa gak pergi kedai beli minyak tanah bila minyak dah abis..

    ReplyDelete
  10. klasiknya dulu kan, guna dapur minyak tanah :P

    ReplyDelete
  11. Akak tak pernah jumpa dapur minyak tanah, tp biasa dulu-dulu bakar kek atau biskut raya dekat oven hitam yg kene letak kt dapur gas tu... nostalgia jugak

    ReplyDelete
  12. Rumah nenek saya pernah ada dapur tu.. pernahlah tengok nenek guna..
    Legend sangat dapur tu..

    ReplyDelete
  13. lama betul x nmpk dapur myk tanah tu

    ReplyDelete
  14. kek butter memang legend. Tak pernah lagi nampak dapur minyak tanah macam ni. Tapi oven lama butterfly tu memang mak guna masak kek zaman dulu.

    ReplyDelete
  15. Mak sy ms zaman anak dara rajin buat kek, ms ada sorang dua rajin buat kek. bila dah berderet pencen terus buat kek.. heheh. tahun ni kami beli brownies je

    ReplyDelete
  16. sekarang ni semua senang kan, hujung jari jer

    ReplyDelete
  17. bestnya..ada kek raya :)
    kalau rumah mak mesti ada laksa ^_^

    ReplyDelete
  18. uniknya dapur minyak tanah tu. skang susah nk nmpk

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot